Darurat Tak Halang Perubahan Kuasa Dr Aziz Bari



Perisytiharan darurat yang dilakukan oleh pentadbiran Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lalu didakwa banyak pihak bertujuan untuk mengelakkan kerajaan Perikatan Nasional tumbang akibat hilang majoriti apabila Ahli-ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan.
Bagi pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, hal itu tidak tepat kerana perubahan kuasa masih boleh berlaku dalam situasi darurat malah dibenarkan oleh Ordinan Darurat itu sendiri.
Beliau membawakan contoh pertukaran tampuk pemerintahan dari PM pertama Tunku Abdul Rahman kepada Tun Razak pada 1970 dilakukan sewaktu pemerintahan darurat.
“Ada kata perubahan kuasa tidak boleh berlaku waktu darurat. Ini tidak benar. Seksyen 11 (a) Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu 2021 sendiri tidak menghalang. Dan kita di Malaysia pernah mengalami perubahan kuasa ketika darurat. Yakni waktu pentadbiran negara berubah dari Tunku Abdul Rahman kepada Tun Razak pada 1970.
“Di sisi Perlembagaan, pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak adalah dua kerajaan yang berbeza walaupun mereka sama-sama Umno. Apa yang melambatkan perubahan kuasa (ketika itu) adalah kononnya permintaan Sultan Kedah, yang kebetulan anak saudara Tunku yang mahukan beliau menunggu sekejap.
“Keputusan perubahan kerajaan waktu itu adalah keputusan Umno dan bukan keputusan Yang di-Pertuan Agong. Darurat diisytiharkan pada Mei 1969 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat, Sultan Terengganu dan perubahan kuasa berlaku pada September 1970,” katanya dalam siri siaran di Facebook rasmi beliau.
Mantan pensyarah kanan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini telah merencatkan proses demokrasi dengan menghalang Usul Undi Tidak Percaya dibentang di Dewan Rakyat.
Seterusnya, kata Dr Aziz, hanya Yang di-Pertuan Agong boleh membuat keputusan dalam situasi semasa.
“Sekarang bagaimana? (Ahli Parlimen) Port Dickson kata dia ada majoriti yang cukup. Pagoh diam membisu enggan menafikan. Jadi bagaimana? Undang-undang kata ‘bola di padang Istana Negara’.
“Speaker Dewan Rakyat (dalam persidangan yang lepas) telah mengganggu proses biasa Perlembagaan apabila beliau menolak usul Undi Tidak Percaya dalam sidang Parlimen yang lalu,” katanya lagi.
Sebelum perisytihatan darurat, Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dalam dua sidang media bahawa beliau mempunyai sokongan yang lebih daripada mencukupi untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dari PM Muhyiddin.
Sokongan diperolehi dari Ahli-ahli Parlimen Umno yang tidak lagi bersetuju dengan tindak tanduk pentadbiran Muhyiddin yang membuli parti itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31396

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Tidak Perlu Dilibatkan Dalam Darurat Aziz Bari

Agong Tidak Perlu Dilibatkan Dalam Darurat Aziz Bari

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 236 hits
Pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dinasihatkan agar tidak mengheret Yang di Pertuan Agong dalam perjalanan pentadbiran kerajaan darurat beliau Pakar Undang undang Perlembagaan Dr Aziz bari berkata Agong sebagai raja berperlembaga...
Ordinan Darurat Kuasa Mutlak Agong

Ordinan Darurat Kuasa Mutlak Agong

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 368 hits
Oleh Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil 1Media my 11 Januari 2021 menyaksikan negara Malaysia menutup pintu Parlimen kepada 222 ahlinya Badan perundangan di peringkat Persekutuan digantung fungsinya Kuasa eksekutif diserahkan kepada ke...
Undang Undang Mana Halang Rakyat Rayu Agong Batal Darurat Soal Anwar

Undang Undang Mana Halang Rakyat Rayu Agong Batal Darurat Soal Anwar

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 256 hits
Anwar Ibrahim menggesa pimpinan negara tidak menggunakan taktik mengugut mana mana pihak yang merayu Agong membatalkan pelaksanaan darurat PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan undang undang mana yang menghalang rakyat...
Ph Beri Tiga Nama Jawatan Kuasa Khas Darurat

Ph Beri Tiga Nama Jawatan Kuasa Khas Darurat

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 330 hits
Pakatan Harapan hari ini menghantar tiga nama untuk menganggotai Jawatankuasa Bebas Darurat yang ditubuhkan bagi menasihati Yang di Pertuan Agong Menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Setiausaha PH nama nama terebut dihantar oleh Ketua ...
Speed Read New Motorcycles From Ducati Aprilia And Husqvarna

Beli Kuih Serabai Kuah Durian Kat Maqan Food Fest 2025 Plaza Angsana Jb

Belajar Melepaskan Belajar Ikhlas

Lirik Lagu Melodi Terluka Ehin

Ucapan Terima Kasih Khusus Buat Blogger Yang Ikhlas

Jiran Sibuk Cari Rupanya Dalang Kes Mayat Kanak Kanak Dalam Guni

Best Gordon Ramsay Beef Wellington Recipe Masterclass

Berhujung Minggu Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anzalna Nasir Minta Netizen Henti Lagakan Amira Othman Fazura Kedua Duanya Wanita Hebat

Pasar Saloma Di Padang Mpaj Pandan Indah

Tiktok S Top 5 Plus Size Fashion Boutiques

Peralatan Pekebun Baru Hendak Berjinak Bercucuk Tanam Dan Tiada Ruang Yang Besar Di Rumah

Jangan Cetuskan Drama Tidak Perlu Anzalna Berharap Amira Othman Tidak Dibandingkan Dengan Sesiapa

Dari Rm20k Kini Rm4 Juta Sebulan Gula Cakery Buktikan Kuasa Impian Dan Konsistensi