Maxspeedbox Com Kombo Seedbox Penjana Pautan Premium Dan Storan Awan



Penggunaan seedbox dan premium link generator bukan benda baru. Dari dulu lagi ia sudah popular, dan kelihatan belum lapuk dek zaman kerana terdapat begitu banyak laman pengehos fail yang memerlukan akaun premium bagi mendapat kelajuan muat turun yang lebih laju.
Bagi mereka yang gemar memuat turun fail dari laman torrent, seedbox adalah peneman setia. Terdapat banyak servis seperti ini, dari yang percuma kepadalah yang berbayar. Biasanya yang percuma akan mempunyai had tertentu, manakala servis berbayar pula menawarkan ciri-ciri ekstra yang menjadi sasaran para pemuat turun tegar.
MaxSpeedBox hadir dan menyertakan kedua-dua ciri tersebut dalam satu servis. Anda boleh gunakan ia sebagai seedbox, premium link generator, dan juga sebagai penyimpan fail awan (cloud storage).
Kenapa servis seperti ini wujud dan diperlukan?
Selalunya bagi mereka yang gemar muat turun fail bersaiz besar dari laman-laman pengehos fail, kebiasaan perkara yang terjadi ialah akan ada ralat dihujung proses, dan terpaksa memulakan muat turun dari awal. Bila nak dimuat turun semula, terpaksa pula menunggu masa pengehad penggunaan sehingga tamat, barulah boleh muat turun fail tersebut.

Bagi pengguna torrent pula, tak semua gemar untuk memasang aplikasi torrent, dan tak ramai juga yang suka biarkan komputer mereka terpasang lama semata-mata untuk selesaikan seed (seed-lah, jangan jadi pemuat turun tak bertauliah. Dah sedut, padam pula. Kurang asam jawa namanya tu).
Jadi, jika anda solusi yang boleh membantu menukar kedua-dua kaedah muat turun di atas, kepada pautan muat turun secara terus atau direct link, sudah pastilah pengguna akan memilih cara tersebut.

MaxSpeedBox menawarkan pelbagai ciri menarik, dalam satu servis. Ciri semua dalam satu ini, dengan tawaran harga mampu bayar untuk sebulan langganan iaitu $8.8USD atau lebih kurang RM36. Jika nak langgan bagi tempoh pendek pun boleh juga, iaitu sebanyak $3.8USD atau RM15.
Terdapat juga dua tiers lain iaitu 90 hari dan 180 hari, masing-masing dengan bayaran sebanyak $20.8 (RM86) dan 37.8 (RM157) – semua harga ini adalah direct convert.
Menurut pembangun MaxSpeedBox, untuk satu akaun hanya boleh digunakan oleh satu orang sahaja.
Pada tangkap layar di atas, saya demokan bagaimana ia menukar pautan muat turun laman 1fichier.com kepada pautan muat turun terus dengan mudah.

Tangkap layar ini pula menunjukkan kelajuan maksimum yang saya berjaya perolehi sewaktu muat turun fail tersebut. Saya dapati tiada lagi sekatan terhadap kelajuan muat turun, dan fail bersaiz 4.15GB itu dapat dimuat turun dalam masa hanya lebih kurang 10 minit sahaja. Pautan muat turun tersebut dapat digunakan oleh aplikasi pemuat turun Internet Download Accelerator tanpa perlu bimbang sama ada ia akan menjadi fail html atau bahasa mudahnya gagal ‘ditarik keluar’ oleh aplikasi IDA itu.
Namun dalam percubaan saya, tidak semua pautan berakhir dengan gembira. Ada juga yang gagal ditukar kepada pautan terus. Sebagai pengguna, anda perlu mencari pautan yang dapat ditukarkan dengan jaya. Saya tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh ralat, pepijat, atau pautan tersebut tidak ‘sah’ lagi digunakan, tetapi yang pastinya laman itu tersenarai dalam laman-laman yang disokong secara rasmi oleh MaxSpeedBox.
Berikut antara laman-laman yang saya maksudkan. Terdapat 60 buah laman kesemuanya.

Kemudian, kita lihat pula fungsi pemuat turun torrent.
Ini adalah fungsi yang saya sendiri gemari kerana saya lebih cenderung mencari fail melalui torrent, dan bukan melalui laman pengehos fail. Anda akan diberikan sebanyak tiga kaedah muat naik fail iaitu muat naik secara terus, remote URL, dan pautan magnet.
Pada tangkap layar di bawah, saya menggunakan pautan magnet bagi mendapatkan fail.
Masukkan dulu pautan magnet.  
Proses sedutan sedang berlangsung.  
Sedutan dah siap. Tiba masa untuk bawa ia keluar.  
Sungguh enak sekali kelajuannya itu. Seperti yang dapat anda lihat, kelajuannya juga tidak menghampakan. Sebentar sahaja masa untuk menanti ia siap, pejam celik, pejam celik, tahu-tahu saja belum sempat kopi dibancuh ia dah pun tersedia.
Selain itu, antara ciri lain yang paling saya suka ada padanya ialah ciri pengurus fail dan storan. Pengurus fail dan storan ini menyokong seret dan lepas (drag and drop), seperti yang dapat anda lihat pada gambar berikut ini.
Ia juga didatangkan dengan fungsi statistik, di mana anda boleh lihat berapakah jumlah muat turun bagi fail yang telah anda kongsikan, dan berapa pula baki ruang storan awan setelah anda gunakan ia untuk menyimpan fail dan menyedut pula dari torrent.

Anda juga boleh sunting fail yang telah siap dimuat naik, seperti menamakan ia semula, meletakkan kata laluan, serta menyalin pautan muat turun untuknya.
Anda tidak akan berasa rugi apabila melanggan kerana anda boleh juga muat naik fail yang ingin disimpan dengan selamat dalam storan awan. Inilah dia kombinasi paling padu setakat yang saya pernah cuba – seedbox, penjana pautan muat turun premium dan juga storan awan yang disokong oleh pengurus fail mantap.

Kalau ada satu perkara yang saya ingin lihat ia ditambah atau diubah ialah, saya harap dalam pengurus fail nanti akan ada pilihan untuk memadam terus fail tanpa meletakkan ia ke dalam ‘Trash Can’.
Pilihan ‘Permanently Delete’ itu sudah sepatutnya disediakan dari awal operasi, supaya tidak perlu ‘buat kerja dua kali’ apabila pengguna perlu hala ke Trash Can pula untuk padam fail sekali lagi.



Konklusi
Saya bukan pemuat turun dari laman pengehos fail yang tegar, tetapi bila satu servis itu menempatkan kepelbagaian ciri semua dalam satu, tidak dapat tidak saya rasa agak kurang bijak untuk menolaknya, tambahan pula langganan bulanan tidaklah terlalu mahal.
Kombo ciri-ciri yang ada sudah cukup untuk buat anda tidak keluar rumah apabila saban hari mencari sesuatu yang baru untuk dimuat turun. Tapi jangan sampai sang puaka menegur pula ya, maklumlah anda tidak keluar mencari kawan, sebaliknya hanya berkawan dengan sahabat angker di rumah.
Anda boleh langgan ia melalui pautan ini: MaxSpeedBox.com
Promosi sempena pembukaan laman sehingga 15 Disember 2019 – pelanggan baru akan diberikan diskaun sebanyak 15% untuk semua pakej menggunakan kod: GET15OFFTODAY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/maxspeedbox-com-kombo-seedbox-penjana-pautan-premium-dan-storan-awan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Google Memperkenalkan Pelan Pra Bayar Youtube Premium Youtube Music Di India

Google Memperkenalkan Pelan Pra Bayar Youtube Premium Youtube Music Di India

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 249 hits
YouTube Premium dan YouTube Music adalah pelan penstriman premium YouTube yang sudah lama wujud tapi hanya tiba di Malaysia sekitar dua minggu lepas YouTube Premium sama sahaja dengan YouTube biasa cuma ia tiada iklan dan hadir dengan kandu...
Spotify Premium Kini Ditawarkan Percuma Selama Tiga Bulan Kepada Pengguna Yang Layak

Spotify Premium Kini Ditawarkan Percuma Selama Tiga Bulan Kepada Pengguna Yang Layak

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 354 hits
pengguna berbayar di seluruh dunia dan 232 juta pengguna aktif bulanan secara keseluruhan Ini melayakkan mereka memegang gelaran sebagai perkhidmatan penstriman audio nombor satu dunia Untuk kenikmatan sebenar Spotify Premium kini ditawarka...
Pengguna Peranti Samsung Di Malaysia Boleh Menikmati Langganan Youtube Premium Dengan Percuma Selama Empat Bulan

Pengguna Peranti Samsung Di Malaysia Boleh Menikmati Langganan Youtube Premium Dengan Percuma Selama Empat Bulan

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 324 hits
YouTube baru baru ini mengumumkan pelan YouTube Music dan YouTube Premium untuk pasaran tempatan pada harga dan untuk para pelajar Terkini pihak Samsung Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa para pengguna peranti mereka boleh mendapatkan ...
Laptop Premium Hp Spectre X360 Dipasarkan Mulai Rp 19 Jutaan

Laptop Premium Hp Spectre X360 Dipasarkan Mulai Rp 19 Jutaan

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 88 hits
Perusahaan laptop asal Amerika Serikat HP Inc meluncurkan HP Spectre x360 terbaru di Indonesia Ini adalah PC konvertibel terkecil di dunia Fitur fitur anyar seri HP Spectre ini berupa desain premium serta terobosan dalam kinerja dan mobilit...
Asus Rog Phone 2 Dengan 1tb Storan Dan 12gb Ram Kini Mula Dijual Berharga Rm4499

Asus Rog Phone 2 Dengan 1tb Storan Dan 12gb Ram Kini Mula Dijual Berharga Rm4499

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 286 hits
Asus Malaysia telah pun mula menawarkan ROG Phone 2 sejak daripada bulan Oktober lepas untuk pasaran Malaysia Namun ketika pengenalan hanya variasi storan 512GB sahaja ditawarkan Kini ia berubah apabila pihak Asus Malaysia telah pun turut m...
Realme X2 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Snapdragon 855 12gb Ram 256gb Storan Berharga Rm2399

Realme X2 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Snapdragon 855 12gb Ram 256gb Storan Berharga Rm2399

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 439 hits
Realme X2 Pro adalah peranti baharu daripada Realme Ia merupakan peranti mercu pertama Realme yang masuk ke pasaran Malaysia Peranti ini membawakan pelbagai spesifikasi menarik dan mengejutkan Siapa sangka jenama yang kerap menghasilkan per...
Awan Aneh Bikin Penduduk Panik

Awan Aneh Bikin Penduduk Panik

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 362 hits
Penampakan awan dengan bentuk aneh tiba tiba sahaja muncul dan menggegarkan penduduk Costa Rica Beberapa orang bahkan menyebutkan bencana alam akan datang seiring dengan bentuk awan yang luar biasa tersebut Penampakan awan itu boleh disaksi...
Dapatkan Pengalaman Permua Yang Baik Dengan Skrin Dan Storan Honor 9x Yang Besar

Dapatkan Pengalaman Permua Yang Baik Dengan Skrin Dan Storan Honor 9x Yang Besar

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 300 hits
HONOR baru sahaja melancarkan telefon pintar flagship mereka iaitu HONOR 9X untuk pasaran Malaysia Telefon ini merupakan telefon berspesifikasi pertengahan yang mensasarkan kepada pengguna yang inginkan prestasi dan rekaan yang baik serta c...
Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah