September 2025 Berpecah Lagikah Pas









Sepanjang keberadaan dalam landskap politik tanah air, PAS telah melalui beberapa siri perpecahan yang melahirkan parti baru.


Antaranya pada tahun 1977, krisis politik di Kelantan menyebabkan PAS berpecah dan lahirnya parti BERJASA.


Tragedi Marakbar Asri dalam muktamar tahun 1982 menyebabkan PAS berpecah sekali lagi melahirkan HAMIM pada tahun 1983.


Kemudiannya krisis politik di Kelantan juga pada 1995 melahirkan AKIM, namun parti ini tidak memberi sebarang impak terhadap senario politik Malaysia.


Terbaru pada tahun 2015, krisis besar dalam PAS berskala nasional melahirkan parti AMANAH, salah satu komponen kerajaan sekarang.


Setelah 10 tahun agak tenang, politik dalaman PAS kembali berkocak menjelang pemilihan kepimpinan dalam muktamar September ini.


Krisis kali ini dilihat sekadar mengulangi skrip muktamar 2015 lalu, iaitu pertembungan antara dua proksi utama dalam PAS untuk memilih barisan kepimpinan.


Ada yang menamakan sebagai pertembungan antara kelompok konservatif dan progresif dalam PAS.


Ada yang melabelkan sebagai pertembungan kumpulan ulama dan profesional.


Ada juga yang menggelar sebagai pertembungan Geng Ustaz dan Geng Publika.


Seperti episod2 sebelum ini, pertembungan 2025 ini juga tentang kumpulan profesional diserang kerana didakwa ingin merampas tampuk kepimpinan tertinggi parti.


Jalan cerita yang sama, cuma berbeza pada wataknya.


Kali ini Dr Samsuri, Takiyuddin, Sanusi dan klip mereka pula diserang dengan dakwaan ingin melanggar kepimpinan ulama.


Label2 baru seperti HooSAM 2.0, Jebon 2.0, Taksubiyyun Dr Sam dan sebagainya mula keluar, bahkan ada label2 lain lebih teruk yang kurang sesuai ditulis di sini.


Label2 tersebut adalah kitaran skrip Jebon, Anwarinas, Geng Erdogan, Munafiq Haraki dan sebagainya yang pernah masyhur dalam edisi lepas.


Jika sebelum ini Sanusi sebagai contoh, dianggap sebagai wira melanggar PH, namun dalam plot ini beliau dilihat sebagai pembawa angkara, termasuk dakwaan menggerakkan agenda Langkah Kedah.


Jika sebelum ini hobi menyanyi beliau dipuji dan dipertahan, sekarang beliau mula dilabel sebagai orang besaq yang suka berkaraoke, dengan konotasi mengejek dan menganjing.


Begitu juga Dr Samsuri, sebelum ini beliau dilihat sebagai tokoh hebat dalam PAS, termasuk dimomok sebagai bakal PM dalam PRK Kemaman sebelum ini.


Namun sekarang berbeza, beliau antara yang dijadikan sasaran fokus kemarahan oleh kelompok jalur agama dalam PAS sekarang.


Takiyuddin juga tidak terkecuali, beliau didakwa sebagai individu yang memainkan peranan untuk mengangkat figura profesional sebagai kepimpinan tertinggi parti.


Bahkan sekarang beliau mula disalahkan kerana didakwa mengemukakan usul (pada waktu Maghrib?) dalam muktamar di Pahang sebelum ini yang meluluskan DHPP boleh turut mengundi dalam muktamar.


Tidak pasti kenapa isu ini baru dibangkitkan dengan hangat mutakhir ini, barangkali wujud kebimbangan perwakilan DHPP akan berpihak kepada kelompok profesional dalam undian nanti.


Inilah kronologi yang sedang berlaku dalam PAS menjelang muktamar September nanti, kronologi ini semakin panas apabila ada ura2 TGHH bercadang untuk berundur sebagai presiden.


Saya jangkakan suhu panas ini tidak mudah untuk sejuk, kecuali dengan satu cara sahaja, iaitu kumpulan profesional mengendur, beralah dan memberi laluan kepada jalur agama.


Jika tidak, kehangatannya akan memuncak dan terus memuncak, kerana sudah tentu geng ustaz sekali-kali tidak akan berundur dan beralah.


Kenapa isu pemilihan PAS ini penting dan signifikan?


PAS adalah parti politik tunggal yang memiliki ahli parlimen paling ramai di Dewan Rakyat sekarang.


PAS adalah parti yang mendapat sokongan terbesar orang Melayu dalam pilihan raya mutakhir.


PAS memerintah empat negeri majoriti orang Melayu, bukan sekadar memerintah, tetapi memerintah dengan majoriti besar.


Sebarang perubahan dalam PAS secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi senario dan iklim politik Malaysia.


Sebab itu penyelidik dan penganalisis terus memberi perhatian terhadap apa yang berlaku dalam PAS sekarang.


Termasuk adakah PAS akan berpecah lagi pasca muktamar September 2025 ini?






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/september-2025-berpecah-lagikah-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dasar Demokrasi Benar Pelbagai Parti Punca Melayu Berpecah Kata Pemimpin Pas

Dasar Demokrasi Benar Pelbagai Parti Punca Melayu Berpecah Kata Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 185 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata satu gabungan besar diperlukan untuk menyatukan semula orang Melayu Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sekretariat orang Melayu yang ditubuhkan Dr Mahathir Mohamad berbeza...
Dpp Ukm 2025 Diploma Pendidikan Pascasiswazah Ukm September

Dpp Ukm 2025 Diploma Pendidikan Pascasiswazah Ukm September

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 470 hits
DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH UKM AMBILAN SEPTEMBER 2025 UNTUK ANDA Guru merupakan kerjaya profesional yang memerlukan kemahiran dan ilmu pedagogi yang tinggi Justeru di Malaysia sebelum seseorang calon diserap masuk ke jawatan tetap per...
Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 246 hits
RMS Kerajaan Madani akan meminda Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Peraturan Peraturan Kawalan Bekalan 2021 yang dikuatkuasakan pada 15 Oktober 2021 oleh MCA dan PAS ketika PN jadi kerajaan Pihak yang luluskan kini membantah ak...
Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 338 hits
Desas desus kononnya Tan Sri Abdul Hadi Awang bakal berundur daripada jawatan Presiden Pas disifatkan sebagai tidak berasas dan hanya khabar angin Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata sehingga kini tiada sebarang ba...
Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi

Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 317 hits
HarapandailySelepas diserang Geng Ustaz Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan desas desus Tan Sri Abdul Hadi Awang berundur daripada jawatan Presiden Pas sebagai tidak berasas Sanusi menganggap dunia masih memerlukan Abdul Hadi untu...
Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Sapp Defers Response On Expulsion From Grs Pending Party Meet

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Illegal Tyre Imports Exposed During Raids On 3 Shah Alam Outlets

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Babet55 14 Babet55 Top 85 By Aiden

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keindahan Bunga Pokok Belimbing Besi

Kekayaan Dan Kesenangan Itu Juga Satu Ujian

Siri 5 Throwback Mohon Sampai Di Jannahmu

Cerita Hari Bahagia Kawan

Hidup Di Dunia Dengan Nafas Akhirat

If You Love Two People At The Same Time Choose The Second Because