Dasar Demokrasi Benar Pelbagai Parti Punca Melayu Berpecah Kata Pemimpin Pas


 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata satu gabungan besar diperlukan untuk menyatukan semula orang Melayu.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sekretariat orang Melayu yang ditubuhkan Dr Mahathir Mohamad berbeza dengan Perikatan Nasional sebagai sebuah parti politik.PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dasar demokrasi yang membenarkan kepelbagaian parti adalah antara punca perpecahan orang Melayu di negara ini
Katanya, bagi menyatukan semula orang Melayu, satu gabungan besar yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuk cendekiawan, tokoh korporat, ahli politik dan agamawan diperlukan.
Beliau yang menyokong usaha Dr Mahathir Mohamad menubuhkan sekretariat orang Melayu berkata, semua parti Melayu perlu berada di bawah satu gabungan besar sebagai platform menyelamatkan nasib golongan itu.
Menjawab soalan sama ada gerakan itu adalah platform terbaik menyatukan sokongan Melayu, berbanding Perikatan Nasional (PN), Tuan Ibrahim berkata: “PN adalah gabungan parti politik, ia berbeza dengan cadangan ini.”
Katanya, sekretariat yang diumumkan bekas perdana menteri itu semalam melangkaui parti politik sedia ada, dan menggesa semua pihak bersama mendokong usaha berkenaan.
“Semua pihak perlu menyokong usaha ini dengan melibatkan semua segmen. Kepelbagaian parti yang didominasi oleh orang Melayu dilihat punca perpecahan dan ini sukar dibendung kerana dasar demokrasi yang membenarkannya.
“Namun, apa yang penting ialah semua parti Melayu perlu berada dalam satu gabungan besar dengan meletakkan masa depan Melayu Islam sebagai keutamaan,” katanya kepada FMT.
Selain Tuan Ibrahim, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin antara pemimpin pembangkang yang hadir pada pengumuman gabungan itu.
Semalam, Mahathir mengumumkan penubuhan gabungan sekretariat orang Melayu dalam usaha ‘mengembalikan kuasa Melayu’ dalam kerajaan.
Beliau berkata gabungan turut merangkumi PAS dan Bersatu, bukanlah parti politik rasmi buat masa ini, sebaliknya menjadi ‘payung besar’ menyelamatkan masa depan orang Melayu dari segi politik dan ekonomi.
Mahathir turut menjemput ahli Umno menyertai gabungan terbabit namun bukan kepada parti itu secara rasmi.
Penubuhan gabungan itu menjadi usaha terbaharu Mahathir menyatukan orang Melayu melalui platform politiknya yang sebelum ini melancarkan Gerakan Tanah Air (GTA) dan Pejuang sebelum PRU15.
Bagaimanapun, semua calonnya tewas pada PRU15 termasuk beliau sendiri yang hilang deposit dan gagal mempertahankan kerusi di Langkawi.
GTA ditubuhkan pada 2022, namun terkubur setahun selepas itu apabila Mahathir selaku pengerusi mengakui gerakan terbabit sudah tidak berfungsi.
Sebelum itu, beliau mengasaskan Pejuang bersama bekas pemimpin Bersatu namun turut keluar parti pada Feb 2023. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/06/dasar-demokrasi-benar-pelbagai-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Top 2 Pas Majlis Syura Tak Perlu Tentukan Dasar Latar Belakang Calon Kata Mursyidul Am Pas

Top 2 Pas Majlis Syura Tak Perlu Tentukan Dasar Latar Belakang Calon Kata Mursyidul Am Pas

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 90 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Mursyidul am PAS berkata tidak ada keperluan untuk majlis syura ulama parti menentukan dasar mengenai latar belakang calon bagi jawatan presiden dan timbalan presiden Ini kerana dalam pertandingan terbuka sekarang...
Bersatu Kena Kencin Dengan Pas Pas Mana Pernah Setia Dengan Mana Mana Parti Pun Pembohong

Bersatu Kena Kencin Dengan Pas Pas Mana Pernah Setia Dengan Mana Mana Parti Pun Pembohong

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 99 hits
Milo Suam Itu dia PPBM sudah kena lipat dengan Pas KEADILAN pun pernah kena macam ni dulu ketika zaman Pakatan Rakyat Tiba tiba mereka tak mahu DS Anwar Ibrahim jadi calon PM ketika itu Apa yang peliknya bila kita tanya siapa calon mereka k...
Mb Perak Arah Jaipk Siasat Dakwaan Pemimpin Pas Ceramah Di Masjid Tanpa Tauliah

Mb Perak Arah Jaipk Siasat Dakwaan Pemimpin Pas Ceramah Di Masjid Tanpa Tauliah

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 136 hits
SITI NUR ZAWANIMay 22 2025Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengarahkan Jabatan Agama Islam Perak menyiasat dakwaan dua pemimpin utama Pas di negeri itu memberi kuliah di masjid tanpa memiliki tauliah yang sah Beliau berkata JA...
September 2025 Berpecah Lagikah Pas

September 2025 Berpecah Lagikah Pas

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 104 hits
Sepanjang keberadaan dalam landskap politik tanah air PAS telah melalui beberapa siri perpecahan yang melahirkan parti baru Antaranya pada tahun 1977 krisis politik di Kelantan menyebabkan PAS berpecah dan lahirnya parti BERJASA Tragedi Mar...
Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tri Suaka Feat Langit Sore Galaksi Dan Bumi Chord

Upsi Bus Crash Survivors To Get Oku Card Says Noraini

Hamzah Denies Plot To Oust Muhyiddin As Pn Bersatu Leader

Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

Ufad1 15 June Ufad1 Top 4 By Glenna

Resipi Kuih Kegemaran Etuza