Dapur Terminal Cinta Lenggong
RABU | 15.12.2021
Minggu lepas, saya dan suami sekali lagi ke Amazing Camp Legacy di Lenggong, Perak. Pada waktu malamnya, kami keluar mencari kedai makan di kawasan berhampiran. Alhamdulillah tak perlu keluar jauh, kami jumpa sebuah kedai makan yang cukup unik dan menarik. Nama kedai pun menarik - Dapur Terminal Cinta.
Kedai makan dengan dekorasi unik. Ada jiwa.
Dekorasi di bahagian dinding
Memang tak sempat nak bosan. Sementara menunggu hidangan yang dipesan tiba, bolehlah kita meneliti poster dan potret yang ada di kedai ini
Oh ya, nak tengok menu cuma perlu scan QR code yang ada di meja makan untuk melihat paparan e-Menu.
Hidangan pilihan suami
Hidangan pilihan anak-anak saudara
Hidangan pilihan saya
Kali ni kami bukan berdua, tetapi ada dua orang anak saudara bersama kami. Kami diamanahkan menjaga keduanya sepanjang ibu ayah mereka pergi menunaikan umrah. Masa ni saya cakap nak ambil gambar masuk blog, terus yang seorang tu menyorok muka 😄
Alhamdulillah, semua makanan dan minuman sedap menepati selera kami berempat. Masing-masing memuji kesedapan makanan masing-masing. Layanan pun sangat mesra dan pantas. Kedai makan yang menarik, kemas dan bersih
Kalau ada sesiapa ke Lenggong bolehlah mencuba makan di sini. Kedai di buka pada waktu petang hingga tengah malam. Nak ke sini cari je ‘Terminal Cinta’ di Google Maps. Lokasinya di tepi jalan, mudah dilihat
——————————————————————DAPUR TERMINAL CINTAKuak, Lenggong,Perak
016-534 4313
Waktu operasi :Selasa - Sabtu (4 petang - 12 tengah malam)Ahad - Isnin (tutup)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2021/12/dapur-terminal-cinta-lenggong.html