Daripada Nak Jadi Pm Kali Ketiga Lebih Baik Tun M Tonjolkan Anaknya Mukhriz Jadi Pm


 
Minggu lalu, Tun Mahathir Mohamad secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi selepas PRU15 akan datang.
Katanya, kali ini beliau hanya mahu memegang jawatan itu selama setahun saja.
Dengan hasrat yang dinyatakannya itu bermakna Tun Mahathir tidak berselindung lagi ingin kembali jadi Perdana Menteri buat kali ketiga dalam hidupnya.
Malangnya, setelah hampir seminggu masa berlalu, hasratnya itu langsung tidak mendapat sambutan yang diharap-harapkan.
Tiada parti politik lain yang menunjukkan kesediaan mahu menyahut hasratnya itu.
Malah di kalangan Pejuang dan GTA sendiri, hanya Khairuddin Abu Hassan seorang saja yang terlihat beria-ia mahu Tun Mahathir kembali jadi Perdana Menteri lagi.
Di kalangan netizen pula, hampir 100 peratus reaksi yang ditunjukkan terhadap berita Tun Mahathir mahu jadi Perdana Menteri lagi itu memperlihatkan mereka tanpa segan silu menolak hasrat tersebut.
Antara komen yang kedapatan ialah “cukup-cukuplah Tun”, “nanti kalau jadi Perdana Menteri, Tun letak jawatan lagi”, “jangankan setahun, seminit pun kami tak sanggup Tun jadi Perdana Menteri” dan pelbagai lagi reaksi yang semuanya bernada negatif belaka.
Dengan yang demikian, ditambah faktor usianya sudah mencecah 97 tahun, ternampak amat susah dan sia-sia saja Tun Mahathir mahu kembali lagi Perdana Menteri.
Zaman Tun Mahathir sebenarnya sudah berlalu, cukuplah dua kali jadi Perdana Menteri dan tiada yang sedia mahu menyokongnya lagi buat kali ketiga ini.
Berdasarkan respon sebegitu, adalah lebih baik Tun Mahathir membatalkan saja hasratnya itu.
Lagi pun, kalau gagal mencapainya, ia akhirnya akan memalukan nama Tun Mahathir juga sebagai negarawan terbilang dalam negara ini.
Maka, selari dengan kehendak semasa yang mahukan pemimpin muda menerajui negara, bersesuaian pula dengan jawatan Mukhriz Mahathir sebagai Presiden Pejuang, adalah lebih baik jika anaknya itu dinamakan sebagai calon Perdana Menteri kali ini.
Kalau tidak ditonjolkan sekarang, bila lagi Mukhriz nak meningkat karier politiknya?
Takkan asyik-asyik sang ayah saja nak jadi Perdana Menteri?
Tambahan lagi, dalam sejarah perjalanan politik Tun Mahathir sendiri, bahkan sering disebutnya sebelum ini bahawa beliau pernah menaikkan dua orang pemimpin UMNO sebagai Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak.
Jika orang lain boleh Tun Mahathir naikkan sebagai Perdana Menteri, apa kurangnya dengan anaknya sendiri?
Yang pasti, jika Mukhriz jadi Perdana Menteri, beliau pasti tidak akan mengecewakan Tun Mahathir sebagaimana Tun Abdullah dan Najib mengecewakannya sehingga kedua-duanya kemudian dijatuhkannya.
Hanya Mukhriz sebagai Perdana Menteri mampu memberi jiwa tenang dunia dan akhirat kepada Tun Mahathir. – ShahbudinHusin 30/09/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/daripada-nak-jadi-pm-kali-ketiga-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bicara Guru Dua Jenis Insuran Rumah Mrtt Dan Mltt Apakah Perbezaannya Yang Manakah Lebih Baik

Bicara Guru Dua Jenis Insuran Rumah Mrtt Dan Mltt Apakah Perbezaannya Yang Manakah Lebih Baik

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 301 hits
Bicara Guru Dua Jenis Insuran Rumah MRTT Dan MLTT Apakah Perbezaannya Yang Manakah Lebih Baik Tahukah anda bahawa terdapat 2 jenis insuran rumah iaitu perlindungan aset yang patut anda ambil tahu Malangnya ramai yang masih lagi tak tahu men...
Kurs Rupiah Anjlok 6 40 Persen Bi Masih Lebih Baik Dibanding Ringgit Malaysia

Kurs Rupiah Anjlok 6 40 Persen Bi Masih Lebih Baik Dibanding Ringgit Malaysia

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 410 hits
Dalam bahan paparannya pelemahan mata uang Rupee India mencapai 8 65 persen Sementara itu mata uang Ringgit Malaysia terdepresiasi hingga 10 16 persen dan Thailand 11 36 persen
Sebulan Lebih Dalam Icu 2 Kali Lalui Fasa Kritikal Ainul Kembali Sihat Aktif

Sebulan Lebih Dalam Icu 2 Kali Lalui Fasa Kritikal Ainul Kembali Sihat Aktif

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 332 hits
Lama tak dengar berita mengenai buah hati rakyat Malaysia adik Ainul Mardhiah Selepas mengalami saat kritikal sehingga walid dan mamanya memohon doa orang ramai Ogos lalu kini dengan izinNya Ainul kembali sihat dan ceria seperti sediakala W...
Zee Jkt48 Minta Maaf Usai Video Ngevape Viral Janji Akan Lebih Baik Ke Depannya

Zee Jkt48 Minta Maaf Usai Video Ngevape Viral Janji Akan Lebih Baik Ke Depannya

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 425 hits
Setelah menghilang dari media sosial akhirnya Zee memberanikan diri muncul ke publik dan meminta maaf atas kesalahannya
Apa Sebab Cerdik Pandai Negara Tidak Bantu Kerajaan Menjadi Lebih Baik

Apa Sebab Cerdik Pandai Negara Tidak Bantu Kerajaan Menjadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 269 hits
Malaysia tidak pernah kekurangan intelektual malah anak anak muda yang pulang dari universiti terbaik di dunia juga banyak yang berkhidmat dalam sektor awam Namun mengapakah negara menjadi semakin merosot prestasi ekonomi dan pentadbiran se...
Begini Rupanya Nak Buat Pau Lembut Penyediaan Mudah Buat Yang Pertama Kali Nak Cuba Buat

Begini Rupanya Nak Buat Pau Lembut Penyediaan Mudah Buat Yang Pertama Kali Nak Cuba Buat

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 367 hits
Tentunya ibu ketandusan idea untuk menyediakan menu harian untuk anak bawa bekalan ke selolah Mungkin boleh mencuba buat kuih pau untuk sarapan pagi atau bekalan ke sekolah Ikuti resepi mudah ini
Nak Anak Rasa Dihargai Tengok Mata Anak Anak Bila Bercakap Peluk Mereka 8 Kali Sehari

Nak Anak Rasa Dihargai Tengok Mata Anak Anak Bila Bercakap Peluk Mereka 8 Kali Sehari

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 312 hits
Anak saya tak suka dipeluk kata seorang ibu Bila ditanya berapa kali dia memeluk anak jawapanya sekali sekala Anak anak yang selalu dipeluk dicium akan selalu memeluk dan mencium ibu bapa mereka Perbuatan yang dilakukan kepada anak anak akh...
Gold Bar Atau Barang Kemas Manakah Lebih Baik

Gold Bar Atau Barang Kemas Manakah Lebih Baik

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 327 hits
Gold Bar Atau Barang Kemas manakah lebih baik Kami yakin ramai orang yang minat dengan emas Ada yang beli emas untuk simpanan ada yang beli emas untuk perhiasan ada yang menjadikan emas sebagai instrumen pelaburan ada juga yang beli emas se...
Hiburan Nak Gaduh Nanti Derhaka Rumah Kereta Pengasuh Semua Isteri Bayar Alasan Gaji Lebih Tinggi Daripada Suami

Hiburan Nak Gaduh Nanti Derhaka Rumah Kereta Pengasuh Semua Isteri Bayar Alasan Gaji Lebih Tinggi Daripada Suami

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 554 hits
Sering kali kita melihat atau mendengar luahan para wanita mengenai tanggungjawab bergelar isteri dan ibu yang dirasakan terbeban kerana masalah ekonomi dan juga sikap suami yang culas memberi nafkah dan sebagainya Tambahan pula apabila ist...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia