Dapatkan Pengalaman Permua Yang Baik Dengan Skrin Dan Storan Honor 9x Yang Besar


HONOR baru sahaja melancarkan telefon pintar flagship mereka iaitu HONOR 9X untuk pasaran Malaysia. Telefon ini merupakan telefon berspesifikasi pertengahan yang mensasarkan kepada pengguna yang inginkan prestasi dan rekaan yang baik, serta ciri fotografi yang bagus.

Jika anda sedang mencari telefon pintar terkini pada lingkungan harga dibawah RM 1,000, HONOR 9X merupakan satu lagi pilihan yang tidak patut diketepikan. Ia hadir dengan pelbagai ciri dan fungsi, dan berikut merupakan fokus utama pada peranti ini, jika anda mencari peranti untuk tujuan Permua.
Paparan 6.59-inci yang Besar
Saiz paparan peranti merupakan satu lagi faktor utama yang penting jika pengguna memilih peranti untuk bermain permua. Ini kerana keluasan paparan sedikit sebanyak dapat mempengaruhi pengalaman bermain. Tidak salah jika sebatang pokok yang menyembunyikan musuh dapat dilihat berbanding peranti dengan paparan kecil.
Bagi HONOR 9X, ia menyertakan paparan IPS LCD 6.59-inci yang mana nisbah skrin ke badannya agak luas, iaitu sehingga 91%, sekaligus dapat menambah baik pengalaman bermain permua. Lebih dari itu, jika peranti ini digunakan untuk tujuan multimedia atau untuk menonton video, pastinya ia memberikan keluasan paparan yang bagus.
Storan Besar 128GB Dan Menyokong Storan Kad Mikro-SD
Jika anda memiliki telefon pintar dengan niat untuk bermain sebanyak mungkin permua, anda memerlukan satu peranti dengan kapasiti storan yang besar. Kapasiti storan telefon  boleh ditambah sekiranya peranti tersebut mempunyai slot Mikro-SD namun ia mungkin ada perbezaan dari segi kelajuan membacanya. Malah ia memerlukan pengguna untuk membeli kad Mikro-SD berkapasiti tinggi, sekaligus menambah kos kepada pengguna.
Ia tidak akan berlaku dengan HONOR 9X. Ini kerana peranti ini hadir dengan kapasiti storan 128GB yang semestinya dapat menyimpan pelbagai permua dan juga aplikasi. Permua yang menggunakan kapasiti storan yang besar tidak akan menghadapi masalah tidak cukup storan. Sekiranya kapasiti storan masih tidak mencukupi, pengguna boleh menambah kapasiti storan sehingga 512GB menggunakan kad Mikro-SD pada slot kad SIM.
Kapasiti Bateri 4,000 mAh
Bagi tujuan memainkan permua pada satu masa yang lama, kapasiti bateri yang mencukupi diperlukan peranti. Pastinya dengan kapasiti bateri yang baik, tidak memerlukan pengguna mengusung powerbank kemana-mana sahaja.
Bagi HONOR 9X, ia mempunyai bateri berkapasiti 4,000 mAh yang mampu beroperasi untuk satu jangkamasa yang panjang. Meskipun tidak menyokong pengecasan pantas, kapasiti yang besar harus dipuji kerana ia membolehkan pengguna bukan sekadar bermain permua, malah menonton video kegemaran mereka baik menerusi YouTube dan juga Netflix. Hal ini adalah kerana bateri telefon pintar ini mampu untuk bertahan selama 120 jam untuk paparan video dan selama 8 jam untuk kegunaan permua.
Kamera 48MP Yang Boleh Merakam Gambar Pada Resolusi Tinggi
Satu lagi perkara yang boleh menarik perhatian anda untuk memiliki peranti ini adalah HONOR 9X mempunyai kamera 48MP. Pada lensa sebesar 48MP, resolusi gambar yang dapat dirakam adalah tinggi, dan banyak keperincian gambar dapat dirakamkan. Ia mempunyai tiga kamera utama, iaitu 48MP, 8MP ultra-lebar dan juga 2 MP sensor kedalaman manakala kamera selfie berjenis pop-naik direka bagi membuang takuk pada paparan peranti ini.
Kamera pada telefon pintar ini juga dibantu oleh teknologi algoritma AI. Ini sekaligus memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan rakaman gambar dan video yang cantik. Seperti AIS Super Night Mode, anda boleh mendapatkan rakaman yang cantik dan jelas walaupun anda berada di persekitaran yang kurang pencahayaan. Hal ini adalah kerana lensa kamera HONOR 9X ini dibantu oleh teknologi AI untuk mendapatkan rakaman yang menawan.
Sokongan Google Mobile Services
Melengkapi peranti ini adalah sokongan Google Mobile Services yang pastinya dapat menjamin peranti ini mesra pengguna dan kesemua aplikasi yang wujud di Google Play Store dapat digunakan tanpa sebarang masalah, atau terpaksa melalui proses yang rumit. Ia sekaligus menambah nilai pemilikan peranti ini bukan sahaja untuk permua, malah aplikasi yang ditawarkan pada Google Play Store.
HONOR 9X ini akan mula dipasarkan di Malaysia secara atas talian pada 28 November ini pada harga RM 999 melalui laman rasmi Hihonor, Lazada, Shopee dan juga kedai fizikal rasmi HONOR, manakala 29 November pula adalah tarikh dimana telefon pintar ini dipasarkan secara global. Seperti biasa ia akan tersedia menerusi platform atas talian HONOR sendiri, dan juga pengedar rasmi seluruh Malaysia. Bagi anda yang ingin menukar telefon pintar yang lama dengan HONOR 9X, anda juga boleh berbuat demikian di beberapa kedai rasmi mereka.
Sekiranya anda membeli HONOR 9X di kedai atas talian Hihonor di Lazada, anda hanya perlu menambah RM0.99 sahaja untuk mendapatkan HONOR Sport Pro, atau sekotak hadiah dengan HONOR Band 5 Sport. Manakala, sekiranya anda membeli melalui laman Shopee, anda berpeluang untuk menerima sekotak hadiah, HONOR Band 5 Sport, dan PWP pada harga RM199 sahaja untuk HONOR Sport Pro bermula 28 November hingga 1 December. Namun, pada 29 November hingga 1 December pula, anda berpeluang untuk menerima hadiah yang sama sekiranya membeli HONOR 9X di kedai fizikal rasmi HONOR. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan hadiah hadiah ini sementara stok masih ada.
Layari: Laman Rasmi HONOR Untuk Maklumat Lanjut
Penafian: Advertorial daripada HONOR Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/11/dapatkan-pengalaman-permua-yang-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Menang Chicken Dinner Pastilah Dengan Skrin Storan Dan Bateri Besar Huawei Y9 Series Daripada Harga Hanya Rm799

Nak Menang Chicken Dinner Pastilah Dengan Skrin Storan Dan Bateri Besar Huawei Y9 Series Daripada Harga Hanya Rm799

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 350 hits
Lepak mamak setiap malam dengan kawan kawan untuk layan PUBG Mobile mestilah anda mahu tunjuk hebat bukan Lebih lebih lagi bila tinggal 2 The post appeared first on
Daripada Harga Rm799 Je Huawei Y9 Series Bagi Korang Storan Skrin Lebih Besar Dan Bateri Tahan Lebih Lama

Daripada Harga Rm799 Je Huawei Y9 Series Bagi Korang Storan Skrin Lebih Besar Dan Bateri Tahan Lebih Lama

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 391 hits
Kalau sebut pasal telefon pintar dekat Malaysia memang banyak jenama jenama yang terkenal ada dalam pasaran Tapi bila sebut je jenama Huawei rasanya satu Malaysia akan teruja dan sentiasa tertunggu tunggu produk terbaru daripada Huawei seba...
Ulasan Honor Band 5 Sport Seakan Mi Band 1 Tetapi Dengan Skrin

Ulasan Honor Band 5 Sport Seakan Mi Band 1 Tetapi Dengan Skrin

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 268 hits
Honor Band Sport adalah penjejak kesihatan daripada Honor yang lebih murah berbanding Honor Band yang biasa Siri produk Honor Band ini boleh dikatakan adalah pesaing kepada jenama lain yang lebih terkenal seperti Xiaomi dengan Mi Band merek...
Motorola Razr Dilancarkan Legenda Kembali Sebagai Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat

Motorola Razr Dilancarkan Legenda Kembali Sebagai Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 334 hits
Motorola Razr ialah peranti legenda yang menjadi idaman ramai di awal milenium dahulu Rekaan clamshell yang digunakan dalah amat seksi sehingga menjadi status kekayaan seperti iPhone sekarang Ikon dunia peranti mudah alih kini dilahirkan se...
Asus Rog Phone 2 Dengan 1tb Storan Dan 12gb Ram Kini Mula Dijual Berharga Rm4499

Asus Rog Phone 2 Dengan 1tb Storan Dan 12gb Ram Kini Mula Dijual Berharga Rm4499

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 286 hits
Asus Malaysia telah pun mula menawarkan ROG Phone 2 sejak daripada bulan Oktober lepas untuk pasaran Malaysia Namun ketika pengenalan hanya variasi storan 512GB sahaja ditawarkan Kini ia berubah apabila pihak Asus Malaysia telah pun turut m...
Maxspeedbox Com Kombo Seedbox Penjana Pautan Premium Dan Storan Awan

Maxspeedbox Com Kombo Seedbox Penjana Pautan Premium Dan Storan Awan

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 466 hits
Penggunaan seedbox dan premium link generator bukan benda baru Dari dulu lagi ia sudah popular dan kelihatan belum lapuk dek zaman kerana terdapat begitu banyak laman pengehos fail yang memerlukan akaun premium bagi mendapat kelajuan muat t...
Xiaomi Memapatekan Rekaan Telefon Skrin Boleh Lipat Seakan Razr

Xiaomi Memapatekan Rekaan Telefon Skrin Boleh Lipat Seakan Razr

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 219 hits
https ift tt 2XdbrYu selepas hampir sedekad menghilangkan diri Peranti skrin boleh lipat ini mendapat perhatian ramai kerana rekaannya mirip Razr asal dengan tubuh clamshell Razr mungkin akan menerima saingan dalam masa terdekat kerana Xiao...
Tcl Menghasilkan Skrin Untuk Tablet Dengan Kadar Segar Semula 240hz

Tcl Menghasilkan Skrin Untuk Tablet Dengan Kadar Segar Semula 240hz

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 208 hits
Tahun ini melihat pengguna skrin 90Hz kian meningkat dengan OnePlus menjadi syarikat yang mempopularkannya Dengan kadar segar semula 90Hz animasi dan tatalan skrin terasa lebih lancar berbanding 60Hz yang digunakan sekarang Tetapi mungkin s...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad