Dari Rafizi Ramli 7 November 2022 Kerajaan Caretaker Tidak Boleh Membuat Anugerah Tender








 Dari Rafizi Ramli
7 November 2022


KERAJAAN CARETAKER TIDAK BOLEH MEMBUAT ANUGERAH TENDER


(dokumen penuh di https://rafiziramli.com/2022/11/kerajaan-caretaker-tidak-boleh-membuat-anugerah-tender/)


Dalam kesibukan kempen PRU15, rakyat mungkin tidak sedar bahawa kita berdepan dengan satu risiko besar projek-projek bernilai berbilion ringgit diluluskan dan dianugerahkan secara cepat dalam tempoh kerajaan peralihan (atau “caretaker government”).


Sejak beberapa minggu lalu, saya telah dimaklumkan bahawa ada usaha untuk meluluskan projek-projek bernilai bilion ringgit dengan segera tanpa mengikut prosedur Perbendaharaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.


Maklumat yang saya perolehi setakat ini menunjukkan ada satu projek yang kini sedang diusahakan untuk diberi kelulusan segera secara rundingan terus walaupun dalam tempoh “caretaker government”. 


Saya sertakan Pekeliling Perbendaharaan yang dikeluarkan bertarikh 18 Oktober 2022 mengenai pelaksanaan perolehan kerajaan semasa fungsi “caretaker government”. Perenggan 3 pekeliling tersebut dengan secara jelas menghalang sebarang komitmen kontraktual atau aku janji, termasuk rundingan atau aku janji baru yang boleh membebankan kerajaan persekutuan yang baru.


Satu risiko kewangan yang paling besar dihadapi oleh rakyat di musim pilihanraya ialah apabila parti-parti politik yang berkuasa perlu mengumpul dana sebagai persediaan pilihanraya.


Kebiasaannya, sumbangan-sumbangan dari syarikat-syarikat dikumpul terlebih dahulu dengan janji sumbangan mereka akan diganti dengan projek-projek kerajaan apabila parti itu kembali berkuasa.


Sebab itu, selepas PRU14 yang lepas, pihak berkuasa menjumpai wang tunai beratus juta ringgit dalam bentuk sumbangan politik kepada UMNO semasa serbuan dibuat ke atas premis yang digunakan Najib Razak.


Saya dimaklumkan bahawa di beberapa kementerian kebelakangan ini, ada tekanan yang kuat supaya menteri-menteri meluluskan projek-projek secara rundingan terus kepada beberapa kroni. 


Satu kes yang dibawa kepada saya ialah yang melibatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di bawah menterinya Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Kementerian ini bertanggungjawab menyelia Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mempunyai kontrak-kontrak infrastruktur besar.


Semakan saya menunjukkan ada dua projek yang dikendalikan kementerian ini yang melibatkan satu syarikat kroni yang rapat dengan pimpinan UMNO.


Saya boleh mendedahkan bahawa kementerian yang dipimpin Timbalan Presiden PAS ini telah pun menganugerahkan satu tender bernilai RM578.6 juta kepada Mangkubumi Sdn Bhd untuk kerja-kerja menaiktaraf kolam tebatan banjir Krubong – Durian Tunggal secara tender terhad (atau selektif) di bawah program Jana Wibawa. Projek ini diumumkan sendiri oleh bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri (rujuk https://www.melakahariini.my/peruntukan-rm600-juta-bina-kolam-dwi-fungsi-krubong-pm/)


Program Jana Wibawa adalah projek-projek yang melibatkan peruntukan besar yang bermula sejak zaman Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputra tertentu dengan penuh kerahsiaan, terutamanya kerana ia melibatkan tempoh masa semasa kerajaan mengisytiharkan darurat akibat PKP.


Saya akan menyentuh dengan lebih panjang mengenai program Jana Wibawa ini dalam sidang media yang akan datang.


Untuk hari ini, saya ingin mendedahkan bahawa dimaklumkan oleh pemberi maklumat dalaman bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Air sedang dalam proses untuk menganugerahkan satu projek bernilai RM2 bilion secara rundingan terus kepada syarikat yang sama iaitu Mangkubumi Sdn Bhd.


Projek bernilai RM2 bilion ini adalah untuk kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2.


Semakan saya terhadap Mangkubumi Sdn Bhd menunjukkan perkara-perkara berikut:


1. Syarikat ini tidak memfailkan penyata kewangan diaudit kerana memilih status sebagai “exempt company” (iaitu dikecualikan dari memfailkan penyata kewangan dengan pihak berkuasa)


2. Syarikat ini telah pun ada dua kes petisyen muflis di mahkamah kerana tidak membayar hutang kepada kontraktor seperti rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia


3. Syarikat ini berhutang sebanyak RM144 juta dengan institusi kewangan mengikut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia


Semakan lanjut mengenai pemilik Mangkubumi Sdn Bhd iaitu Tan Sri Zainuddin Karjan menunjukkan dia adalah seorang tokoh yang rapat dengan UMNO dan telah mendapat laba yang berterusan dari projek-projek kerajaan seperti berikut:


 Zainuddin Karjan adalah Penasihat Kelab Putra 1Malaysia yang ditubuhkan oleh Dato’ Seri Azeez Rahim, ahli parlimen Baling dan pemimpin UMNO (semak https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2014/10/4160/80-terima-darjah-kebesaran)


 Hubungan rapat Zainudin Karjan dengan Kelab Putra 1Malaysia boleh dilihat sendiri di laman Facebook https://www.facebook.com/profile.php?id=100076852693943


 Mangkubumi adalah penerima projek-projek besar negara berjumlah berbilion ringgit sebelum ini seperti yang dilaporkan dalam tahun 2016 (rujuk https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/2643/2016/11/213578/projek-rm2-bilion-beri-manfaat-hampir-1-juta-penduduk )


 Mangkubumi Sdn Bhd telah disiasat dan dinamakan sebagai salah satu syarikat yang memindahkan wang kepada Azeez Rahim dalam tuduhan kes rasuah dan penggubahan wang haram sebanyak RM139 juta. Kes itu didakwa di mahkamah dalam tahun 2019, seperti laporan berikut https://www.malaysiakini.com/news/460412


Maka, maklumat bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Air kini dalam proses untuk menganugerahkan projek bernilai RM2 bilion secara rundingan terus semasa fungsi “caretaker government” adalah satu perkara yang perlu dijawab segera oleh menterinya Tuan Ibrahim Tuan Man.


Jika benar perkara ini tidak akan diteruskan, sewajarnya Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan terbuka bahawa projek ini tidak akan dianugerahkan secara rundingan terus dan sebarang keputusan hendaklah dibuat oleh kerajaan yang baru.


RAFIZI RAMLI




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/dari-rafizi-ramli-7-november-2022.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fenomena Gerhana Bulan Penuh Berdarah 8 November 2022

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Berdarah 8 November 2022

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 176 hits
Fenomena Gerhana Bulan penuh Berdarah kali terakhir berlaku pada Gerhana Bulan penuh Berdarah atau disebut juga Super Flower Blood Moon akan berlaku lagi pada hari Selasa 8 November 2022 Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerha...
Terkini Permohonan Jawatan Kosong Di Lppkn Tahun 2022 Permohonan Dibuka Sehingga 25 November 2022

Terkini Permohonan Jawatan Kosong Di Lppkn Tahun 2022 Permohonan Dibuka Sehingga 25 November 2022

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 184 hits
Terkini Permohonan Jawatan Kosong Di LPPKN Tahun 2022 Permohonan Dibuka Sehingga 25 November 2022 Terbaru maklumat mengenai jawatan kosong yang baru sahaja dibuka di Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara bagi tahun 2022 Sememangn...
Analisis Emas Untuk 07 November 2022 Penembusan Julat Dagangan Awal Pagi

Analisis Emas Untuk 07 November 2022 Penembusan Julat Dagangan Awal Pagi

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 120 hits
Analisis teknikal Emas telah berdagang menurun pagi ini dan saya mendapati penembusan bagi julat beberapa jam ke bahagian bawah yang menandakan penurunan selanjutnya Cadangan dagangan Disebabkan oleh penembusan julat dagangan mini dan hari ...
Terkini Pengambilan Besar Besaran Pembantu Tadbir Di Nadma Tahun 2022 Mohon Sebelum 10 November 2022

Terkini Pengambilan Besar Besaran Pembantu Tadbir Di Nadma Tahun 2022 Mohon Sebelum 10 November 2022

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 232 hits
Terkini Pengambilan Besar Besaran Pembantu Tadbir Di NADMA Tahun 2022 Mohon Sebelum 10 November 2022 Peluang kerjaya pengambilan jawatan besar besaran kini dibuka kepada anda rakyat Malaysia Jangan lepaskan peluang anda untuk memulakan kerj...
Speed Read November 6 2022

Speed Read November 6 2022

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 243 hits
We dive into this weekend s Speed Read with a quirky Honda Super Cub from Indonesia We also take a look at the 2023 Triumph Street Triple 765 a Ducati 900SS caf racer and a Suzuki GSX R1100 from Mr Martini Honda Super Cub by Enggal Modified...
Update 6 November 2022 Kasus Covid Bertambah 3 662 Orang

Update 6 November 2022 Kasus Covid Bertambah 3 662 Orang

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 189 hits
Selain itu tercatat juga penambahan 2 495 orang sembuh dan 22 meninggal
Perlawanan Suku Akhir Perlawanan Pertama 5 November 2022

Perlawanan Suku Akhir Perlawanan Pertama 5 November 2022

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 184 hits
Dua perlawanan bola sepak peringkat Suku Akhir Piala Malaysia berlangsung pada 5 November 2022 melibatkan pertemuan Kuching City FC dan Sabah FC serta Kelantan FC dan JDT KEPUTUSAN PERLAWANANKuching City FC 0 1 Sabah FC69 Baddrol Bakhtiar K...
Terkini Jawatan Kosong Pembantu Tadbir N19 Dan Lain Lain Jawatan Bertaraf Tetap Di Uitm Mohon Sebelum 8 November 2022

Terkini Jawatan Kosong Pembantu Tadbir N19 Dan Lain Lain Jawatan Bertaraf Tetap Di Uitm Mohon Sebelum 8 November 2022

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 209 hits
TERKINI Jawatan Kosong Pembantu Tadbir N19 Dan Lain Lain Jawatan Bertaraf Tetap Di UITM Mohon Sebelum 8 November 2022 Adalah dimaklumkan bahawa maklumat terbaru mengenai jawab pengambilan jawatan kosong di UiTM telah diumumkan bagi pengambi...
Metmalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Sehingga 11 November 2022 Di 4 Buah Negeri Ini

Metmalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Sehingga 11 November 2022 Di 4 Buah Negeri Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 181 hits
Jabatan Metereologi Malaysia telah pun mengeluarkan notis Amaran Hujan Berterusan hari ini Notis amaran itu berkuat kuasa bermula 8 November 2022 sehingga 11 November 2022 dengan melibatkan kawasan kawasan di 4 bu
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord