Risiko Dan Masalah Beli Rumah Atau Tanah Geran Bersama



"Risiko Lot Geran Bersama"

Tanah dan rumah dua entiti dalam kategori 'property' yang cukup besar nilainya. Semakin hari semakin ramai manusia dan semakin memerlukan tempat tinggal. Kekurangan prospek mencari tempat tinggal menjadikan permintaan melebihi sumber, maka saban tahun hartanah meningkat naik.


Risiko dan Masalah Tanah Rumah Geran BersamaDi kawasan-kawasan agak maju dan giat membangun sukar untuk mendapatkan harga yang mampu milik.


Salah satu alternatif untuk memiliki rumah idaman selain dari membeli tanah lot adalah mendapatkan rumah yang didirikan di atas tanah lot yang dikongsi dengan banyak nama, atau juga sinonim dengan nama 'lot lidi'.

Harga Rumah dan Tanah Lebih Murah

Cukup murah sebenarnya harga rumah di atas tanah lot lidi, sebagai contoh rumah 'landed' perumahan biasa mencecah RM300k, rumah 'landed' di atas lot lidi mungkin berharga RM150k sahaja.

Cukup berbeza harganya.

Namun, dengan harga sebegini terdapat beberapa risiko yang perlu 'dibayar' yang memungkinkan terjadinya masalah.

Di bawah adalah antara isi penting dan risiko yang perlu pembeli kenali dan fikirkan sebelum memiliki rumah di atas nama lot kongsi atau lot lidi.

Apa Itu Lot Lidi atau Lot Geran Bersama ?

Lot Lidi :

Sebidang tanah yang mempunyai geran yang sah, tetapi kemudiannya dipecah-pecahkan lot kecil untuk dijual semula dengan tujuan untuk membina rumah.

Pemegang Amanah :

Salah seorang yang melantik diri sendiri atau dilantik oleh pembeli-pembeli lot lidi untuk memegang amanah bagi semua pembeli dan hanya namanya seorang yang didaftarkan di dalam geran. 

Surat Pemegang Amanah : 

Surat berupa perjanjian di antara pembeli-pembeli dengan Pemegang Amanah yang menyatakan bahawa Pemegang Amanah akan memegang hak di atas tanah berkenaan. Ia juga dipanggil Surat Ikatan Amanah.

Pusaka :

Prosedur pembahagian tanah kepada waris selepas berlakunya kematian pemilik tanah.

Risiko Beli Tanah Lot Bangunan Tiada Geran Individu (Lot Lidi / Geran Kongsi)

1. Tidak Boleh Dipindah Milik Kepada Pembeli

Sekiranya salah seorang pembeli lot lidi ingin menjual semula lotnya kepada orang lain, tiada prosedur undang-undang yang sah boleh dilaksanakan untuk urusan jual beli berkenaan melainkan mereka terpaksa membuat Surat Pemegang Amanah baru yang memerlukan Pemegang Amanah sendiri untuk melaksanakannya. 

Sekiranya Pemegang Amanah itu enggan untuk menukar nama atas apa-apa sebab (perbalahan, tiada masa, malas, nyanyuk, sudah meninggal dunia atau sebagainya) maka proses pertukaran nama itu tidak boleh berlaku.

2. Nama Pembeli Tiada Dalam Geran

Dokumen yang menunjukkan anda ialah seorang pemilik di dalam lot lidi hanyalah dengan melalui Surat Pemegang Amanah sahaja. Hanya seorang yang akan menjadi Pemegang Amanah bagi kesemua pemilik-pemilik lot lidi dan nama Pemegang Amanah itu sahaja yang akan didaftarkan di dalam geran.

Sebagai contoh jika ada 12 orang pembeli lot lidi di dalam satu kawasan, nama Pemegang Amanah akan tertera di dalam geran sebagai mewakili 11 pembeli yang lain. Pemegang Amanah ini boleh jadi terdiri daripada salah seorang pembeli lot lidi atau boleh jadi juga pemilik asal tanah berkenaan. 

Hakmilik adalah punca kuasa yang sangat penting di dalam apa-apa urusan tanah. Jika nama tiada di dalam hakmilik, mereka tidak layak untuk berurusan apa-apa mengenai tanah berkenaan walaupun diikat dengan Surat Pemegang Amanah.

3. Tidak Tahu Kedudukan Sebenar Tanah

4. Tidak Boleh Bina Rumah Secara Sah Di Atasnya

Lot lidi lazimnya ialah lot yang bersyarat pertanian. Membina rumah di atas lot bersyarat pertanian adalah kesalahan serius seperti yang termaktub di dalam Seksyen 125 Kanun Tanah Negara. Anda akan dikenakan denda atau tanah anda boleh dirampas.

5. Tidak Boleh Digadaikan Kepada Bank Untuk Mendapatkan Pinjaman

6. Tidak Boleh Diwariskan Kepada Waris Apabila Pembeli Meninggal Dunia

Ini adalah risiko terbesar yang perlu dihadapi oleh pemilik-pemilik lot lidi. Jika Pemegang Amanah meninggal dunia, pembeli-pembeli lot lidi bolehlah diibaratkan seperti layang-layang terputus tali. Memang benar mereka boleh melantik Pemegang Amanah yang baru, tetapi prosedurnya bukanlah semudah seperti yang disangka. 

Anda akan berhadapan dengan ketidaktentuan, prosedur pesaka yang rumit, masa yang lama, kos yang tinggi dan kemungkinan berlaku perbalahan yang berpanjangan.

7. Tanah Masih Menjadi Hak Pemilik Asal

8. Tidak Layak Dapat Pampasan Jika Tanah Diambil Oleh Kerajaan

Jika Kerajaan berhasrat untuk membuat pengambilan di atas tanah berkenaan kerana sebab-sebab tertentu, pembeli lot tidak mempunyai apa-apa hak untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan. 

Hanya Pemegang Amanah yang akan dipanggil untuk sesi pendengaran malah wang pampasan akan diberikan kepada Pemegang Amanah sahaja. Pembeli-pembeli lot perlu berurusan dengan Pemegang Amanah untuk membahagi-bahagikan wang pampasan.

9. Tidak Boleh Dipindahmilik Kepada Waris

Oleh kerana nama pemilik-pemilik lot lidi tidak didaftarkan di dalam geran, waris-waris si mati tidak boleh memulakan prosedur pesaka kerana secara teorinya tanah berkenaan adalah milik Pemegang Amanah.

10. Terdedah Kepada Unsur-Unsur Penipuan Dan Perbalahan




Jangan Terpedaya Dengan Kata-Kata Penjual Lot Lidi Seperti :

1. Akan membuat tukar syarat atas tanah itu selepas semua lot habis dijual. 
2. Akan mengemukakan pelan pembangunan kepada pihak berkuasa. 
3. Akan pecahkan lot secara betul menggunakan juruukur berlesen pada masa akan datang. 
4. Sempadan lot lidi akan ditanam dengan batu sempadan. 
5. Nama akan ditukar secara automatik jika Pemegang Amanah meninggal dunia. 
6. Tidak akan ada masalah kerana ada Surat Pemegang Amanah. 
7. Lot lidi adalah sah dari segi undang-undang.

Senang Untuk Mewariskan Hartanah 

Adalah dikhuatiri kediaman idaman anda yang sepatutnya memberi keselesaan kepada keluarga dan boleh diwariskan kepada anak-anak akan berakhir dengan kerugian yang besar, perbalahan keluarga dan penyesalan di kemudian hari.

Banyak lagi risiko yang tidak dinyatakan di sini. Justeru itu, Pentadbir-Pentadbir Tanah menasihatkan supaya mengelakkan diri dari terlibat dengan pembelian lot lidi.

Biar Mahal Tetapi Berbaloi 

Biarlah membeli tanah atau rumah yang mahal sedikit asalkan mengikut lunas undang-undang kerana ia akan membantu sekiranya terdapat masalah-masalah pada masa akan datang. 

KENYATAAN PENTING : Penerangan di atas adalah sangat ringkas bagi memudahkan kefahaman kepada rakyat yang tidak mengetahui prosedur undang-undang tanah. 

Terdapat prosedur-prosedur teknikal yang tidak dinyatakan dan anda dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan dari Pejabat Tanah berkaitan.


Sumber: Facebook Pejabat Daerah Dan Tanah Kerian, 25 May 2017
Anda fikir anda tahu Risiko dan Masalah Beli Rumah atau Tanah Geran Bersama (Lot Lidi) ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2019/07/risiko-dan-masalah-beli-rumah-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri Raikan Penggiat Seni Dan Sastera Tanah Air

Dap Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri Raikan Penggiat Seni Dan Sastera Tanah Air

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 269 hits
Pada 3 Julai 2019DAP sentiasa menghargai sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan penggiat seni dan sastera tanah air dalam memangkin pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia Ini dibuktikan dengan penganjuran majlis Rumah Terbuka Aidilfit...
Pengalaman Pahit Manis Beli Rumah Sub Sale

Pengalaman Pahit Manis Beli Rumah Sub Sale

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 538 hits
PENGALAMAN PAHIT MANIS BELI RUMAH SUB SALE Al kisah sudah lama saya menanam impian untuk membeli rumah kedua disebabkan rumah pertama jauh iaitu di Muar Johor Rumah pertama tiada sesiapa tinggal di sana dan masih belum berhasrat untuk disew...
Lama Sangat Makan Hati Masalah Dengan Keluarga Mertua Tapi Rumah Tangga Sendiri Yang Terkorban

Lama Sangat Makan Hati Masalah Dengan Keluarga Mertua Tapi Rumah Tangga Sendiri Yang Terkorban

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 660 hits
Selepas Fizo Omar dan Mawar Karim mengumumkan mengenai penceraian mereka ramai telah mula membuat pelbagai spekulasi mengenai punca keretakan rumah tangga yang telah mereka bina selama enam tahun Ramai yang sedih melihat pengakhiran hubunga...
Resmi Bebas Dari Penjara Kriss Hatta Posting Nikmatnya Tidur Pakai Bantal Hingga Beli Rumah Baru

Resmi Bebas Dari Penjara Kriss Hatta Posting Nikmatnya Tidur Pakai Bantal Hingga Beli Rumah Baru

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 445 hits
Demi move on dan meninggalkan semua kenangan masa lalunya Kriss rela pindah dan membeli rumah baru
Penduduk Kg Jawa Tronoh Dihalau Walau Tanah Ada Geran

Penduduk Kg Jawa Tronoh Dihalau Walau Tanah Ada Geran

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 520 hits
Penduduk Kg Jawa Tronoh perak dihalau Syarikat Cina walaupun tanah ada geran Geran yang mereka miliki adalah geran yang sah35 keluarga penduduk asal yang sudah lebih 30 tahun menduduki Kamoung Jawa Tronoh Mines Air Kuning Kampar Perak diber...
Peminjam Ptptn Yang Disenarai Hitam Kini Boleh Beli Rumah

Peminjam Ptptn Yang Disenarai Hitam Kini Boleh Beli Rumah

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 461 hits
Peminjam PTPTN Yang Disenarai Hitam Kini Boleh Beli Rumah Semua sedia maklum bahawa peminjam PTPTN yang tidak membayar balik pinjaman akan disenaraihitam dalam CCRIS Kualiti laporan kredit terjejas sekaligus menunjukkan rekod buruk kepada p...
Datuk Bandar Kl Dibayar Rm200k Untuk Setuju Beli Tanah Saksi

Datuk Bandar Kl Dibayar Rm200k Untuk Setuju Beli Tanah Saksi

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 261 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd telah membuat bayaran RM200 000 kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai persetujuan menerima tawaran penjualan dua lot tanah di Bandar Tun Razak milik Dewan Bandaraya Kuala ...
Kediaman Rumah Perakku Atau Rumah Selangorku Part 1

Kediaman Rumah Perakku Atau Rumah Selangorku Part 1

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 1092 hits
Masuk tahun ke 6 saya memohon secara online permohonan Rumah Selangorku dibawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Permohonan untuk unit rumah berharga bawah RM100 000 untuk kediaman apartment di negeri Selangor Setakat masuk tahun ke ...
Dua Kali Borang Permohonan Beli Rumah Ppr Kena Reject

Dua Kali Borang Permohonan Beli Rumah Ppr Kena Reject

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 1493 hits
k fiezz Abah dalam proses nak beli rumah PPR yang kitaorang tinggal skrg ni PPR ni bawah DBKL Jadi semua urusan sewa jual beli kena la di DBKL Borang permohonan masa awal tahun ritu k fiezz dah amik kat Tkt 6 Unit Jualan Pejabat DBKL Kg Bar...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord