Warna Darah Haid Maksud Petanda Kesihatan Setiap Warna


Apabila melihat darah haid anda berwarna selain warna merah, jangan panik. Terdapat beberapa jenis darah haid yang biasanya dialami oleh wanita. Setiap warna darah haid tersebut boleh membawa maksud yang berbeza. 
Jom baca info lebih lanjut mengenainya. 
BACA JUGA: Cara Mengeluarkan Darah Haid Yang Tidak Keluar
Mengapa Darah Haid Memiliki Warna yang Berbeza? Darah haid memiliki warna yang berbeza kerana proses oksidasi (oxidation). 
Warna darah menjadi semakin gelap apabila ia berada semakin lama di dalam rahim dan faraj kerana ia mula bertindak balas dengan oksigen. Tindak balas ini menyebabkan warna menjadi semakin mengelap.
Proses ini menyebabkan darah mengalami perubahan warna dari merah terang menjadi merah gelap, coklat, atau bahkan hitam. 
Jadi, warna darah haid bergantung kepada berapa lama darah tersebut telah berada di dalam tubuh sebelum dikeluarkan. Semakin lama darah berada di dalam tubuh anda, maka semakin gelaplah darah tersebut.
6 Jenis Warna Darah Haid Warna darah haid seseorang boleh menjadi petanda keadaan kesihatan seseorang. Berikut dikongsikan makna setiap warna darah haid dan apa yang perlu dilakukan mengenainya  (jika ada).
1. Merah terang Biasanya darah anda akan berwarna merah terang pada hari di mana darah anda banyak keluar, iaitu apabila anda mengalami aliran darah yang stabil. 
Warna darah lebih terang kerana ia keluar daripada badan anda dalam tempoh masa yang singkat. Ini bermakna ia mempunyai sedikit masa untuk teroksidasi dan menjadi lebih gelap.
Sesetengah orang mengalami darah merah terang sepanjang haid mereka, tetapi dalam kebanyakan kes, darah akan berubah dari merah terang kepada warna yang lebih gelap. 
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya semasa darah haid berwarna merah terang, dan anda mengalami situasi berikut:
Anda berasa pening, terlampau letih atau sesak nafas semasa haid  Anda mengalami sakit perut yang disertai dengan pendarahan yang banyak Haid anda berlangsung lebih daripada 7 hari Anda perlu menukar pad setiap 1 atau 2 jam disebabkan terlalu penuh Gumpalan darah anda lebih besar daripada 2.5cm (kira-kira saiz syiling 10 sen) Ini boleh menjadi petanda bahawa anda sedang mengalami pendarahan dan perlukan rawatan segera untuk menghentikan darah keluar lebih banyak sehingga memberi kesan buruk kepada tubuh anda. 
2. Merah gelap Warna darah merah gelap adalah warna yang biasa dialami semasa haid, terutamanya pada awal pagi. Hal ini kerana darah telah teroksidasi di dalam rahim sepanjang malam  sebelum keluar. Selain itu, anda mungkin juga akan melihat darah merah gelap pada akhir haid anda (atau pada permulaan) apabila darah bergerak dengan lebih perlahan dan mempunyai lebih banyak masa untuk teroksidasi.
Selepas bersalin, darah nifas (lochia) juga akan berwarna merah gelap. Namun sekiranya anda menyusu selepas itu, darah anda mungkin menjadi lebih merah dan lebih banyak disebabkan oleh hormon yang menyebabkan berlakunya kontraksi rahim. 
3. Coklat gelap atau hitam Darah coklat gelap atau hitam adalah darah yang sudah teroksidasi, menandakan ia sudah lama berada di rahim sebelum keluar. Seperti dengan darah merah gelap, anda mungkin melihat darah berwarna coklat atau hitam pada permulaan atau akhir kitaran anda apabila darah mengambil masa lebih lama untuk meninggalkan badan anda.
Namun sekiranya terdapat darah berwarna coklat gelap/hitam atau kesan (spot) coklat semasa anda sedang mengandung, ia boleh menjadi petanda berlakunya keguguran atau kehamilan ektopik. Oleh itu, jika anda mengalami pendarahan yang banyak dan anda dalam kesakitan yang teruk, sila berjumpa dengan doktor segera. 
4. Merah muda/Pink Darah merah jambu mungkin disebabkan oleh cecair serviks anda yang bercampur dengan darah haid anda dan mencerahkan warna. Ia biasanya terjadi pada hari-hari apabila aliran darah anda tidak terlalu banyak atau pada waktu penghujung haid. 
Selain itu, anaemia juga boleh menyebabkan darah haid berwarna merah jambu. Ia juga boleh menjadi tanda tahap estrogen yang rendah, yang menjadi tanda pra-menopaus. Estrogen membantu menstabilkan lapisan rahim. Jika tidak ada cukup estrogen, lapisan itu mungkin akan terurai dan dilepaskan dengan tidak teratur, menyebabkan berlakunya ‘spotting’ berwarna merah muda. 
5. Oren Cecair haid berwarna oren boleh disebabkan oleh darah haid yang bercampur dengan cecair serviks. Namun, darah haid berwarna oren juga boleh menjadi tanda jangkitan berlaku, seperti vaginosis bakteria. Jadi, pastikan anda segera berjumpa doktor sekira mengalaminya.
6. Kelabu Darah yang berwarna kelabu juga biasanya merupakan tanda jangkitan seperti vaginosis bakteria berlaku. Simptom-simptom lain vaginosis bakteria termasuk:
– Gatal di sekitar faraj
– Bau yang busuk di faraj yang sering digambarkan sebagai “bau ikan”
– Rasa terbakar atau sakit semasa kencing
Bila perlu berjumpa dengan doktor? Kitaran haid yang normal adalah 7 hari dan maksimum 15 hari. Pastikan anda segera berjumpa dengan doktor sekiranya; 
kitaran haid tidak teratur, berubah-ubah, tidak tentu kitaran haid lebih pendek daripada 24 atau lebih panjang daripada 38 hari anda tidak mendapat haid selama tiga bulan atau lebih pendarahan anda disertai dengan gejala lain, seperti sakit yang teruk telah melalui menopausa dan tiba-tiba datang haid  semula keluar darah semasa hamil BACA JUGA: Kitaran Haid Normal: Ciri-Ciri, Sebab dan Petua Haid Yang Teratur


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/warna-darah-haid/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=warna-darah-haid

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Darah Nifas Maksud Tempoh Bila Perlu Mandi Wajib

Darah Nifas Maksud Tempoh Bila Perlu Mandi Wajib

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 266 hits
Apa Itu Darah Nifas Darah nifas adalah darah yang keluar dari rahim wanita selepas melahirkan bayi Ia biasanya berlaku dalam tempoh selepas bersalin Dalam perubatan darah nifas dipanggil lochia Selepas uri placenta keluar dari rahim akan ad...
8 Khasiat Bunga Cengkih Untuk Kesihatan Dan Cara Penyediaan Teh Bunga Cengkih

8 Khasiat Bunga Cengkih Untuk Kesihatan Dan Cara Penyediaan Teh Bunga Cengkih

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 125 hits
8 Khasiat Bunga Cengkih untuk Kesihatan dan Cara Penyediaan Teh Bunga Cengkih 14 adalah salah satu tumbuhan yang dikenali dengan pelbagai kebaikan daripada sudut kesihatan Bunga cengkih sering digunakan dalam masakan dan sebagai salah satu ...
7 Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan Dan Manfaat Chia Seed Untuk Turun Berat Badan

7 Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan Dan Manfaat Chia Seed Untuk Turun Berat Badan

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 221 hits
7 Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan dan Manfaat Chia Seed Untuk Turun Berat Badan 24 Pasti ramai diantara kita yang tidak tahu apakah itu Manfaat Chia seed atau biji Chia yang berbentuk biji hitam kecil adalah tinggi Ia adalah sejenis tum...
Anak Sudah Pulang Ke Pangkuan Keluarga Ibu Aliff Aziz Dengan Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan

Anak Sudah Pulang Ke Pangkuan Keluarga Ibu Aliff Aziz Dengan Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 117 hits
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dipercayai sudah pulang ke pangkuan keluarganya di Singapura selepas isu tangkap khalwat bersama pelakon wanita Ruhainies baru baru ini nbsp var currentUrlTwo window location hostname window location pathname
Bayaran Pencen Penjawat Awam Meningkat Lebih Rm1 Bilion Setiap Tahun Kata Menteri

Bayaran Pencen Penjawat Awam Meningkat Lebih Rm1 Bilion Setiap Tahun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 226 hits
Dr Zaliha Mustafa berkata kerajaan dapat berjimat RM22 826 65 sebulan apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji pokok sejak dilantik pada Nov 2022 PETALING JAYA Tanggungan kerajaan bagi pembayaran pencen untuk pesara perkhi...
Terlalu Dalam Luka Didalam Hati Aku Bila Ditengking Isteri Hampir Setiap Hari Terlalu Lama Aku Pendam Sakit Hati Ini

Terlalu Dalam Luka Didalam Hati Aku Bila Ditengking Isteri Hampir Setiap Hari Terlalu Lama Aku Pendam Sakit Hati Ini

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 174 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Nama saya Udin Usia 34 berasal dari Pantai Timur Bekerja sebagai ahli perniagaan jadi saya mempunyai masa yang agak flexible untuk keluarga saya Alhamdulillah saya juga boleh dikategorikan sebagai T20 Dui...
Dugaan Setiap Kali Berpuasa

Dugaan Setiap Kali Berpuasa

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 110 hits
nbsp Dia bukanlah kata nak mengada ngada tapi bila dia datang tu Rasa nak hentak kepala ni dekat dinding tau Yang nieyl perasan lah kan setiap kali hari pertama berpuasa tak kiralah ramadhan ke ganti puasa ke puasa sunat ke nama hari pertam...
Kelebihan Buah Kurma Kenali Khasiatnya Untuk Kesihatan Anda

Kelebihan Buah Kurma Kenali Khasiatnya Untuk Kesihatan Anda

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 222 hits
Kelebihan Buah Kurma Kenali Khasiatnya untuk Kesihatan AndaBuah kurma yang sering dianggap sebagai makanan sunnah bukan sahaja mempunyai rasa yang manis dan lezat tetapi juga mempunyai pelbagai kelebihan yang menyokong kesihatan tubuh Berik...
Bulan Ramadan Waktu Bekerja Penjawat Awam Pahang Sehingga 12 30 Tengah Hari Setiap Jumaat

Bulan Ramadan Waktu Bekerja Penjawat Awam Pahang Sehingga 12 30 Tengah Hari Setiap Jumaat

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 200 hits
KUANTAN Waktu bekerja penjawat awam negeri Pahang pada setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini ditetapkan sehingga 12 30 tengah hari kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau berkata penetapan waktu bekerja itu adala...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp