Fenomena Gerhana Bulan Penuh Berdarah 8 November 2022


Fenomena Gerhana Bulan penuh 'Berdarah' kali terakhir berlaku pada 26 Mei 2021. Gerhana Bulan penuh 'Berdarah' atau disebut juga Super Flower Blood Moon akan berlaku lagi pada hari Selasa, 8 November 2022. Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi.
Gerhana bulan adalah tanda keagungan Allah SWT dan tiada aitan dengan kematian atau kehidupan sesiapa seperti kepercayaan pada zaman Jahiliah. Tindakan apabila fenomena gerhana bulan penuh berlaku, umat Islam digalakkan membaca doa gerhana bulan penuh dan mendirikan solat sunat dua rakaat


Bilakah gerhana bulan berlaku?
Menurut pakar falak tanah air, Datuk Dr. Azahari Mohamed, Gerhana Bulan penuh mula berlaku pukul 4.03 petang bagi sentuhan P1, gerhana tersebut hanya boleh dilihat ketara mulai 6.59 petang pada 8 November 2022.
sumber : mysa.gov.my
Gerhana Bulan Penuh 8 November 2022Fenomena Gerhana Bulan Penuh berlaku pada hari Selasa 8 November 2022 dimana akan berlaku 5.8 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu pada jarak 404,923km.
Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta sebahagian utara dan timur Eropah.
Maksud gerhana bulan penuh merupakan central lunar eclipse, iaitu gerhana bulan yang berlaku apabila cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra Bumi

Central lunar eclipse merupakan gerhana penuh yang mempunyai nilai magnitud umbra yang tinggi, tempoh yang panjang dan nilai gamma yang rendah. Magnitud umbra pada kali ini ialah 1.3607 dan nilai Gamma adalah 0.2570 dengan tempoh gerhana penuh maksimum adalah selama 85.7 minit.

Gerhana Bulan Penuh 2022 di MalaysiaDi Malaysia, fenomena Gerhana Bulan Penuh ini berlaku mulai jam 16:02 dan berakhir pada jam 21:56 waktu tempatan. Fenomena tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia pada permulaan fasa gerhana penumbra dan separa kerana ia berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.

Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 21:56:08.

Pemerhati dinasihatkan untuk berada di kawasan yang tidak mempunyai halangan di arah timur seperti kawasan yang tinggi ataupun pantai yang menghadap ke arah timur supaya dapat menyaksikan gerhana tersebut seawal mungkin.

Magnitud gerhana umbra (Umbral Eclipse Magnitude) ialah pecahan diameter Bulan yang dilitupi oleh bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum. Ia dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50). Magnitud Gerhana Umbra kurang daripada 1.0 untuk gerhana separa, kurang daripada 0.0 untuk gerhana penumbra, dan sama dengan atau lebih besar daripada 1.0 untuk gerhana penuh.Gamma ialah jarak (dalam unit jejari khatulistiwa Bumi) antara pusat cakera Bulan dari pusat bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum iaitu apabila Bulan melintas paling dekat dengan paksi bayang umbra Bumi.Central Lunar Eclipse berlaku apabila cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi ketika gerhana. Ia lazimnya adalah fasa gerhana penuh dan mempunyai magnitud umbra yang besar, tempoh gerhana maksimum yang panjang dan nilai gamma yang rendah.
sumber : mysa.gov.my
– 1 November 2022 : Bulan Suku PertamaBulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada jam 14:37

– 8 November 2022 : Gerhana Bulan Penuh
Gerhana Bulan Penuh berlaku mulai jam 16:02 dan berakhir pada jam 21:56 waktu Malaysia dan dapat dilihat dari tenggara Eropah, Asia, Australia, Pasifik dan Amerika. Di Malaysia, fenomena tersebut tidak dapat kelihatan secara keseluruhan kerana fenomena ini mula berlaku semasa hari masih siang dan Bulan masih berada di bawah ufuk.
Ia dapat dilihat apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur, ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 21:56.

Fasa-fasa Gerhana Bulan Penuh :
• Penumbral bermula: 16:02
• Separa bermula: 17:09
• Maksimum: 19:00
• Separa berakhir: 20:49
• Penumbral Berakhir: 21:56
Bulan Penuh/ Bulan Purnama
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 19:02

– 16 November 2022 : Bulan Suku Akhir/ KetigaBulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada jam 21:27

– 18 November 2022 : Kemuncak Hujan Meteor LeonidsHujan Meteor Leonids boleh dilihat mulai 6 hingga 30 November. Kemuncak Hujan Meteor Leonids berlaku pada awal pagi 18 November 2022 dengan purata 10 meteor per jam dalam keadaan langit gelap. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana gangguan fasa bulan suku ketiga semasa kemuncak berlaku.

– 24 November 2022 : Bulan baruBulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 06:57

– 30 November 2022 : Bulan Suku PertamaGerhana Matahari Separa berlaku mulai jam 16:58 dan berakhir pada jam 21:02 waktu Malaysia. Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada jam 22:36
Doa Gerhana Bulan penuhBerikut bacaan doa memohon ampun kepada Allah SWT semasa gerhana bulan.

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ
Astaghfirullaahal 'azhiim
Ertinya: "Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung."

Bacaan takbir semasa gerhana bulan.

اللهُ أَكْبَرُ
Allaahu akbar

Ertinya: "Allah Maha Besar"
Bacaan zikir seperti takbir, tasbih, tahlil, dan tahmid selengkapnya adalah Subhanallah, walhamdulillah, wa laa ilaha illallah, wallahu akbar, walahaula wala quwwata illa billahil aliyil adzim

Ertinya: "Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada satu Tuhan pun yang disembah kecuali Allah, dan Allah Maha Besar"

Cara solat sunat gerhana bulan Lafaz niat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."

Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut :
Rakaat PertamaTakbiratul Ihram.Membaca doa Iftitah.Membaca surah al-Fatihah.Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.lktidal serta membaca surah al-Fatihah.Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.Iktidal.Sujud dan membaca tasbih.Duduk antara dua sujud.Sujud kembali.Berdiri ke rakaat kedua.
Rakaat KeduaMembaca surah al-Fatihah.Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.lktidal serta membaca surah al-Fatihah.Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.Iktidal.Sujud dan membaca tasbih.Duduk antara dua sujud.Sujud kembali.Membaca tasyahud akhir.Memberi salam.
Sumber rujukan : 1. https://www.mysa.gov.my/category/announcements/2. https://muftiwp.gov.my/pengumuman-2018/2270-fenomena-gerhana-bulan-penuh-pada-31-januari-20183. Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Falak Online (Encik Shahrin bin Ahmad; Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan) http://falakonline.net/semesta/2018/01/maklumat-lengkap-fenomena-gerhana-bulan-penuh-31-januari-2018/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/11/fenomena-gerhana-bulan-penuh-berdarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siap Siap Gerhana Bulan Total Bisa Disaksikan Seluruh Indonesia 8 November 2022 Nanti

Siap Siap Gerhana Bulan Total Bisa Disaksikan Seluruh Indonesia 8 November 2022 Nanti

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 142 hits
Kabar baiknya lagi kamu bisa menyaksikan fenomena langit ini secara langsung alias tanpa perlu bantuan alat apapun Jangan sampai kelewatan ya
Fenomena Gerhana Bulan Penuh 2022m 1444h

Fenomena Gerhana Bulan Penuh 2022m 1444h

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 120 hits
Assalamualaikum WBTFENOMENA GERHANA BULAN PENUH 2022M 1444HGerhana Bulan Penuh berlaku apabila orbit Bulan melintasi masuk ke dalam bayang bayang Bumi yang dipanggil umbra Di dalam keadaan ini Bumi akan berada di antara Bulan dan Matahari d...
Orang Ramai Boleh Saksikan Gerhana Bulan Penuh Sekitar Jam 7pm

Orang Ramai Boleh Saksikan Gerhana Bulan Penuh Sekitar Jam 7pm

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 139 hits
Rakyat Malaysia khususnya berpeluang untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh pada Selasa 8 November 2022 mulai jam 4 02 petang dan berakhir pada pada 9 56 malam waktu Malaysia Seperti yang dimaklumkan oleh masyarakat di Malaysia tida...
Khutbah Gerhana Bulan 2022 Membersihkan Aqidah Menuai Berkah

Khutbah Gerhana Bulan 2022 Membersihkan Aqidah Menuai Berkah

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 200 hits
Hari ini 8 November 2022 akan terjadi gerhana bulan total Sunnah utama pada saat gerhana terjadi adalah shalat gerhana Ketika diselenggarakan secara berjamaah disunnahkan ada khutbah Karenanya BersamaDakwah menghadirkan Khutbah Gerhana Bula...
Top Commentator Bulan November 2022 Tahniah

Top Commentator Bulan November 2022 Tahniah

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 171 hits
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah terima kasih saya ucapkan pada awak semua yang selalu saja singgah ke jurnal saya tanpa awak maka jurnal nie tak wujud Seperti biasa sebagai tanda penghargaan dengan kedatangan awak semua kat jurnal nie say...
Senarai Filem Dan Drama Best Di Netflix Malaysia Bulan November 2022

Senarai Filem Dan Drama Best Di Netflix Malaysia Bulan November 2022

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 232 hits
November is coming guys Dah tiba masanya untuk aku kongsikan dengan korang tentang filem dan drama yang akan ditayangkan di Netflix untuk bulan november 2022 Antara filem dan drama yang menarik perhatian aku untuk bulan 11 adalah Enola Holm...
Jadual Penuh Acara Sukan Para Sukma 2022

Jadual Penuh Acara Sukan Para Sukma 2022

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 345 hits
Selepas selesai bagi temasya SUKMA pada September lalu kini barisan atlet para negara pula akan turun beraksi dalam Para SUKMA XX MSN 2022 yang akan berlangsung bermula 1 hingga 6 November 2022 juga bertempat di Kuala Lumpur sebagai tuan ru...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 03 November 2022

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 03 November 2022

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 154 hits
Gambaran Keseluruhan Kini dalam fasa ketidakpastian jangka pendek untuk pasangan mata wang GBP USD Dalam kes seperti ini anda boleh memilih perdagangan ke arah aliran asas pada pasangan mata wang GBP USD Selagi anda berada di atas sokongan ...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Di Mana Letaknya Negeri Syam Sekarang

Influencer Marketing For Businesses

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Buah Sukun 6 Khasiat Yang Tak Ramai Orang Tahu

Aepul Roza I L U Chord