Dayana Roza Kuatkan Diri Keluar Rumah Asal Dapat Bantu Orang Susah
Cukup bergaduh dan jom kita fokus kepada memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Itulah apa yang dilakukan oleh pelakon Dayana Roza yang juga tidak ketinggalan untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.
Pada mulanya, memang ada ahli keluarga saya melarang untuk keluar beri bantuan sebab mereka risau saya mengidap asma yang teruk dan mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti COVID-19. Saya tak ada teman lelaki, tak ada sumai atau anak, jadi saya tak kisah jika sudah ditakdirkan terkena COVID-19. Asalkan saya dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik. - Katanya kepada mStar.
Dayana turut mengharapkan doa dari peminat agar sentiasa sihat untuk terus memberikan bantuan. Dayana juga sebelum ini telah merahsiakan program yang dilakukannya dari pengetahuan umum kerana tidak mahu menjadi bualan ramai dan menganggap dirinya riak.
Tetapi dia akui terpaksa menggunakan media sosial untuk mendapatkan lebih banyak indo mengenai golongan asnaf daripada pengikutnya.
Sekarang, Dayana sudah mendapat banyak bantuan dari kalangan peminat dan ada juga rakan-rakan artis yang turut sama memberi bantuan.
View this post on Instagram
Dalam kita mengeluh susah, ada yang lagi susah sampai nak beli makan pun tak mampu. Kita quarantine kat rumah menu dah macam hari raya. Tapi pernah tak kita terfikir ada keluarga yang nak makan nasi pun tak mampu dah.. . . D tau D bukan budak baik. D nakal tapi takpe D sedar diri😂 Luaran nampak abang2, tapi hati senipis sehelai tisu. Cepat tersentuh. D tak boleh tgk org susah. Sbb D tau rasa bila susah takde orang tolong kita. Jangan harapkan org jauh. Kawan2 pun tak semua kisah kalau kita susah. bila tengok org stroke, tengok keadaan rumah, ada anak kecik tp pampers susu tak mampu beli, sumpah nak tercabut hati aku. . . Alhamdulillah, D happy bila tgk orang senyum happy. Nak nangis bila org cakap terima kasih byk kali, doakan macam2. Dalam hati aku non stop ckp jangan nangis nanti tak macho bro 😂 . . . D niat nak cuba bantu sesiapa yg memerlukan di area ampang. Kalau korang tau sesiapa yang memerlukan boleh DM D. Kalau area pandan boleh DM kawan D @bdu7z . InsyaAllah D & kawan2 akan cuba bantu yang termampu. . . Thank you sahabat2 yang donate untuk beli brg2 & tq family tolg packing & teman hantar. Kalau ada kwn2 nak join donate sikit2 apa yg mampu boleh whatsapp or dm me. Pape roger ❤️ #covıd19malaysia #kitajagakitaA post shared by Dayana Roza (@dayanaroza) on Apr 1, 2020 at 4:01am PDT
OHMEDIA: BAGUSLAH MACAM ITU DAN APA YANG DILAKUKAN INI HARUS DICONTOHI. SAMA-SAMALAH KITA MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN.
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2020/04/dayana-roza-kuatkan-diri-keluar-rumah.html