Darah Nifas Maksud Tempoh Bila Perlu Mandi Wajib


Apa Itu Darah Nifas? Darah nifas adalah darah yang keluar dari rahim wanita selepas melahirkan bayi. Ia biasanya berlaku dalam tempoh selepas bersalin. 
Dalam perubatan, darah nifas dipanggil lochia. Selepas uri/placenta keluar dari rahim, akan ada banyak darah keluar berwarna merah terang seperti darah haid tetapi bukan. Jangan kelirunya.
Lama kelamaan, warna darah ni akan berubah menjadi coklat kemerahan kemudian menjadi warna pink. Darah nifas pada peringkat ni dipanggil Lochia Serosa.
Selepas itu, ia akan bertukar jadi lendiran putih yg banyak dikenali sebagai Lochia Alba, sampailah darah berhenti.
Proses penyingkiran darah nifas adalah penting untuk membersihkan rahim selepas kelahiran dan memulihkan rahim kepada keadaan semula jadi.
Selain itu, darah nifas juga mengandungi komponen antibodi dan protein penting yang membantu melindungi ibu daripada jangkitan.
Darah yang keluar ketika sakit bersalin atau keluar bersama dengan anak tidak dianggap sebagai darah nifas kerana darah tersebut keluar mendahului anak dan ia dianggap darah fasid (rosak). 
Tempoh Darah Nifas Tempoh minimum nifas adalah sekelip mata (لَحْظَةٌ). Ia kadang-kadang berterusan hingga beberapa hari dan biasanya 40 hari. Manakala tempoh maksimumnya pula ialah 60 hari. Darah yang keluar melebihi tempoh tersebut adalah darah penyakit (istihadhah).
Tempoh Minimum: Sedetik Tempoh Maksimum: 60 hari Tempoh Kebiasaan: 40 hari BACA JUGA: Kitaran Haid Normal: Ciri-Ciri, Sebab dan Petua Haid Yang Teratur
Bila Perlu Mandi Wajib? Kebiasaan bagi wanita bersalin akan keluar darah nifas yang mewajibkan wanita itu mandi wajib. Jika wanita itu bersalin tanpa darah apa pun, pandangan dalam mazhab Syafie, wanita itu tetap dikira berhadas besar dan wajib mandi.
Persoalannya bila perlu mandi wajib?  Jawapannya ialah apabila berhenti keluarnya darah nifas dalam keadaan naqa’, yakni jika dimasukkan kapas ke dalam faraj lalu dikeluarkan tidak ada kesan-kesan darah, kekeruhan atau kekuningan. Jika darah sudah berhenti tetapi jika dimasukkan kapas masih dilihat kesan darah, warna keruh atau kekuningan, maka itu adalah keadaan fatrah yang menunjukkan masih dalam keadaan bernifas.
Adakah perlu mandi wajib dua; pertama akibat wiladah dan kedua akibat nifas? Jawapannya ialah tidak perlu. Memadai mandi dengan sekali sahaja. 
Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili dalam al-Mu’tamad (1/137) :
“Jikalau terhimpun ke atas seorang wanita kewajipan mandi hadas haid dan janabah (seperti jimak dan keluar mani), memadailah baginya dengan niat (mandi mengangkat hadas) salah satu daripada keduanya. Begitu juga seorang yang berjunub kemudian mati, dan orang yang berjunub kemudian haid, maka memadai bagi dua keadaan itu terangkat hadas dengan satu kali mandi. Begitu juga jika seseorang itu berjunub, kemudian berhaji, kemudian dia mati, cukup bagi wanita itu satu kali mandi untuk ke semua keadaan (hadas besar) itu.”
Perbezaan Darah Haid & Nifas 1. Darah Haid:
Darah haid adalah darah yang keluar dari rahim semasa kitaran haid bulanan wanita. Ia adalah tanda bahawa ovulasi (pelepasan telur matang dari ovari) telah berlaku tetapi tidak berlakunya pembenihan.
Tempoh haid biasanya berlangsung selama beberapa hari hingga seminggu, dan paling maksimum 15 hari. Darah haid adalah proses semula jadi dalam kitaran menstruasi wanita.
2. Darah Nifas:
Darah nifas adalah darah yang keluar dari rahim selepas proses persalinan. Ia adalah tanda pemulihan rahim selepas melahirkan bayi. Darah nifas mungkin mempunyai campuran darah, tisu rahim yang terkeluar, dan sisa-sisa plasenta.
Warna dan kuantiti darah nifas boleh berubah-ubah, dari merah terang hingga kecoklatan.  Tempoh nifas biasanya berlangsung selama beberapa minggu, maksimum 60 hari.
Bila Perlu Berjumpa Doktor? Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya terdapat darah kekal berwarna merah terang lebih daripada tujuh hari selepas kelahiran keluar. Ini menandakan masalah pendarahan mungkin berlaku.
Pendarahan yang tidak normal selepas kehamilan tidak semestinya akan berlaku selepas bersalin, malah ia boleh muncul pada bila-bila masa sehingga satu bulan selepas bersalin.
RUJUKAN:
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4909-al-kafi-1815-hukum-darah-nifas-yang-keluar-melebihi-tempoh-60-hari  https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4581-al-kafi-523-hukum-tentang-mandi-wiladah  https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/876-al-kafi-608-darah-nifas-berhenti-selama-15-hari 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/darah-nifas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=darah-nifas

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mandi Wajib Selepas Sahur Bolehkah Berpuasa Apa Hukumnya

Mandi Wajib Selepas Sahur Bolehkah Berpuasa Apa Hukumnya

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 168 hits
Mandi Wajib Selepas Sahur Bolehkah Berpuasa Apa Hukumnya Mandi wajib adalah salah satu kewajiban dalam agama dalam Islam yang wajib dilakukan dalam beberapa situasi seperti setelah berhubungan suami istri suci daripada haid setelah mimpi ya...
Warna Darah Haid Maksud Petanda Kesihatan Setiap Warna

Warna Darah Haid Maksud Petanda Kesihatan Setiap Warna

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 166 hits
Apabila melihat darah haid anda berwarna selain warna merah jangan panik Terdapat beberapa jenis darah haid yang biasanya dialami oleh wanita Setiap warna darah haid tersebut boleh membawa maksud yang berbeza Jom baca info lebih lanjut meng...
Profil Letjen Tni Solihin Gp Pernah Ajak Soeharto Mandi Di Sungai Saat Jabat Gubernur Jabar

Profil Letjen Tni Solihin Gp Pernah Ajak Soeharto Mandi Di Sungai Saat Jabat Gubernur Jabar

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 214 hits
Solihin GP yang karib disapa Mang Ihin itu meninggal saat dalam perawatan di RS Advent Kota Bandung pada Selasa dini hari pukul 03 09 WIB
Kepergok Mengintip Ke Kamar Mandi Seorang Pria Bunuh Calon Adik Ipar

Kepergok Mengintip Ke Kamar Mandi Seorang Pria Bunuh Calon Adik Ipar

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 238 hits
Pelaku dan korban sempat cekcok dan melangsungkan penganiayaan hingga meninggal dunia
Dsa Eksport Senjata Iran Melonjak 40 Peratus Dalam Tempoh 11 Bulan

Dsa Eksport Senjata Iran Melonjak 40 Peratus Dalam Tempoh 11 Bulan

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 152 hits
BERITAINTERNATIONALTEKNOLOGI KETENTERAANPeluru berpandu ballistik Iran Pada ketika Amerika Syarikat menuduh Iran telah menghantar 400 buah peluru berpandu ballistik ke Russia Kementerian Pertahanan negara itu pula mengumumkan bahawa eksport...
Sc Pemanjang Tempoh Penghantaran Laporan Tahunan Reits Kepada Empat Bulan

Sc Pemanjang Tempoh Penghantaran Laporan Tahunan Reits Kepada Empat Bulan

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 154 hits
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengumumkan pelanjutan penting kepada tarikh akhir penerbitan laporan tahunan Real Estate Investment Trusts Sebelum ini ditetapkan dua bulan selepas penutup tahun kewangan jadual baru kini memberi jangka ...
Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lagi Warga Emas Kena Tipu Duit Hilang Hampir Rm700 000

Lactalis Memperkenalkan Pride Family Milk Powder Di Malaysia

Cara Cepat Untuk Move On Dari Mantan Kekasih

Orang Banyak Bercakap Elokkah

Di Antara Doa Yang Paling Lengkap

Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan