Datuk Bandar Kl Dibayar Rm200k Untuk Setuju Beli Tanah Saksi


Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd telah membuat bayaran RM200,000 kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai persetujuan menerima tawaran penjualan dua lot tanah di Bandar Tun Razak milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Korporat DBKL, Razailia Khalid ,43, berkata Aset Kayamas telah membuat bayaran berkenaan melalui bank draf bernombor 004094 dari Hong Leong Islamic Bank bertarikh 5 Jun 2015.

Loading… “Saya merujuk kepada surat daripada Jabatan Perancangan Ekonomi & Penyelarasan (JPEPP) DBKL kepada Jabatan Kewangan DBKL bertajuk ‘Tawaran penjualan harta tak alih milik Datuk Bandar Kuala Lumpur di atas lot 53427 dan 53653 kepada Aset Kayamas’ pada 5 Jun 2015.Iklan
“Dokumen ini merupakan surat daripada pihak JPEPP kepada Jabatan Kewangan DBKL berkenaan dengan bayaran Wang Kesungguhan yang dibayar oleh pihak syarikat sebagai akuan setuju terima tawaran penjualan tanah di lot berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membaca penyataan saksinya pada hari keenam perbicaraan kes rasuah RM2 juta yang dihadapi bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor.
Saksi pendakwaan ke-15 itu yang bertanggungjawab menguruskan permohonan penjualan tanah berkenaan berkata surat itu merupakan surat arahan kepada Jabatan Kewangan untuk mengeluarkan resit asal pembayaran kepada JPEPP bagi urusan penyerahan kepada pihak Aset Kayamas.
“Saya mengesahkan bahawa saya telah menandatangani surat ini bagi pihak Pengarah JPEPP Bahagian Penswastaan,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rullizah Abdul Majid.
Razailia turut mengesahkan beliau menyediakan surat daripada JPEPP kepada Aset Kayamas bertarikh 18 Ogos 2015 yang bertajuk: Per: Tawaran Penjualan Harta Tak Alih Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur di atas Lot 53427 dan Lot 53653 di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur – Tuntutan Bayaran 10 peratus daripada Harga Jualan – RM2,356,240.00.
“Saya mengesahkan saya yang menyediakan surat tersebut untuk ditandatangani oleh Pengarah JPEPP, Ab Salim Mansor,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Tengku Adnan dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Selasa.– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/datuk-bandar-kl-dibayar-rm200k-untuk-setuju-beli-tanah-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risiko Dan Masalah Beli Rumah Atau Tanah Geran Bersama

Risiko Dan Masalah Beli Rumah Atau Tanah Geran Bersama

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 997 hits
Risiko Lot Geran Bersama Tanah dan rumah dua entiti dalam kategori property yang cukup besar nilainya Semakin hari semakin ramai manusia dan semakin memerlukan tempat tinggal Kekurangan prospek mencari tempat tinggal menjadikan permintaan m...
Banyak Permohonan Beli Tanah Secara Jualan Terus Lepas Ku Nan Jadi Menteri

Banyak Permohonan Beli Tanah Secara Jualan Terus Lepas Ku Nan Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 316 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa selepas Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada 2013 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerima banyak permohonan daripada pihak pemaju untuk membeli tana...
Kes Rasuah Libat Datuk Seri Tengku Adnan 7 Saksi Dipanggil 3 Hari Perbicaraan

Kes Rasuah Libat Datuk Seri Tengku Adnan 7 Saksi Dipanggil 3 Hari Perbicaraan

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 275 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Trump Benarkan Huawei Beli Produk Daripada Pembekal As

Trump Benarkan Huawei Beli Produk Daripada Pembekal As

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 264 hits
OSAKA Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau akan membenarkan Huawei Technologies Co untuk membeli produk daripada pembekal AS dalam konsesi kepada China selepas rundingan dengan rakan sejawatnya Presiden Xi Jinping hari ini
Ada Bintang Dan Pingat Boleh Beli Dekat Lazada Ke Lokman Persoal Pingat Bintang Latheefa

Ada Bintang Dan Pingat Boleh Beli Dekat Lazada Ke Lokman Persoal Pingat Bintang Latheefa

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 303 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam seolah olah memuji Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru Latheefa Koya yang dikatakannya cantik apabila mengenakan pakaian seragam KP SPRM Namun begitu Lokman me...
Pengalaman Beli Baju Online

Pengalaman Beli Baju Online

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 439 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi semua Cuaca pada pagi ini sangat baik di tempat saya Tempat anda bagaimana pula Saya pernah membeli baju online sebanyak empat kali Tiga berjaya mendapat barangnya dan satu lagi berjaya ditipu dengan jayanya...
Beli Kereta Secara Cash

Beli Kereta Secara Cash

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 513 hits
Bukan saya yang beli kereta tetapi orang lain Saya lesen motor dan kereta pun tiada Lesen basikal pun dah mati Jurujual Perodua tersebut Bermulalah kehidupan baru buat pembeli kereta tersebut Sekian
Skim Rent To Own Atau Smart Sewa Untuk Beli Rumah Pertama

Skim Rent To Own Atau Smart Sewa Untuk Beli Rumah Pertama

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 582 hits
Skim Rent to Own dan Skim Smart Sewa antara cara mudah anda membeli rumah idaman kini dengan cara sewa terlebih dulu Cuma ramai lagi yang masih tidak tahu skim wujud The post appeared first on
Beli Flextape Untuk Menampal Kebocoran Tangki

Beli Flextape Untuk Menampal Kebocoran Tangki

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 478 hits
FLEX TAPE Instantly seal repair patch bond Fuh ramai juga yang request flex tape ini Bagus sekali untuk menampal retakan kecil pada tangki air atau akuarium Nak survey produk dan harga Klik sini
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega