Daun Senna Kelebihan Untuk Perut Dan Kesan Sampingannya


Pernah dengar tentang daun senna? Juga dikenali sebagai daun gelenggang atau daun sanna, tumbuhan ini telah digunakan sebagai ramuan tradisional di negara Arab sejak zaman dahulu lagi.
Bahan aktif utama dalam daun gelenggang dikenali sebagai antraquinone glucosides (2.5%) dan sering digunakan sebagai bahan laksatif atau julap.
Pada masa yang sama, daun senna turut digunakan dalam perubatan moden dan boleh didapati sebagai ubat bukan preskripsi (over the counter).
Ayuh kita kenali kelebihan daun senna dengan lebih lanjut.
Kelebihan Daun Senna Untuk Perut Beberapa kajian kecil mendapati potensi khasiat daun senna dalam merawat sembelit dan beberapa gangguan perut yang lain.
1. Merawat Sembelit
Para pengkaji mendapati bahan aktif yang terkandung dalam daun senna mempunyai kesan julap yang kuat.
Satu tinjauan ke atas 41 kajian perubatan turut menjelaskan bukti yang menyatakan penggunaan daun senna sebagai pilihan pertama dalam merawat masalah sembelit.
Oleh sebab itulah ramai yang memilih untuk gunakan daun senna untuk mengatasi sembelit.
Ia berfungsi dengan merangsang dinding usus besar atau kolon dan seterusnya memudahkan pergerakan usus.
Selain itu, daun gelenggang juga turut menghalang air dan elektrolit daripada terserap kembali oleh kolon.
Ini sekaligus dapat membantu melembutkan najis.
Namun, penggunaannya dalam tempoh masa yang panjang adalah tidak digalakkan kerana ia boleh memberi risiko terhadap kerosakan hati.
2. Untuk Cuci Perut Sebelum Kolonoskopi
Di samping merawat masalah sembelit, daun sanna juga digunakan bersama agen lain bagi membersihkan bahagian kolon sebelum prosedur kolonoskopi.
Sebuah kajian turut mendapati ia mampu meningkatkan proses pembersihan kolon secara berkesan.  
Kolonoskopi adalah satu prosedur bagi mengesan atau mengenalpasti kanser kolon.
Tidak Sesuai Untuk Turunkan Berat Badan Sejak beberapa tahun ini, sesetengah penjual turut mengkomersialkan teh senna sebagai supplemen untuk tingkatkan metabolisma dan menurunkan berat badan.
Ia juga sering digelar sebagai ‘skinny tea’ atau ‘teatox’.
Namun, tiada bukti saintifik yang menyokong penggunaan teh dengan ramuan daun gelenggang ini untuk penyingkiran detoks atau penurunan berat badan.
Malah, penggunaan teh senna secara berterusan boleh memberi impak negatif kepada kesihatan.
Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia mungkin boleh mengubah fungsi tisu di sistem pencernaan dan sekaligus menyebabkan kebergantungan yang tinggi.
Sebuah kajian terhadap 10,000 wanita yang menggunakan teh senna untuk penurunan berat badan cenderung untuk alami gangguan pemakanan (eating disorder) sehingga 6 kali ganda.
Kesan Sampingan dan Langkah Berjaga-jaga Dalam Menggunakan Daun Senna Teh senna secara umumnya adalah selamat untuk digunakan bagi kebanyakan dewasa dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.
Walau bagaimanapun, ia boleh memberikan kesan sampingan atau risiko tertentu.
Antara kesan sampingan umum adalah kekejangan perut, loya, muntah, kembung perut dan cirit-birit.
Sekiranya simptom sebegini berlaku, anda perlu hentikan pengambilan daun ini secara serta-merta.
Lebih teruk lagi, penggunaan daun gelenggang secara berpanjangan boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lebih serius seperti kerosakan atau kecederaan pada hati, perubahan pada rentak jantung serta gangguan elektrolit.
Sebuah laporan yang diterbitkan pada 2005 menyatakan seorang wanita berusia 52 tahun telah dikenalpasti menghidap kegagalan hati akut akibat pengambilan teh daun senna setiap hari selama lebih tiga tahun.
Amaran Penggunaan Daun Senna Meskipun terdapat beberapa khasiat daun sanna dalam merawat sembelit, namun sesetengah individu tidak dibenarkan untuk mengambil daun ini.
Tambahan pula, ia boleh mengganggu keberkesanan beberapa jenis ubat dan supplemen bagi rawatan penyakit tertentu.  
Antaranya ialah individu yang mempunyai penyakit Crohn, kolitis ulseratif, cirit-birit, dehidrasi, sakit apendiks dan sakit-sakit badan.
Pesakit dengan masalah jantung, hati dan buah pinggang juga dilarang untuk mengambil daun senna.
Walaupun daun senna mampu merawat sembelit dan ubat atau tehnya boleh didapati tanpa preskripsi doktor, anda masih perlu berhati-hati dalam menggunakannya.
Sebagai alternatif kepada rawatan sembelit, anda mungkin boleh mengamalkan pemakanan lain seperti oat, chia seed serta sayur-sayuran dan buah-buahan berserat tinggi.
Dos, kuantiti serta tempoh masa penggunaannya juga perlu dikawal bagi mengelakkan kesan sampingan daripada berlaku.
Untuk langkah berjaga-jaga, anda boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum ingin mengambil teh senna, terutamanya jika anda menghidap penyakit kronik.
Sumber : MyHealth, Hellodoktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/daun-senna/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=daun-senna

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tni Diserang Kkb Usai Pengamanan Natal Di Papua Barat 1 Gugur Dan 1 Luka Tembak Di Perut

Tni Diserang Kkb Usai Pengamanan Natal Di Papua Barat 1 Gugur Dan 1 Luka Tembak Di Perut

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 163 hits
Almarhum akan diterbangkan ke Padang hari ini pada pukul 12 45 WIT dan diperkirakan tiba di BIM Padang Pariaman pada pukul 19 15 WIB
Cara Menghilangkan Lemak Di Perut

Cara Menghilangkan Lemak Di Perut

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 198 hits
Lemak di bahagian perut sering menjadi cabaran utama bagi individu yang mengamalkan gaya hidup sihat Proses menghilangkan lemak di perut memerlukan kesabaran disiplin dan kombinasi pelbagai faktor termasuk pemakanan yang sihat dan aktiviti ...
Jamu Homemade Perut Kempis Rata Mama Lepas Bersalin Elok Amalkan

Jamu Homemade Perut Kempis Rata Mama Lepas Bersalin Elok Amalkan

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 240 hits
Amalan makan jamu amat membantu untuk mendapatkan perut yang kempis dan rata Selain bersenam dan makan suplemen amalan makan jamu menjadikan tubuh terasa ringan dan bertenaga Apabila perut kempis dan rata maka senanglah hendak menggayakan p...
Hiburan Macam Tali Kencing Malam Kak Km Hadiahkan Anak Rantai Perut Komen Netizen Bikin Geli Hati

Hiburan Macam Tali Kencing Malam Kak Km Hadiahkan Anak Rantai Perut Komen Netizen Bikin Geli Hati

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 274 hits
Usahawan kontroversi Liana Rosli atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM baru baru ini ada meraikan hari jadi anak perempuannya Bella di sebuah restoran mewah Dalam video yang dimuat naik ke itu Kak KM bersama ahli keluarganya yang lain turu...
Dia Dah Kurus Song Jihyo Kim Jongkook Rahsiakan Penyakit Kesan Dek Aktif Running Man

Dia Dah Kurus Song Jihyo Kim Jongkook Rahsiakan Penyakit Kesan Dek Aktif Running Man

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 124 hits
Tak semua yang kita nampak di televisyen itu adalah realiti sebenar Sama seperti beberapa ahli Running Man yang merahsiakan penyakit mereka dari pengetahuan awam ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Song Ji hyo telah menyerbu siaran langsung Kim Jong ...
Sindiket Jual Gelaran Tan Sri Sprm Giat Kesan Mangsa Sindiket

Sindiket Jual Gelaran Tan Sri Sprm Giat Kesan Mangsa Sindiket

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 130 hits
BernamaPUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia giat mengesan mangsa penipuan sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu yang ditumpaskan awal bulan ini Menurut sumber difahamkan mangsa berkenaan telah diperdaya ol...
Tinggal Kesan Mendalam Moon Gayoung Koo Kyohwan Dilapor Bakal Bintangi Us Them Versi Korea

Tinggal Kesan Mendalam Moon Gayoung Koo Kyohwan Dilapor Bakal Bintangi Us Them Versi Korea

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 253 hits
Moon Ga young dan Koo Kyo hwan telah dipilih sebagai watak utama bagi filem adaptasi Cina ARTIKEL BERKAITAN Menurut laporan media pada 21 Disember Moon Ga young dan Koo Kyo hwan dilapor akan menjadi watak utama dalam filem Us and Them Us an...
Zincofer Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan

Zincofer Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 199 hits
Apakah kegunaan Zincofer kepada wanita hamil dan bayi dalam kandungannya Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat zincofer dan kegunaannya kepada kesihatan Baca juga Apa itu Zincofer Zincofer adalah sejeni...
Ketahui Makanan Yang Boleh Menyebabkan Perut Kembung Berangin

Ketahui Makanan Yang Boleh Menyebabkan Perut Kembung Berangin

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 205 hits
1 Sesetengah individu kerap mengalami masalah perut kembung dan berangin Terutama mereka yang mempunyai masalah gastritis yang ringan dan irritable bowel syndrome 2 Terdapat beberapa makanan yang perlu diberikan perhatian Antara gejala masa...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Kreativiti Dalam Pembungkusan Inovasi Terkini Untuk Bucket Ayam Goreng

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna