Dating Bukan Untuk Pasangan Bercinta Tetapi Untuk Emak Ayah Yang Ada Anak


Biarpun sudah lama berkawin, tidak bermakna kita sudah meluangkan masa bertahun-tahun dengan pasangan. Maksudnya? Sering kali kita menjadikan anak sebagai alasan, tidak boleh keluar berdua tanpa mereka. Kasihan kerana terpaksa tinggalkan anak-anak dan kita pula keluar berjalan dengan pasangan. Sebenarnya itulah terapi yang diperlukan seorang suami dan isteri. Carilah masa dan rancanglah aktiviti yang dapat menyemarakkan perasaan sayang terhadap satu sama lain.
Melalui penulisannya di laman Facebook peribadi, Mohd Fhais menyatakan apabila sepasang suami isteri itu sudah ada anak, lebih kerap perlu keluar berdua. Kasihankan diri sendiri kerana tidak berpeluang untuk berdua-duaan lagi sejak mempunyai anak-anak.
Ikuti penulisan Fhais:
Ada anak bukan alasan tak boleh dating.
Malah bila ada anak lagi kena kerap keluar dating. Usah kesian kena tinggal anak tapi kesian pada diri sendiri sebab tak dapat enjoy masa berkualiti dengan pasangan sendiri.
Seminggu 5 hari bekerja. Waktu siang tak ada peluang langsung nak berjumpa. Malam pula sibuk melayan anak. Kadang tu baru nak borak anak datang kacau daun. Potong mood betul!
Hari minggu lagi la tak ada peluang nak berdua-duaan. Dah bersusun jadual tugas yang nak selesaikan. Belum masuk lagi janji dengan anak nak bawa dia jalan-jalan.
Sampai kita terlupa keperluan isteri kita kerana,
1 – Isteri perlukan cuti
Jadi pengurus rumah ni penat, stress dan penuh drama. Dapat keluar dating 2 jam macam dapat massage full body 2 kali tau. Sambil cuti sambil segarkan diri.
Tak perlu pun beli barang mewah, dapat sedut udara segar pun jadi untuk segar diri. Udara dalam shopping mall dengan udara dalam rumah jauh berbeza macam pipit dengan helang tau.
Baca Artikel Ini: [Keluar darah Berpanjangan Selepas Bersalin, Nifas Atau Haid?]
2 – Refresh Soul Tank
Nampak kerja orang rumah ni macam senang. Lipat baju, basuh pinggan, urus anak, masak nasi. Tapi dia punya penat mengalahkan orang kerja kontrak yang berjemur bawah matahari.
Walaupun nampak kerja rumah remeh tapi kerja tu sentiasa berjalan dan tak berkesudahan. Soul tank ( jiwa ) isteri kita sedikit demi sedikit kering. Fizikal kuat macam mana pun kalau jiwa kosong, senang-senang je boleh tumbang.
Jangan pelik kalau masa dating isteri asyik terlelap. Tu tanda jiwa dia kepenatan.
3 – Refill Emotional Tank
Bukan dompet je kena penuh, tangki emosi pun kena penuhkan juga. Kalau tangki emosi kering kontang alamatnya di rumah memang selalu jadi hulk la. Sedikit isu pun boleh jadi isu besar.
Kerap Marahkan Anak, Cuba Baca Ini: [Waktu Anak Tidur, Tatap Muka Anak. Kenang Waktu Kita Marahkan Mereka]
Keluar dating bukan suruh jadi mat jiwang nak kena bagi bunga romantik bagai. Cukup dapat teman dan beri perhatian sepenuhnya pada apa yang isteri nak luahkan pun dah cukup bersyukur.
4 – Review gameplan
Masa berdua-duaan ini sesuai sangat review gameplan keluarga. Mendidik anak ni sebenarnya satu peperangan. Kalau tak ada gameplan lambat laun mak ayah akan kalah dengan emosi, kalah dengan ekonomi dan kalah dengan anak sendiri.
Nak jadi mak ayah yang menang? Selain kena selalu upgrade ilmu, upgrade strategi dan tak selalu main hentam seromoh, kena juga selalu berbincang suami isteri.
5 – Nafkah Batin
Isteri kita bukan kahwin untuk jadi babysitter, tukang masak atau pembantu rumah sepenuh masa. Sebaliknya mereka kahwin dengan kita kerana mereka mahu di fahami, di hargai dan di sayangi oleh kita.
Jadi para suami, jangan tunggu isteri pelawa baru nak keluar dating sebaliknya anda la yang kena pelawa isteri keluar. Kalau isteri tak nak, paksa juga sebab ini tanggungjawab, nafkah batin hukumnya wajib.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais,
Mula kahwin berdua, akhir pun berdua. Anak-anak hanya sementara, jangan jadikan anak sebagai sempadan antara hubungan suami isteri.
Baik suami mahupun isteri, kedua-duanya memerlukan rehat dan terapi untuk diri sendiri. Bukan sahaja dapat berehat sebentar dari kehidupan berkeluarga, bahkan perasaan cinta semakin mengharum apabila anda memutuskan untuk bersama pasangan untuk melakukan aktiviti kegemaran. Inilah definisi ‚me time‘ yang sebenar buat pasangan yang telah lama berumah tangga.
Sumber: Mohd Fhais
The post ‘Dating’ Bukan Untuk Pasangan Bercinta, Tetapi Untuk Emak Ayah Yang Ada Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dating-bukan-untuk-pasangan-bercinta-tetapi-untuk-emak-ayah-yang-ada-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fizo Omar Mengaku Sebagai Anak Emak Sebelum Kahwin Lagi

Fizo Omar Mengaku Sebagai Anak Emak Sebelum Kahwin Lagi

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 790 hits
Tanggungjawab seorang anak lelaki itu besar Tidak akan terlepas peranan sebagai seorang anak lelaki kepada ibu dan bapanya meski sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri Beberapa hari ini masyarakat sibuk memperkatakan p...
Foto Anak Walikota Jadi Kuli Bangungan Viral Sang Ayah Akui Itu Putranya Hidup Harus Kerja Keras

Foto Anak Walikota Jadi Kuli Bangungan Viral Sang Ayah Akui Itu Putranya Hidup Harus Kerja Keras

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 293 hits
Foto foto anak Walikota Tidore Muhammad Sinen yang bernama Muhammad Rafdi Marajabessy viral karena gaya hidupnya yang tak terduga Bukan karena pamer kemewahan Muhammad Rafdi Marajabessy justru menuai pujian karena hidup dengan sederhana Aku...
Kenapa Anak Meragam Bila Bersama Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Dengar Cakap

Kenapa Anak Meragam Bila Bersama Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Dengar Cakap

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 389 hits
Kenapa anak meragam bila bersama ibu tapi bila dengan ayah mudah pula dengar cakap dan berdisiplin Tadi masa mama belum balik kerja elok je dia tak meragam Bila nampak mama macam macam perangai dia tunjuk ya komen papa pada si kecilnya yang...
Hairan Anak Lebih Dengar Cakap Ayah Berbanding Mak Kenapa Ini 7 Jawapannya

Hairan Anak Lebih Dengar Cakap Ayah Berbanding Mak Kenapa Ini 7 Jawapannya

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 355 hits
Apabila berbicara tentang personaliti ibu bapa seorang ayah lebih sinonim dengan watak yang tenang dan terkawal emosinya berbanding si ibu yang lebih garang dan gemar berleter Walaupun ada pasangan yang mempunyai sifat sebaliknya rata rata ...
Ibu Ayah Ini Diy Dapur Mainan Anak Dengan Modal Hanya Rm50

Ibu Ayah Ini Diy Dapur Mainan Anak Dengan Modal Hanya Rm50

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 719 hits
Kadangkala kreativiti ibu ayah yang DIY atau buat sendiri dapur mainan untuk anak perempuannya lebih bermakna dan paling penting membantu merangsang imaginasi anak Sememangnya sokongan dan penglibatan ibu dan ayah dalam setiap perkembangan ...
Ayah Jangan Malu Suap Anak Makan Peluklah Anak Jangan Biarkan Anak Tidur Dengan Jiwa Kosong

Ayah Jangan Malu Suap Anak Makan Peluklah Anak Jangan Biarkan Anak Tidur Dengan Jiwa Kosong

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 806 hits
Peranan seorang ayah sebagai ketua keluarga sangat penting Jika ayah mengambil berat apa yang berlaku setiap hari dirumah pasti keluarga tersebut menjadi sebuah keluarga yang harmoni Penglibatan ayah dalam mendidik dan menjaga anak anak jug...
Ikut Cara Rasulullah Saw Tunjuk Rasa Sayang Ayah Yang Garang Pun Tetap Disayangi Anak Anak

Ikut Cara Rasulullah Saw Tunjuk Rasa Sayang Ayah Yang Garang Pun Tetap Disayangi Anak Anak

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 274 hits
Seorang bapa mungkin lebih tegas berbanding ibu Ekspresi wajahnya saja sudah cukup untuk membuat anak anak merasa takut Nampak garang tetapi di sebalik wajah itu tersembunyi rasa cinta seorang ayah terhadap anak anaknya Menunjukkan rasa say...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri