Umno Dan Bersatu Masih Menikah Setuju Cerai Masa Pru Kata Shahidan




Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Shahidan Kassim menafikan tuduhan yang kononnya dia adalah 'broker' bagi menarik ahli parlimen Umno menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Jelas Ahli Parlimen Arau itu, Umno dan Bersatu "masih belum bercerai" dan dia akan terus berkawan dengan pemimpin PN.
"Bila saya berkawan (dengan PN, Bersatu), dituduh saya ejen dan 'broker', saya tak perlu jadi 'broker', saya lebih hebat daripada ejen-ejen 'broker' yang ada dekat perhimpunan agung Umno (PAU).
"(Umno) setuju 'cerai' masa pilihan raya umum (PRU), sekarang masih bernikah dan saya akan terus berkawan dengan mereka.
"Saya yakin sekarang orang tengok saya macam musuh," kata Shahidan pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Pada Ahad lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata usul memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu yang menerajui kerajaan PN itu dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan parti yang menghadiri PAU 2020.
Umno juga katanya akan menetapkan garis masa untuk menarik diri daripada terus menyokong kerajaan PN.
Perwakilan PAU Ahad lalu juga mencabar menteri dan timbalan menteri supaya meletakkan jawatan selaras dengan keputusan parti itu.
Hari ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memaklumkan dia telah menemui para menteri Umno dan menasihati mereka untuk kekal dalam kerajaan
"Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri Umno akan terus kekal berada dalam kabinet," kata Muhyiddin.
Sementara itu, Shahidan berkata PAS perlu menyatakan pendirian mereka dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN) selepas menyatakan pendirian PAS bersama Bersatu dalam PN.
"PAS masih berunding dengan Umno dalam MN. PAS isytihar bekerjasama (dengan Bersatu) sebelum runding dengan Umno tak wajar, sebab PAS ada piagam dengan Umno (dalam MN).
"PAS perlu bagi tahu apa syarat mereka untuk terus kerjasama (dengan Umno), jadi PAS elok menyatakan pendirian mereka tentang MN," katanya lagi.
Terdahulu, Bersatu dan PAS tampil dalam satu kenyataan bersama oleh setiausaha agung parti masing-masing Takiyuddin Hassan dan Hamzah Zainudin.
Mereka berkata Bersatu dan PAS akan terus mengukuhkan kerjasama dalam PN bagi menghadapi PRU ke-15 nanti.
"Bersatu dan PAS bertegas menolak sebarang bentuk 'penjajaran baharu' untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15, terutama yang melibatkan PH dan sekutunya," kata mereka hari ini.
Mengulas lanjut, Shahidan berkata adalah silap untuk "tidak berkawan" dengan Bersatu dan PAS kerana Umno masih lagi dalam kerajaan PN.
"Sebenarnya siapa yang tak berkawan dengan Bersatu itu salah, sebab kita akan bercerai masa PRU bukan sekarang...
"Sekarang kita sokong kerajaan PN, esok saya akan jumpa perdana menteri dan menteri-menteri Bersatu.
"Siapa yang tak nak berkawan drngan Bersatu, PAS pada masa sekarang adalah salah sebab kita masih di bawah kerajaan PN kecuali ahli Parlimen kita (BN) bubarkan kerajaan, tarik diri.
Katanya, meskipun Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat keputusan namun, yang menentukan sama ada sokongan pada kerajaan PN ditarik balik ataupun tidak adalah ahli parlimen BN.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/umno-dan-bersatu-masih-menikah-setuju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Masih Bertegas Tindakan Umno Untuk Tak Bersama Umno Pas Bersatu Akan Membawa Kekalahan Pru 15

Annuar Masih Bertegas Tindakan Umno Untuk Tak Bersama Umno Pas Bersatu Akan Membawa Kekalahan Pru 15

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 303 hits
Kesetiaan kepada parti harus diukur menerusi pemilihan strategi yang dapat memenangkan parti bukannya menerusi sokongan kepada pihak tertentu semata mata kata bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa Katanya ada pihak dikatakan setia meskipu...
Konflik Umno Bersatu Selesaikan Dengan Tenang Elak Kata Kata Berbentuk Mencabar

Konflik Umno Bersatu Selesaikan Dengan Tenang Elak Kata Kata Berbentuk Mencabar

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 249 hits
BACHOK Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata langkah yang sesuai bagi mengelakkan konflik antara UMNO dan BERSATU daripada berterusan adalah dengan mengenepikan sebarang kata kata berbentuk mencabar Kata Ahli ...
Mahu Bersama Ppbm Dalam Pru Pas Tidak Lagi Minat Perkukuh Mn Kata Veteran Umno

Mahu Bersama Ppbm Dalam Pru Pas Tidak Lagi Minat Perkukuh Mn Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 275 hits
PETALING JAYA Veteran Umno Shahrir Samad menyifatkan PAS tidak lagi berminat memperkasakan Muafakat Nasional bersama Umno selepas parti Islam itu mengumumkan akan mengukuhkan kerjasama dengan PPBM bagi menghadapi PRU15 Katanya dengan pendir...
Wan Fayhsal Kata Bersatu Dah Ready Kalau Betul Umno Nak Tarik Diri

Wan Fayhsal Kata Bersatu Dah Ready Kalau Betul Umno Nak Tarik Diri

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 226 hits
March 30 2021 UMNO perlu meletakkan tarikh untuk ahli ahli mereka dalam kerajaan Perikatan Nasional meletak jawatan sebagai menteri timbalan menteri dan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi ...
Pru 15 Bersatu Sedia Bertanding Semua Kerusi Jika Umno Tidak Mahu Bertoleransi

Pru 15 Bersatu Sedia Bertanding Semua Kerusi Jika Umno Tidak Mahu Bertoleransi

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 263 hits
PUTRAJAYA Parti Pribumi Bersatu Malaysia menegaskan bahawa parti itu sedia bertanding semua kerusi sekiranya UMNO tidak mahu bertoleransi dalam perkara berkenaan Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata pihaknya akan sentia...
Proses Agih Kerusi Lebih Mudah Tanpa Umno Kata Pemimpin Bersatu

Proses Agih Kerusi Lebih Mudah Tanpa Umno Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 239 hits
FMT ReportersRosol Wahid berkata rundingan pembahagian kerusi dengan PAS akan menjadi lebih mudah kerana hanya membabitkan dua parti saja PUTRAJAYA Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Rosol Wahid berkata proses pengagihan kerusi parti itu d...
Perpaduan Umat Tidak Relevan Pada Masa Ini Melainkan Serah Jawatan Pm Kepada Umno Kata Pemimpin Umno

Perpaduan Umat Tidak Relevan Pada Masa Ini Melainkan Serah Jawatan Pm Kepada Umno Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 239 hits
PETALING JAYA Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata cakap cakap mengenai perpaduan umat Islam tidak relevan pada masa ini dengan menambah bahawa ia harus menjadi fokus hanya selepas pilihan raya umum akan datang Abdul Rahman Dahl...
Pas Tak Curi Ahli Umno Macam Bersatu Kata Saarani

Pas Tak Curi Ahli Umno Macam Bersatu Kata Saarani

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 400 hits
Jika ada orang yang bertanya mengapa Umno boleh bekerjasama dengan PAS namun tidak Bersatu ia mungkin dapat dijelaskan oleh Saarani Mohamad yang membahaskan ucapan dasar presiden parti itu hari ini Menurut Pengerusi Umno Perak wujud perbeza...
Peduli Apa Umno Kata No Anwar No Dap No Bersatu Keadilan Pun Ada Slogan No Mahathir No Pejuang No Pengkhianat

Peduli Apa Umno Kata No Anwar No Dap No Bersatu Keadilan Pun Ada Slogan No Mahathir No Pejuang No Pengkhianat

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 274 hits
Timbalan Ketua Pemuda Amanah ingatkan Anwar agar buat pendekatan lain dalam PH setelah jelas Umno sebut No Anwar No Dap dan No Bersatu Apa yang Timbalan Ketua Pemuda Amanah ini merepek Apa kaitan pendirian Umno dengan pendekatan serta prins...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025