Hanya Tiktokers Yang Sibuk Nak Jatuhkan Kerajaan




 Bagi mereka yang suka atau kerap menengok TikTok, pasti sedar tentang gelagat dua tiga orang TikTokers yang hari-hari bercakap mengenai kejatuhan kerajaan dan Anwar Ibrahim akan disingkirkan sebagai Perdana Menteri.
Selain itu mereka juga kerap membuat live untuk meyakinkan penonton bahawa Anwar pasti akan jatuh dalam waktu terdekat ini.
Sesekali tertengok apa yang mereka perkatakan, saya selalunya tidak dapat menahan daripada ketawa untuk tempoh yang agak lama.
Kesimpulan saya mudah – hanya mereka yang duduk dalam gua saja akan percaya tentang propa TikTokers tersebut.
Apa yang mereka perkatakan tentang Anwar bakal tumbang langsung tiada asasnya dan sama sekali tidak berpijak di bumi nyata – sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat ini.
Konon jumlah Ahli Parlimen sudah cukup dan senarai mereka yang sedia menyokong pembentukan kerajaan baru telah dipersembahkan ke Istana Negara hanyalah rekaan serta khayalan semata-mata.
Ia tidak lebih hanya sebuah rekaan dan khayalan untuk “content”, selain TikTokers tersebut juga tidak cukup arif untuk mengulas isu-isu semasa yang lain.
Isu yang mereka tahu – kerajaan akan jatuh, Anwar akan tumbang serta bercakap tentang isu peribadi yang sudah basi dan tidak lagi laku berkaitan Perdana Menteri.


Jadi, hari-harilah mereka bercakap isu yang sama secara berulang-ulang tanpa memperdulikan sama ada orang percaya atau sebaliknya.
Tun Mahathir Mohamad pun gagal menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri dengan isu tersebut, maka di mana munasabahnya sekadar TikTokers saja mampu menjatuhkan Anwar yang sudah berada di kerusi Perdana Menteri dengan isu yang sama?
Kadangkala terdetik juga dalam hati saya – tak letihkah mereka melayan khayalan sendiri setiap hari?
Memandangkan kemungkinan kerajaan perpaduan ini mampu bertahan sehingga PRU16 adalah sangat tinggi, bayangkan TikTokers tersebut bakal merapu kira-kira empat tahun lagi lamanya.


Sekali lagi – tak letih dan tak bosan ke?
Yang lebih malang lagi, di ketika TikTokers tersebut setiap hari bercakap tentang kejatuhan kerajaan, hakikatnya tiada pun gerakan ke arah itu daripada blok pembangkang.
Pemimpin utama pembangkang ketika ini bukan saja sibuk dengan urusan masing-masing, bahkan sebahagian besarnya sama ada sedang bercuti di luar negara bersama keluarga masing-masing atau pergi menunaikan umrah di Mekah.
Nak bertukar kerajaan macam mana kalau begitu keadaannya?
Hanya TikTokers tersebut saja yang sibuk nak menjatuhkan kerajaan, sedangkan pemimpin pembangkang tidak pun berbuat apa-apa.
Siapa sebenarnya yang nak jatuhkan kerajaan?
Biasanya sebarang gerakan menjatuhkan kerajaan mestilah dimulakan oleh mereka yang bergelar pemimpin dan pengaruh media sosial, baik FB, X, TikTok serta lain-lain adalah berperanan untuk merangsang dan mempengaruhi fikiran rakyat agar turut sama memberi sokongan.
Ini tidak, hanya dua tiga TikTokers yang sibuk hendak menjatuhkan, sedangkan tiada apa-apa dilakukan oleh mereka yang bergelar pemimpin daripada blok pembangkang.
Sebab itu, sebagaimana disebut awal tadi – hanya mereka yang duduk dalam gua saja akan percaya propa mamat TikTokers tersebut. – ShahbudinHusin 25/12/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/hanya-tiktokers-yang-sibuk-nak-jatuhkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenaikan Tariff Air Sebanyak 20 Sangat Tinggi Kerajaan Pemalas Hanya Tahu Nak Baham Duit Rakyat Sahaja

Kenaikan Tariff Air Sebanyak 20 Sangat Tinggi Kerajaan Pemalas Hanya Tahu Nak Baham Duit Rakyat Sahaja

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 229 hits
Ketua Menteri DAP Pulau Pinang umum pagi ini bahawa harga air di negeri itu akan naik mencecah 20 peratus tahun ini Kali ke empat harga naik bagi tempoh 10 tahun selepas DAP memerintah di sana Tak apa Cecah 20 peratus sahaja kali ini Kerana...
Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 235 hits
Seperti yg telah aku nyatakan dalam tulisan sebelum ini bahawa kenyataan serta tindakan yg cuba dilakukan oleh beberapa pimpinan dari DAP ini lebih kepada isu dalaman parti berkenaan seolah olah sedang muncul satu kumpulan dari dalam DAP yg...
Langkah Dubai Hanya Khayalan Kalau Benar Cukup Jumlah Di Kedai Mamak Pun Boleh Jatuhkan Kerajaan

Langkah Dubai Hanya Khayalan Kalau Benar Cukup Jumlah Di Kedai Mamak Pun Boleh Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 231 hits
Saya kadang kadang hairan mengapa mereka dalam PH dan kerajaan sendiri ikut teruja dengan gembar gembur tidak benar kononnya ada Langkah Dubai untuk menjatuhkan kerajaan PN yang semakin kehilangan sokongan dan setakat ini sudah lima Ahli Pa...
Semua Nak Salahkan Kerajaan Jugak

Semua Nak Salahkan Kerajaan Jugak

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 117 hits
Jamzuri Ardani Perlis tu negeri PAS Walaun nak salahkan madani jugak ke
Mula Dengan Bantu Kementerian Dulu Lepas Tu Boleh Bincang Bab Nak Bentuk Kerajaan Pula

Mula Dengan Bantu Kementerian Dulu Lepas Tu Boleh Bincang Bab Nak Bentuk Kerajaan Pula

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 144 hits
Pelik mereka ini Dulu berbuih buih dan begilir gilir mereka serang saya tiap tiap hari dengan menuduh saya gagal menangani kenaikan harga barang Sekarang harga barang semua naik lebih tinggi selepas SST ganti GST Kini mereka mahu minta saya...
Dengar Kata Ada Dah Yang Dibayar Untuk Pertahankan Dan Perkenalkan Kerajaan Madani Apa Nak Risau

Dengar Kata Ada Dah Yang Dibayar Untuk Pertahankan Dan Perkenalkan Kerajaan Madani Apa Nak Risau

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 246 hits
Sayangi Negaraku PDRM Harus Ambil Tindakan Keras Komplot Guling Kerajaan YPDA1 Tun M dan Tun Daim bersama sekumpulan ahli semua bertungkus lumus siang dan malam bekerja untuk menggulingkan kerajaan 2 Jurucakap mereka pula terus ditaja untuk...
Lokman Adam Malam Ini Kita Sambut Tahun Baharu Bukan Kerajaan Baharu

Lokman Adam Malam Ini Kita Sambut Tahun Baharu Bukan Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 230 hits
HarapanDaily comAKMAL MANAF nbsp Malam ini saudara saudara kita akan sambut Tahun Baharu tanpa kerajaan baharu Itu sindiran Datuk Lokman Noor Adam terhadap blok pembangkang Perikatan Nasional Pengarah Komunikasi UMNO itu berkata beliau yaki...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


30 Tanda Tanda Hati Kotor

Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini