Debat Agamawan Sejarawan Dan Politikus Kita Nak Ikut Siapa


 

Minggu terakhir tahun 2023 ini nampaknya berfail-fail topik perbincangan dilonggok di atas meja saya sehingga tak ada ruang buat kole kopi saya menyempit. Isu-isu di media sosial ini seperti sampah-sarap hanyut, yang mengalir deras depan pintu rumah yang saya bina di atas permukaan air sungai. Ada sampah yang tersangkut di pintu rumah membuat saya turut menyibuk memikirkannya. Ada yang dihanyutkan oleh arus yang terlalu laju sehingga saya tidak sempat lihat.
Begitulah ibaratnya akaun media sosial kita. Setiap hari isu yang lalu di timeline menuntut sama ada kita patut masuk campur atau tidak. Media sosial, untuk kita rupanya menyediakan platform yang lebih luas untuk kita teruskan aktiviti umpat-mengumpat, kutuk-mengutuk, dan gosip-menggosip. Dulu mak cik-mak cik kita bergosip di tangga rumah sambil mencari kutu, pak cik-pak cik pula berpolitik setakat di kedai kopi. Teknologi maklumat dan media sosial membawa perangai mereka ke tahap globalisasi. Di media sosial, ‘friends’ untuk mengumpat dan mengutuk lebih luas dan lebih ramai tanpa perlu susah-payah untuk kita mengenali mereka secara fizikal. Ada peluang bantai, bantai! Tak kasi chance punya.
Chance atau peluang ini tadi dihidu oleh mereka yang mahu mengambil keuntungan. Muncullah istilah ‘influencer’ di media sosial. Ada pempengaruh media sosial ini mencari makan dengan merelakan dirinya dikutuk. Datanglah seribu viewers komen mengutuk, itu baginya duit. Tidak kira gen X, Y, Z atau entah apa lagi, semuanya kini berpusat di medsos – mempamerkan kelaku yang adakalanya tak masuk akal… tapi tak apa asalkan ‘masyuk’.
Media sosial menjadi sebuah wilayah dan warganet pun tinggal di dalam wilayah-wilayah yang mereka suka. Di situ mereka lepas laku tanpa rasa dikongkong.
“Lantak kamilah nak buat apa. Kami mahu jadi influencer!”
Yang bujang kencing bercabang pun boleh beri tips kebahagiaan rumahtangga. Yang tak belajar tasawuf pun bercakap tentang makrifatullah, laduni, atau haqqul-yaqin. Yang kelakar dan peramah di dalam video motivasi mereka itu rupa-rupanya seorang penyenyap yang tidak reti bergaul dengan sanak-saudara di dunia luar. Pandir amat!
Saya juga wujud di media sosial serta mengikuti apa juga isu yang berlaku di sekitar lingkaran yang saya ikuti. Ada dua isu di medsos yang menarik perhatian saya minggu lepas. Pertama, polemik asyhabul-kahfi yang dicetuskan oleh PMX dan sanggahan oleh Azhar Idrus terhadap kenyataan oleh PMX itu. Hasil daripada itu beberapa penulis dan penceramah menyambutnya pula dengan hujah-hujah mereka.
Kedua, isu sejarah silam Melayu yang hebat tetapi digelapkan. Pembentangan ini dibuat oleh Prof Solehah Yaacob dan rentetan daripada itu disanggah pula oleh beberapa sejarawan sohor tanah air terhadap teori yang dikemukakan itu. Masing-masing dengan keilmuan dan kefahamannya tampil dengan hujah yang seimbang dan meyakinkan saya. Bagi saya, orang yang mereka-reka akan mengalami kesukaran untuk mencantumkan teka silangkata. Maknanya orang yang menipu sukar untuk bertahan. Hujah kedua pihak yang berbeza ini bagi saya masih boleh pakai. Tak ada yang saya buang sepenuhnya. Menurut saya apa sahaja kisah akan terbahagi kepada tiga.
Pertama, versi yang sudah masyhur dan dianggap sahih. Kedua, versi alternatif yang mencabar versi pertama. Ketiga, kebenaran mutlak kerana kedua versi yang ditampilkan bersumberkan kajian dan dapatan. Meskipun kajian, dapatan dan penemuan tersebut memenuhi disiplin ilmu tetapi masih ada misteri untuk kebenaran hakiki yang tak terungkaikan. Kesan-kesan peninggalan bagi saya masih belum 100% sahih kerana ia masih mampu dipertikai oleh dua pihak yang bukan membawa hujah kosong.
Justeru, dalam hal ini saya bertindak seperti kanak-kanak yang ketika dua orang dewasa memetik buah-buah ranum di pokok, saya di bawah pula mengutip buah-buah yang gugur dari kedua mereka. Adalah rugi untuk saya sibuk-sibuk mengutuk si A jika saya sependapat dengan si B. Saya mengutip dari A dan juga B. Apakah ke semua yang diperkatakan oleh si A itu salah? Apakah si B 100% betul? Apakah kebenaran itu berada di antara si A dan si B? Bagaimana jika si A dan B sebenarnya 100% salah?
Isu-isu begini bagi saya menuntut kita agar terus mencintai ilmu dengan membaca, mengkaji, merujuk, dan menghadam supaya kita tahu. Makna “ilmu” itu sendiri ialah “tahu”. Tahu dan mengambil iktibar daripadanya untuk meneruskan kehidupan. Perdebatan biarlah untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat buat semua, bukannya untuk mengheret lagi masyarakat kepada kacau-bilau. Untuk menentukan pendapat mana yang baik, tak dapat tidak kita sendiri wajib juga tahu.
Nak tahu kenalah membaca. Walaupun kita tenggelam di dalam bilik bacaan kita yang melaut dengan buku, kita masih gagal menghadam senaskhah al-Quran sedangkan apa sahaja buku yang terhasil di dalam dunia ini, petunjuknya diisyaratkan di dalam al-Quran. Buka-buka sahaja al-Quran kita akan bertemu surah al-Baqarah dan lima ayat terawalnya terus sahaja menyimpulkan tentang keseluruhan kejayaan hidup kita ini. Banyak sangat membaca buku lain, kita terlupa tentang bab ini.
Tak percaya, pergi tengok al-Baqarah 1-5. Kan? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/12/debat-agamawan-sejarawan-dan-politikus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beredar Foto Diduga Mayor Teddy Pakai Seragam Kampanye Ikut Nonton Debat Di Barisan Timses Prabowo

Beredar Foto Diduga Mayor Teddy Pakai Seragam Kampanye Ikut Nonton Debat Di Barisan Timses Prabowo

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 159 hits
Dalam foto yang beredar Teddy tampak mengenakan kemeja biru yang merupakan seragam kampanye Prabowo Gibran
Menara Ilham Dengan Ilham Centre Pun Tak Tau Tu Pun Bukan Main Nak Fitnah Bagai Benggong

Menara Ilham Dengan Ilham Centre Pun Tak Tau Tu Pun Bukan Main Nak Fitnah Bagai Benggong

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 258 hits
Menara Ilham la kene sita bangang Bukan Ilham Centre Mabuk todi la ko ni walaun Fikir guys fikir kenapa korg rendahkan darjat akal fikiran korg sampai follow org yg akal pun tiga suku ni
Nak Cepat Sembuh Selepas C Sec Ibu Kena Pandai Jaga Diri Lepas Bersalin Doktor Beri Panduan

Nak Cepat Sembuh Selepas C Sec Ibu Kena Pandai Jaga Diri Lepas Bersalin Doktor Beri Panduan

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 200 hits
Banyak perkara yang perlu diberikan selepas melahirkan anak melalui kaedah pembedahan cesarean Ibu harus pandai menjaga diri sendiri dan mengikut kemampuan dirinya sendiri Jangan paksa tubuh untuk bekerja lebih dari kemampuan Nak cepat semb...
Bila Macam Macam Hal Dunia Nak Didajalkan

Bila Macam Macam Hal Dunia Nak Didajalkan

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 203 hits
Aku tak faham Umat Islam memang kena bersedia dengan akhir zaman dan hari kiamat tapi kenapa kat FB dan TikTok ni aku nampak ramai yang dia punya ekstrim dan paranoid lain macam
Dia Tak Puas Hati Hampir Nak Perbaharui Kontrak Sebab G Dragon Keluar Yg Entertainment Didedahkan

Dia Tak Puas Hati Hampir Nak Perbaharui Kontrak Sebab G Dragon Keluar Yg Entertainment Didedahkan

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 132 hits
Nampaknya sebab G Dragon memutuskan untuk berpisah dengan YG Entertainment telah didedahkan ARTIKEL BERKAITAN Pada 22 Disember Sports Seoul melaporkan bahawa faktor penentu G Dragon memilih untuk menyertai Galaxy Corporation dan bukannya ke...
Bukan Nak Raih Simpati Faye Kusairi Menangis Tak Dapat Penuhi Permintaan Nasi Ayam Terlalu Ramai Pelanggan

Bukan Nak Raih Simpati Faye Kusairi Menangis Tak Dapat Penuhi Permintaan Nasi Ayam Terlalu Ramai Pelanggan

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 150 hits
Pelakon Faye Kusairi menerusi satu hantaran Instagram miliknya baru baru ini dilihat menangis hiba dan sebak kerana tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan gerai nasi ayamnya yang terletak di Bukit Antarabangsa Ujar Faye dia menangis kera...
Hakikatnya Nak Alih Isu

Hakikatnya Nak Alih Isu

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 169 hits
Nazri Iznil Hakikat sebenarnya Taktik Alih Isu Macam macam isu yang membuka mata rakyat didedahkan minggu ini
Hanya Tiktokers Yang Sibuk Nak Jatuhkan Kerajaan

Hanya Tiktokers Yang Sibuk Nak Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 193 hits
Bagi mereka yang suka atau kerap menengok TikTok pasti sedar tentang gelagat dua tiga orang TikTokers yang hari hari bercakap mengenai kejatuhan kerajaan dan Anwar Ibrahim akan disingkirkan sebagai Perdana Menteri Selain itu mereka juga ker...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Will Artificial Intelligence Disappoint


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Managing Motivating Remote Teams

Mengada Pergi Laser

Barbarik Peluru Cokelat Chord

Arjuna 89 Takdir Memisahkan Chord

Resipi Ayam Masak Thai Yang Simple Tapi Sedap

Pickleball Sukan Viral Cara Bermain Dan Sistem Pemarkahan