Dapatkan Kripto Percuma Secara Staking Kripto Seperti Ethereum Di Luno Malaysia
Sudah ramai dikalangan rakyat Malaysia yang sudah celik dan tahu akan teknologi kripto. Apalagi yang sudah berada dalam ekosistem kripto. Ini tidak termasuk pakcik dan makcik atau mereka yang memiliki wang dan dana tapi malas mahu mengkaji sehingga tertipu dan menyalahkan kripto.
Dapat Kripto Percuma Dengan Staking Di Luno Malaysia
Di Malaysia bagi pemula (beginner) yang mahu mulakan pelaburan kripto, Luno Malaysia adalah platform terbaik. Luno Malaysia bebas segala kekhuatiran dan risau jika di scam kerana Luno Malaysia disahkan oleh Securities Malaysia ia selamat.
Senarai Koin Kripto Dalam Luno Malaysia
Antara koin kripto yang boleh dibeli dan didagangkan (trade) di Luno Malaysia adalah Bitcoin, Ethereum, Cardano (ADA), Ripple (XRP), Solana dan beberapa kripto lain.
Jadikan aset, beli ketika murah jual ketika mahal. Ini cara paling ringkas dalam 'trade' kripto. Apabila sudah kelihatan 'terciduk' kerana terbeli ketika harga mahal dan sekarang harganya jatuh, simpan sahaja, jadikan kripto sebagai aset seperti emas, apabila harga naik kembali jual ketika anda ingin menjualnya.
Baca Juga : Luno Malaysia Exchanger Kripto Selamat Di Malaysia
Beli, Simpan dan Dapat Kripto Percuma Di Luno Malaysia
Kalau dahulu penulis jadikan Luno Malaysia sekadar tempat membeli kripto dan terus 'transfer' ke aplikasi 'exchanger' lain kerana simpan di Luno Malaysia tiada sebarang keuntungan bila harga jatuh.
Sekarang, Luno Malaysia sudah setanding dengan aplikasi tukaran (exchanger) lain seperti
Binance atau ByBit. Luno Malaysia sudah memperkenalkan 'staking' di exchangernya.
Fahami apa itu 'staking'. Staking adalah cara anda mendapat pulangan mengikut peratus yang diawarkan. Simpan dan 'stake' kripto anda, anda akan mendapat kripto tersebut mengikut peratus yang ditawarkan.
Cara Mengira Dividen Staking Ethereum Di Luno
Contoh,
Anda membeli RM1000 nilai Ethereum (ETH) di Luno Malaysia. Ketika artikel ini ditaip RM200 adalah bersamaan 0.0928ETH (nilai ETH semasa 1ETH = RM10770.
Jika anda stake di Luno Malaysia, peratus dividen yang ditawarkan adalah 3.9% APY.
Bermaksud, 0.0928ETH X 3.9% / 365 = 0.00000991ETH/hari
Dalam ringgit (MYR) anda mendapat, 0.00000991 X RM10770 = RM0.106/hari
Kira ada juga gunanya simpan sahaja sebelum jual, sehari dapat RM0.10 dari simpan sahaja tanpa mendapat apa-apa.
Di atas adalah cara kiraan dividen staking Ethereum di Luno Malaysia. Kini fahami apa itu staking.
*Nilai peratus staking mungkin berubah-rubah
Rewards Staking ETH Luno
Fahami Maksud dan Proses Staking Dalam Kripto
Staking adalah kita meminjamkan koin kripto tersebut kepada 'market maker' atau penjaga trading kripto tersebut untuk digunakan apabila ada pembeli atau pedagang (trader) yang ingin beli pada harga pasaran 'market'.
Staking Info Di Luno
Belian secara 'market' ini memerlukan pembeli tersebut membayar fi (fee), dari fi inilah anda dapatkan dividen tadi, secara peratus dari berapa yang anda beri pinjam ketika staking.
Staking Kripto Ethereum Dengan Luno Malaysia
Buat masa ini, Luno Malaysia memulakan staking untuk koin ETH, sebagai permulaan. Mungkin dikemudian akan diperluaskan untuk koin lain dalam senarainya.
Boleh Stake ETH Luno
Penulis ingin ingatkan kembali, Luno Malaysia adalah satu platform jual beli selamat dibawah pantauan Securities Malaysia, badan pemantau salh laku jual beli sekuriti dan ekuiti di Malaysia.
Berminat beli kripto dan staking di Luno Malaysia boleh daftar melalui pautan di bawah;
DAFTAR LUNO : Gunakan Kod "U9S2WM" untuk dapatkan Bitcoin Percuma bernilai RM50
Anda fikir anda tahu Dapatkan Kripto Percuma Secara Staking Kripto Seperti Ethereum Di Luno Malaysia ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2024/01/dapatkan-kripto-percuma-secara-staking.html