Dasar Ekonomi Baru Tidak Lagi Berfungsi Kata Nazir


PETALING JAYA: Banyak prinsip dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak lagi berfungsi, sebaliknya menjejaskan politik dan melebarkan jurang antara komuniti di negara ini, menurut tokoh korporat Nazir Razak.

Nazir, anak perdana menteri kedua Malaysia dan “arkitek” DEB, Abdul Razak Hussein, berkata status quo tidak dapat dipertahankan, dan beliau mempersoalkan sama ada pemimpin negara ada inisiatif untuk membangun dan melaksanakan sistem politik, ekonomi dan sosial baharu.

Beliau berkata, DEB bukan diwujudkan sebagai satu penyelesaian yang kekal.

Bekas pengerusi CIMB itu berkata prinsip-prinsip DEB, banyak yang tidak berubah sejak penubuhannya pada 1970, telah menampakkan diri dalam “politik kita yang tidak berfungsi, data ekonomi dan perpecahan yang semakin meningkat”.

“Ini tidak mengejutkan kerana sistem yang dilaksana dimaksudkan sebagai satu percubaan dan bersifat sementara,” kata beliau kepada FMT.
Beliau memberi amaran bahawa isu-isu yang semakin “bernanah” ini akan meluap sekiranya pemimpin-pemimpin negara gagal bertindak dengan segera untuk melaksanakan pembaharuan.

“Perlukah kita tunggu pergaduhan tercetus di jalanan atau negara gagal sebagai institusi sebelum kita menangani isu pembaharuan?” soal beliau.

Nazir berkata, keadaan darurat, ketidakstabilan politik dan kekecewaan masyarakat umum pada masa ini sepatutnya sudah cukup menjadi bukti bahawa perubahan diperlukan.

“Bukankah sepatutnya pemimpin-pemimpin kita duduk bersama, kenal pasti masalah dan kaji pembaharuan ini sekarang? Mereka tidak sepatutnya mementingkan diri dengan berkata: ‘Saya mendapat keuntungan daripada sistem ini, jadi saya tidak mahu mengubah apa-apa.’”

“Ini yang selalu menjadi masalah dengan pembaharuan. Mereka yang berkuasa lebih kurang berkata, ‘Inilah sistem yang meletakkan saya di sini. Mengapa saya mahu mengubahnya?’”

Nazir berkata, ada keperluan bagi membentuk sekumpulan pakar untuk meneliti isu yang paling mendesak dan memecahbelahkan di negara ini, satu seruan yang berulang kali dibuat Nazir.

Kata beliau, kumpulan itu mirip dengan Majlis Perundingan Negara yang ditubuhkan ekoran rusuhan 13 Mei.

“Sekolah vernakular, tindakan afirmatif, keseluruhan isu sekular vs negara Islam – semua perkara ini harus dibawa berunding dan dibincangkan,” kata beliau.

“Dapatkan pemimpin masyarakat, golongan intelektual, dan sebagainya untuk berdebat dan mencadangkan sistem baharu yang boleh meletakkan kita pada landasan yang lebih baik.

“Zaman ini, dunia tidak menunggu sesiapa pun. Dinamiknya adalah jika kita tidak menguruskan demokrasi dan masyarakat, dan bekerjasama merentasi sempadan identiti sekarang, kita akan semakin jauh ketinggalan.”

Bentuk baharu pembuatan dasar sedang diterokai di seluruh dunia, kata Nazir, dan wakil rakyat semakin jelas kelihatan tidak dapat berhubung dengan pengundi.

“Berkenaan isu struktur jangka panjang, kita tidak boleh bergantung kepada Parlimen atau parti politik, yang pada dasarnya mempunyai agenda jangka pendek.

“Individu yang kita pilih akan mengundi mengikut arahan partinya, bukan apa yang dikehendaki rakyat yang diwakilinya.

“Mereka juga sentiasa dipengaruhi kitaran pilihan raya,” kata beliau.

Merujuk kepada apa yang terjadi di Ireland, beliau berkata panel rakyat, golongan intelektual dan pemimpin masyarakat dimaklumkan oleh Ahli Parlimen bahawa masyarakat umum tidak akan menerima saranannya untuk menjadikan pengguguran itu sah di sisi undang-undang. Tetapi referendum diluluskan dengan hampir dua pertiga jumlah undi.

“Adakah ahli politik individu yang tepat untuk menangani isu struktur jangka panjang bagi menambah baik negara? Saya rasa, tidak,” kata beliau.  - freemalaysiatoday.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/dasar-ekonomi-baru-tidak-lagi-berfungsi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengeluaran I Sinar Beri Impak Positif Kepada Ekonomi Sebenar Kata Bnm

Pengeluaran I Sinar Beri Impak Positif Kepada Ekonomi Sebenar Kata Bnm

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 207 hits
Pengeluaran i Sinar beri impak positif kepada ekonomi sebenar kata BNM Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Apr 2
Kerjasama Antara Pks Penting Untuk Tingkat Ekonomi Kata Redzuan

Kerjasama Antara Pks Penting Untuk Tingkat Ekonomi Kata Redzuan

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 294 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof berkata PKS adalah jentera bagi mewujudkan pekerjaan nilai serta inovasi dan kerajaan memberi banyak perhatian kepada sektor itu KUALA LUMPUR Penting bagi perusahaan kecil dan sederha...
Jumlah Syarikat Baru Didaftar Atasi Syarikat Ditutup Kata Menteri

Jumlah Syarikat Baru Didaftar Atasi Syarikat Ditutup Kata Menteri

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 298 hits
Sebanyak 437 769 syarikat baru telah didaftarkan tahun lepas Dua bangunan pencakar langit Menara Berkembar Petronas dan Menara Tun Razak Exchange di kelilingi bangunan bangunan perniagaan di Kuala Lumpur Jumlah syarikat baru yang didaftarka...
K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 371 hits
Kerajaan kemungkinan besar akan mempertimbangkan semula dasar pendaftaran vaksin jika kadar pendaftaran vaksin Covid 19 tidak memuaskan menjelang Julai kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Kita harus menilai semula tah...
Putus Hubungan Diplomatik Dengan Korea Utara Tiada Impak Atas Ekonomi Kata Tengku Zafrul

Putus Hubungan Diplomatik Dengan Korea Utara Tiada Impak Atas Ekonomi Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 278 hits
Sumbangan Korea Utara terhadap ekonomi Malaysia kecil menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz ARAU Tindakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia tidak memberi kesan kepada ekonomi negara ini kata Menteri Kewa...
Mahu Bersama Ppbm Dalam Pru Pas Tidak Lagi Minat Perkukuh Mn Kata Veteran Umno

Mahu Bersama Ppbm Dalam Pru Pas Tidak Lagi Minat Perkukuh Mn Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 275 hits
PETALING JAYA Veteran Umno Shahrir Samad menyifatkan PAS tidak lagi berminat memperkasakan Muafakat Nasional bersama Umno selepas parti Islam itu mengumumkan akan mengukuhkan kerjasama dengan PPBM bagi menghadapi PRU15 Katanya dengan pendir...
Umno Dan Bersatu Masih Menikah Setuju Cerai Masa Pru Kata Shahidan

Umno Dan Bersatu Masih Menikah Setuju Cerai Masa Pru Kata Shahidan

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 301 hits
Bekas menteri di jabatan perdana menteri Shahidan Kassim menafikan tuduhan yang kononnya dia adalah broker bagi menarik ahli parlimen Umno menyokong kerajaan Perikatan Nasional Jelas Ahli Parlimen Arau itu Umno dan Bersatu masih belum berce...
Bersatu Janji Tidak Akan Bertanding Dalam Prn Sarawak Kata Masing

Bersatu Janji Tidak Akan Bertanding Dalam Prn Sarawak Kata Masing

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah memberi jaminan kepada Gabungan Parti Sarawak untuk tidak bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 12 atau Pilihan Raya Umum ke 15 Perkara itu disahkan Presiden Parti Rak...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat