Tak Sanggup Lihat Orang Susah Dayana Roza Ambil Risiko Hulur Bantuan Hati Saya Senipis Sehelai Tisu



Dayana menggunakan wang simpanannya untuk membantu golongan asnaf.
MESKIPUN berdepan dengan risiko yang sangat tinggi untuk jangkiti wabak Covid-19, pelakon Dayana Roza sanggup bergadai nyawa demi membantu golongan kurang bernasib baik.

Menurut Dayana, 29, dia tidak mengharapkan sebarang balasan namun hanya meminta doa agar dirinya sentiasa sihat untuk meneruskan kerja amalnya itu.

"Pada mulanya, memang ada ahli keluarga saya melarang untuk keluar beri bantuan sebab mereka risau saya mengidap asma yang teruk dan mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti Covid-19.


"Tapi saya selalu kata pada keluarga yang saya rela berkorban nyawa sebab tak sanggup nak melihat orang dalam kesusahan, tak makan terutama orang yang ada anak kecil lagi.

"Saya tak ada teman lelaki, tak ada suami atau anak, jadi saya tak kisah jika sudah ditakdirkan terkena Covid-19. Asalkan saya dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

"Apa yang saya lakukan ini ikhlas dan apa yang saya harapkan hanya doa daripada semua orang supaya saya sentiasa sihat untuk teruskan beri bantuan," katanya.

Pemilik nama Nur Dayana Kamsun Baharin ini antara selebriti yang sanggup 'turun padang' memberi bantuan seperti barangan keperluan dengan menggunakan wang simpananya kepada orang yang memerlukan.


Dalam pada itu, Dayana memberitahu dia sebelum ini enggan menghebahkan program atau kerja amal yang dilakukannya kepada umum kerana bimbang masyarakat akan menganggap dirinya riyak.

Bagaimanapun, dia terpaksa menggunakan platform laman sosialnya untuk mendapatkan info lebih banyak mengenai golongan asnaf daripada pengikutnya.

"Sebenarnya dari dulu lagi saya suka buat kerja amal dan peminat serta rakan terdekat saya juga tahu perangai saya. Cuma, selama ini saya tak suka hebahkan kepada umum atau berkongsi di Instagram.

Dayana turut menghulurkan bantuan kepada Angkatan Pertahanan Awam.
"Bimbang dengan tanggapan orang, nanti ada yang kata saya riyak pula tapi kali ini saya terpaksa juga menggunakan platfrom media sosial untuk berkongsi mengenai bantuan yang saya lakukan.

"Dengan adanya perkongsian itu, saya juga banyak dapat info daripada pengikut saya mengenai golongan asnaf yang perlukan bantuan. Selain itu, ramai orang turut sudi membantu.

"Terutama rakan-rakan saya yang turut serta memberi bantuan. Jadi, laman sosial ini memberi peluang untuk orang lain bantu orang yang duduk di kawasan mereka juga," ujarnya. - mstar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wwwberita-semasa.blogspot.com/2020/04/tak-sanggup-lihat-orang-susah-dayana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dayana Roza Kuatkan Diri Keluar Rumah Asal Dapat Bantu Orang Susah

Dayana Roza Kuatkan Diri Keluar Rumah Asal Dapat Bantu Orang Susah

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 325 hits
Cukup bergaduh dan jom kita fokus kepada memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan Itulah apa yang dilakukan oleh pelakon Dayana Roza yang juga tidak ketinggalan untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik Pada mulanya me...
Hiburan Hargai Jasa Frontliners Tomok Hulur Bantuan Makanan

Hiburan Hargai Jasa Frontliners Tomok Hulur Bantuan Makanan

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 564 hits
Tidak kira hujan atau panas tanpa mengerti penat lelah petugas barisan hadapan tetap teguh menjadi dinding serta perisai melindungi rakyat Malaysia bagi mengawal penularan wabak COVID 19 Sudah masuk hari ke 15 PKP dilaksanakan pengorbanan d...
Buat Kerja Amal Diam2 Johan Amp Ozlynn Hulur Bantuan Buat Crew Belakang Tabir

Buat Kerja Amal Diam2 Johan Amp Ozlynn Hulur Bantuan Buat Crew Belakang Tabir

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 339 hits
Dalam kegelisahan rakyat Malaysia terhadap Covid 19 masih ada lagi yang bertelagah dengan menyalahkan antara satu sama lain dalam isu bantuan kepada golongan memerlukan Kisah panas berkaitan selebriti Malaysia yang saling salah menyalahkan ...
Sering Hulur Bantuan Kepada Frontliners Ebit Lew Dihujani Kata Semangat Dari Orang Bukan Islam

Sering Hulur Bantuan Kepada Frontliners Ebit Lew Dihujani Kata Semangat Dari Orang Bukan Islam

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 509 hits
Sememangnya dikenali sebagai seorang yang berhati mulia Ustaz Ebit Lew tidak ketinggalan dalam menyumbangkan bantuan dan meringankan beban golongan barisan hadapan yang sedang berjuang membendung penularan Covid 19 Kemurahan hatinya bukan s...
Walau Tak Hulur Bantuan Dalam Bentuk Wang Tapi Atu Zero Isteri Bantu Jahit Ppe Untuk Petugas Barisan Hadapan

Walau Tak Hulur Bantuan Dalam Bentuk Wang Tapi Atu Zero Isteri Bantu Jahit Ppe Untuk Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 363 hits
Apabila negara diserang pandemik Covid 19 ramai yang tampil untuk membantu para petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan KKM yang memerlukan bantuan berupa pakaian perlindungan diri dan juga kelengkapan lain bagi merawat pesakit pesak...
Intan Najuwa Hulur Bantuan Rm10 000 Buka Tabung Bantu Golongan Yang Memerlukan

Intan Najuwa Hulur Bantuan Rm10 000 Buka Tabung Bantu Golongan Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 543 hits
Pelakon terkenal Intan Najuwa dikatakan telah membuka tabung bantuan untuk bantu golongan yang berada dalam kesusahan sebanyak RM10 000 semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Intan mengatakan yang dia mampu beri sebanyak itu sahaja...
Raut Wajah Gembira Tak Terhingga Dapat Bantuan Lelaki Tua Oku Ini Meruntun Hati Semua Orang

Raut Wajah Gembira Tak Terhingga Dapat Bantuan Lelaki Tua Oku Ini Meruntun Hati Semua Orang

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 335 hits
Senyuman paling indah adalah senyuman seseorang dalam berjuang melawan air mata Raut Wajah Gembira Tak Terhingga Dapat Bantuan Lelaki Tua 0KU Ini Meruntun Hati Semua Orang Setiap negara di dunia ini sedang berjuang dalam menangani wabak COV...
Shuib Hulur Bantuan Untuk Kerja Amal Ustaz Ebit Lew

Shuib Hulur Bantuan Untuk Kerja Amal Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 399 hits
Meskipun dikecam teruk oleh netizen susulan isu sebelum ini bagaimanapun Shuib Sepahtu menerima ucapan menyentuh hati daripada pendakwah bebas popular Ustaz Ebit The post appeared first on
Ebit Lew Redah Tapak Pembinaan Hulur Bantuan Buat Warga Asing

Ebit Lew Redah Tapak Pembinaan Hulur Bantuan Buat Warga Asing

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 293 hits
Umum mengetahui Ustaz Ebit Lew antara pendakwah yang kini membantu mereka yang ditimpa kesusahan dan kesempitan hidup Disaat negara dilanda wabak COVID 19 The post appeared first on
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji