Dbkl Anjur Kl International Urban Youth Festival
DBKL Anjur KL International Urban Youth Festival | Dengan iltizam merakyatkan seni kepada masyarakat, DBKL melalui Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan bakal menganjurkan acara KL International Urban Youth Festival yang bakal berlangsung di Dataran Medan Pasar pada 14 Disember 2019 dengan penampilan kepelbagaian acara dari sessi persembahan seperti muzik, seni graffiti, x-games hinggalah E-sport.
Acara kemuncak festival ini bakal menampilkan kepelbagaian nuansa muzik dalam dan luar negara yang selaras dengan jiwa remaja kota sekarang seperti Hip-hop, Indie Rock, Reggae dan banyak lagi. Antara artis yang terlibat adalah seperti Ras Muhamad, Bittersweet, Ryotjones, Banyak Bunyi Republik, Diplomat of Drum berserta dengan pelbagai acara seperti sessi open mic , B-boy dan lain-lain aktiviti sepanjang acara berlangsung
Menurut Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Tuan Mohd Nazam bin Harun, penganjuran festival ini juga adalah tertakluk kepada salah satu manifesto dibawah program Inisiatif Wilayah Peduli yang membuka ruang bagi golongan remaja warga kota untuk berekspresi dengan kepelbagaian Sub-budaya yang mereka minati secara sihat dan terkawal dan dalam masa yang sama turut membuka ruang niaga sepanjang acara berlangsung, yang pastinya dapat meningkatkan ekonomi golongan ini. “Pada peringkat awal ini, sebagai pemula, KL International Urban Youth Festival berlangsung dengan skala sederhana serta penglibatan dari aktivis seni Negara berhampiran sahaja seperti dari Indonesia, Thailand dan Singapura. Insyaallah dimasa akan datang akan kami kembangkan acara ini dengan penglibatan penyertaan yang lebih luas lagi. Diantara objektifnya akan menjadikan acara sebegini sebagai diantara produk pelancongan bagi kota Kuala Lumpur” Ujarnya lagi. “Salam silaturahim buat Malaysia, moga keterlibatan saya dalam acara ini dapat merapatkan lagi tali persaudaraan serta meraikan rasa hormat dan cinta sesama tetangga” Ujar Ras Muhamad yang telah diangkat menjadi Duta Reggae Indonesia ; amat teruja untuk mengadakan persembahan pada malam tersebut. “Bagi warga kota yang merindui Bittersweet , sila datang ke Dataran Medan Pasar Sabtu ini. Ianya platform terbaik untuk anda merehatkan minda setelah seminggu penat bekerja. Ujar Fizan, sang pelantun suara Bittersweet yang amat popular dikalangan peminat Rock Indie dengan lagu-lagu seperti Kucing Hitam, Capital E dll. Jadi korang semua dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan acara yang diadakan secara PERCUMA pada hujung minggu ini. Ianya pusat sehenti kepelbagaian acara yang amat menarik bukan sahaja dikalangan golongan remaja, malah seisi keluarga
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2019/12/dbkl-anjur-kl-international-urban-youth.html