Dapur Asmara Dan Kisah Semalam
Assalamualaikum...
PAK INCHE kata, masak Ayam Sambal dan Ayam Goreng untuk makan malam semalam. Dalam pukul 4 tu, Sk hantar mesej di grup, bagitahu lupa nak rendam ayam. Sebenarnya, saja pancing, kotlah PI kata, tak yah masak, kan. Tapi, dia kata, jadi jugak, hurmmm. Pasrah jer la masak lambat.
Dalam perjalanan balik, Sk mengambil laluan pintas belah kiri, masuk ke persimpangan Pulai Perdana. Terdengar alunan muzik, ada panggilan masuk, nampak nama PI buat panggilan menggunakan aplikasi whatsapp. Dalam masa yang sama pelik jugak, sebab PI jarang call guna whatsapp, kami akan guna talian terus, tapi angkat ajelah. Terdengar suara perempuan, eh.. Iman ke? Oh, rupanya Huda.. dahhh.. kenapa Huda call guna telefon PI. Mungkin dia nak tanya sesuatu dan PI suruh cakap sendiri ke??
Kak, ni Huda call ni sebenarnya Abang Rizar tak bagi call akak, tapi Huda call jugak...... terdengar suara Huda di hujung talian cemas. Abang Rizar jatuh, macam tak stabil la kak. Kak, akak datang kak, Huda risau ni, tak tahu nak buat apa. Allahu.. dugaan apakah ini? Okay, Huda.. akak datang sekarang.
Sekejap lagi, Huda telefon semula. Kak, nak Huda call ambulans tak? Boleh, kalau Huda tengok keadaan dia membimbangkan, Huda call ambulans. Sebab akak jauh lagi ni, nanti apa-apa update. Dalam risau, Sk cuba bertenang. Mujur jugaklah ambil jalan pintas semalam, jadi boleh terus keluar semula di persimpangan keluar ke pusat bandaraya. Terdengar bunyi mesej masuk, tak boleh baca, tak nampak, rabun dekat, kan.. kena guna teropong.
Huda whatsapp beritahu keadaannya dah ok sikit, dah bagi peppermint oil, sapu kat leher dan tengkuk. Alhamdulillah... sampai pejabat Pak Inche, nampak dia dah elok, dah diberi minum air. Suruh tinggal kereta, tak mahu. Ajak pergi hospital pun tak nak.
Menurut Huda, dia dengar suara PI menggeliat. PI ni kalau menggeliat memang keluar suara kuat-kuat nak bagi satu dunia dengar. Tapi, Huda kata, suaranya kuat sangat dan pelik. Huda tanya Akma, dengar tak? Akma tak perasan sebab bercampur dengan bunyi radio. Dalam pejabat tu cuma ada empat orang jer, PI, Huda, Akma dan pengawal, Nor. Huda tak puas hati, dia tengok kubikel PI kosong. Rupanya member kat belakang tersandar.
Abang Rizar.. Abang Rizar, kenapa ni? Arghhhhh... jerit PI lagi.
Huda terus lari ke meja PI, nampak handphone PI, terus cari nombor SK, jumpa nama 'bonda'. Padahal dia ada aje nombor telefon SK, tapi panik katanya.
Kisah, PI pulak, nak ke belakang tetiba pandangan jadi kelam, kemudian berpinar dan semua putih. Rasa sakit kepala dan nak tumbang, PI pegang kepala dan cuba bertahan seimbangkan badan dari jatuh. Jatuh jugaklah tapi gerak perlahan katanya, mujur kepala tak kena apa-apa. Lepas sapu peppermint oil yang Huda tuang di tapak tangan dan minum air, baru berpeluh dan rasa bernyawa. Sejuk sangat semalam katanya, sampai tangkap kepala.
Suruh tinggal kereta di pejabat, tak mahu. Jadi, Sk suruh jalan depan, Sk ikut dari belakang. Lepas tu, dia suruh berhenti tepi, ajak beli lauk. Haa.. nilah gerai lauk-pauk yang selalu kami beli lauk untuk makan malam. Nak check-out, baru perasan, nama gerai ni, Dapur Asmara.. hehehe. Pak Inche pilih lauk, Sk tukang ceduk, tengok cara dia pilih lauk tu, Alhamdulillah, masih ada selera dan insyaAllah, dah sihat dah tu, harapnya tiada apa yang membimbangkan
Ambil ayam masak kari seketul dan kentang dua ketul. Sayur Taugeh, Daging Goreng Kunyit, Ayam Goreng seketul, Sambal Kerang dan Sambal Belacan. Semuanya RM18. Iman pulak, balik kerja semalam, Cikwa ambil. Cikwa dah janji nak belanja stabaks. Sk pun tak beritahu apa yang jadi, sampailah dia dah balik, baru tahu cerita. Syukur semuanya berlalu dengan baik.. Allah swt cuit sikit sahaja.. sama-samalah ambil iktibar dan muhasabah diri selalu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/11/dapur-asmara-dan-kisah-semalam.html