A W Kembali Dengan A Wesome Festival



A&W Kembali Dengan A&Wesome Festival
A&W adalah antara restoran makanan segera yang menjadi kegemaran aku. Kalau ke A&W pasti akan minum float RB dan makan Coney A&W. Memang legend la. Dulu masa aku masih bekerja, outlet Petaling Jaya yang paling dekat dengan pejabat. Sesekali dapat makan dengan kawan-kawan memang mengimbau kenangan masa kecil.

Sejak diambil alih oleh Inter Mark Resources Sdn. Bhd. (IMRSB) lebih daripada setahun lalu, A&W Malaysia Sdn. Bhd., jenama rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) yang berusia 56 tahun kini dalam landasan yang betul untuk kembali hebat.

George Ang, Ketua Pegawai Eksekutif bagi A&W Malaysia Sdn. Bhd. dan IMRSB berkata demikian ketika merasmikan A&Wesome Festival, yang berlangsung di outlet pandu dalam pertama A&W di Petaling Jaya untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat setia atas sokongan berterusan mereka selama ini.



Tentang A&W Malaysia
A&W dinamakan sempena pengasasnya, Allen dan Wright. Ia bermula sebagai sebuah perniagaan root beer yang bermula pada bulan Jun 1919 dan telah menghidangkan rutbir dan burger selama hampir 100 tahun.

Francais A&W dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 1963 oleh Encik dan Puan Lie Boff dari Amerika Syarikat. Keluarga Lie Boff membuka cawangan pertamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan menjadikannya outlet makanan segera yang pertama di Malaysia. Ini diikuti pada tahun 1965 dengan outlet pandu-dalam pertama di Petaling Jaya.

Inter Mark Resources Sdn Bhd memperoleh rangkaian QSR A&W Malaysia Sdn Bhd pada September 2018. Kini, A&W Malaysia mempunyai 48 cawangan di seluruh Malaysia dan merancang untuk menambah bilangannya.

Dengan status Halal yang diperakui untuk semua produknya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), A&W Malaysia komited untuk menyediakan pelanggan dengan kualiti makanan terbaik, perkhidmatan yang memuaskan, persekitaran yang mesra dan semua produk dihasilkan di bawah keadaan standard kebersihan yang ketat.

A&Wesome Festival
Menurut Ang, festival dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk keluarga dan orang dewasa, bertujuan untuk mengembalikan kenangan indah kepada pelanggan yang telah menikmati hidangan makanan segera di A&W serta menarik pelanggan generasi baharu dengan tawaran menu baru yang berkualiti dan lazat.

"Kelebihan yang kita ada ialah jenama yang mempunyai hubungan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang membesar pada tahun 70-an dan 80-an. Mereka merayakan ulang tahun mereka di outlet kami dengan Rooty® The Great Root Bear dan mempunyai sekurang-kurangnya satu kegemaran dalam menu kami; atau mereka boleh bersantai di A&W selepas sekolah pada waktu petang untuk menikmati float RB ikonik kami," kata Ang.



Beliau menambah bahawa jangkauan media sosial A&W telah mendapat sambutan positif untuk menjadikan rangkaian QSR kembali 'hebat' dan akan terus menghidangkan makanan yang berkualiti dan lazat yang biasa mereka nikmati semasa mereka membesar.

Walau bagaimanapun, Ang percaya bahawa masa depan perniagaan rantaian QSR terletak pada kemampuan A&W untuk memenangi hati pelanggan generasi baharu, yang terdiri daripada generasi milenium.

Sejak Ang menerajui syarikat, Ang dan pasukannya telah melaksanakan inisiatif peningkatan nilai dan perkhidmatan untuk menarik minat kumpulan pengguna ini. Ini termasuklah penggunaan ayam segar dan bukannya ayam beku; mengekalkan kualiti makanan dengan menggunakan sistem masak mengikut pesanan bagi menyediakan makanan segar dan panas kepada pelanggan; dan yang paling penting, hidangan yang menyelerakan serta berinovasi, menawan selera rakyat Malaysia untuk masa yang terhad sahaja.

Menu Terbaru A&W

Pada awal tahun ini, beberapa sos baharu telah diperkembangkan menggunakan bahan-bahan yang digemari oleh rakyat Malaysia untuk Coney A&W yang terkenal, seperti Buttermilk Cheese Coney dan Sichuan Mala Coney. Ang berkata bahawa menerusi pengiklanan dan promosi, item penawaran baharu dan terhad ini menarik ramai pelanggan dan membuat mereka kembali untuk menikmatinya lagi. Ini merupakan arah tuju yang akan diteruskan oleh syarikat.

Bercakap tentang inovasi, Ang menambah bahawa kios dessert A&W baharu dijangka dibuka di pusat beli-belah yang popular tidak lama lagi. "Kios kami akan menawarkan menu yang berbeza berbanding outlet-outlet kami seperti Waffle To Go, yang merupakan salah satu hidangan dessert seperti wafel dan ais krim kegemaran pelanggan, tetapi digabungkan dengan ais krim lembut untuk mudah dimakan; dan Float on Cone, yang merupakan sorbet RB dengan ais krim vanila lembut (soft serve)," katanya lagi.



"Dessert kami sememangnya kegemaran pelanggan di outlet kami. Konsep kios dessert yang baharu yang menawarkan Float on Cone, yang sinonim dengan kami, pasti akan menarik hati pelanggan sasaran kami yang lebih muda!" tambah Ang.

Selain menambah item baharu pada menu, Ang berkata banyak usaha telah dilakukan dalam melatih kakitangan supaya menjadi lebih cekap dalam perkhidmatan mereka dan memastikan standard makanan yang disajikan adalah tinggi. "Sejak kami mengambil alih, kami tidak berhenti-henti berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan di outlet kami. 
Kami telah menubuhkan Akademi A&W untuk melatih atau melatih semula kakitangan dan menjalankan pertandingan dalam kalangan mereka untuk memberi motivasi perkhidmatan yang baik," jelas Ang.

Untuk menjadikan A&W lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, A&W Malaysia merancang untuk menambah bilangan outlet, kemudahan pandu dalam dan kiosk. "Pada awal tahun 2020, kami akan membuka outlet A&W yang sangat unik di Seventeen Mall di PJ yang berkonsepkan hip dan bergaya, mengembalikan reka bentuk dalaman A&W yang retro. 
Outlet ini akan menghidangkan sarapan pagi dan lain- lain sepanjang hari sambil anda menikmati muzik dari tahun 70-an dan 80-an. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan bilangan outlet sedia ada dari 48 kepada 100 buah outlet, yang sebahagiannya adalah kemudahan pandu dalam dan kiosk menjelang 2021," kata Ang.

Dapatkan maklumat lanjut tentang A&W Malaysia  di Facebook A&W Malaysia  https://www.facebook.com/AnWMalaysiaOfficial/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/12/AW-awesome-festival.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Kesalahan Receh Yang Selalu Kita Sesalkan Tapi Kembali Terulang Manusia Emang Bebal Sih

10 Kesalahan Receh Yang Selalu Kita Sesalkan Tapi Kembali Terulang Manusia Emang Bebal Sih

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 323 hits
Manusia di mana mana sama mudah salah mudah menyesal Tapi mudah terjebak di lubang yang sama Klasik
Zorin Os 15 Lite Pc Tua Kembali Bernyawa Dengannya

Zorin Os 15 Lite Pc Tua Kembali Bernyawa Dengannya

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 462 hits
Kali pertama saya mencuba Zorin OS adalah pada tahun 2011 iaitu ketika mula mula laman ini ditubuhkan Tetapi saya pada waktu itu bersifat distro hopper tak pernah setia dengan satu distro hinggalah saya mencuba Arch Linux Dari situ tidak pe...
Pemerintah Siapkan Strategi Antisipasi Defisit Apbn Kembali Melebar Di 2020

Pemerintah Siapkan Strategi Antisipasi Defisit Apbn Kembali Melebar Di 2020

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 198 hits
Wakil Menteri Keuangan Suahasil Nazara menyebutkan ada kemungkinan pemerintah akan melebarkan defisit APBN di tahun depan Pelebaran defisit diklaim bertujuan untuk menjaga pertumbuhan ekonomi di tengah melambatnya perekonomian global
Djarot Nilai Penambahan Masa Jabatan Presiden Bisa Kembali Ke Zaman Orba

Djarot Nilai Penambahan Masa Jabatan Presiden Bisa Kembali Ke Zaman Orba

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 237 hits
Djarot Nilai Penambahan Masa Jabatan Presiden Bisa Kembali ke Zaman Orba Djarot mengatakan penambahan masa jabatan presiden hanya sebatas wacana Menurutnya di MPR belum pernah dibahas sama sekali Djarot mengaku hanya pembicaraan individu sa...
Mereka Kembali Beroperasi Dalam Teaser Terbaru Kopitiam Double Shot

Mereka Kembali Beroperasi Dalam Teaser Terbaru Kopitiam Double Shot

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 330 hits
Viu Malaysia melancarkan teaser trailer terbaru sitkom Kopitiam Double Shot yang memberikan rakaman terbaru sitkom yang pernah mencetuskan fenomena hiburan tanah air Anda boleh saksikan teaser tersebut dipemain video dibawah Kopitam Double ...
Dukung Industri Kecil Menengah Kemenperin Gelar Semarak Festival Ikma 2019

Dukung Industri Kecil Menengah Kemenperin Gelar Semarak Festival Ikma 2019

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 269 hits
Kementerian Perindustrian menggelar acara Semarak Festival Industri Kecil Menengah dan Aneka 2019 untuk mendukung kemajuan sektor IKMA secara nasional Kegiatan ini merupakan salah satu komitmen Kemenperin untuk turut berperan dalam peningka...
Dbkl Anjur Kl International Urban Youth Festival

Dbkl Anjur Kl International Urban Youth Festival

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 397 hits
DBKL Anjur KL International Urban Youth Festival Dengan iltizam merakyatkan seni kepada masyarakat melalui bakal menganjurkan acara KL International Urban Youth Festival yang bakal berlangsung di Dataran Medan Pasar pada 14 Disember 2019 de...
Ini Pemenang Cabaran Win A Booth Di Festival Putrajaya Lift 2019

Ini Pemenang Cabaran Win A Booth Di Festival Putrajaya Lift 2019

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 439 hits
Ramai sebenarnya teruja apabila Festival Putrajaya LIFT 2019 membuat satu cabaran di media sosial yang membolehkan orang ramai memang sebuah tapak booth The post appeared first on
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi