Dap Sarawak Biadab Tidak Hormatilah Bahasa Kebangsaan



(Sarawak Voice) – PADA Khamis,  tular melalui media sosial gambar pemimpin DAP yang juga bekas Ahli Parlimen Stampin Julian Tan bersama-sama pemimpin muda DAP yang lain, meletakkan tulisan Cina pada papan tanda di beberapa lokasi di bandar raya Kuching. Tindakan itu mendapat kecaman dan kritikan pelbagai pihak.
Dengan pakaian serba merah, dengan lambang DAP dan tulisan Pakatan Harapan tertulis di baju mereka, dari segi komunikasi politik, mereka sebenarnya mahu menghantar satu mesej kepada golongan sasaran mereka, iaitu masyarakat Cina.
Mereka mahu memberitahu masyarakat Cina, bahawa mereka memperjuangkan isu bahasa Cina.
Ini isu yang sensitif bagi masyarakat Cina, selain isu pendidikan dan budaya.  Sudah pasti, masyarakat Cina akan suka dengan perbuatan itu kerana isu bahasa sentiasa dekat di hati mereka.

Tetapi negeri ini milik semua kaum, bukan sahaja milik orang Cina. Maksudnya, perasaan kaum-kaum lain juga perlu diambil kira. Jangan hanya fikirkan  kaum sendiri atau bahasa sendiri.
DAP tahu bagaimana untuk menarik perhatian pengundi dan masyarakat Cina. Mereka cuba menangguk di air keruh. Dengan melakukan perbuatan tersebut, mereka percaya akan dapat menarik perhatian pengundi Cina dalam pilihan raya akan datang. Bahawa merekalah sebenarnya  pejuang bahasa Cina.
Mereka hendak memberi gambaran bahawa pihak lain, termasuk SUPP dan kerajaan, tidak mempedulikan bahasa Cina.
Tetapi sebagai penganalisis politik dan pengamat politik Cina untuk sekian lama, saya tahu apa yang bermain dalam pemikiran pemuda DAP itu.
Mereka mahu mengapi-apikan sentimen kaum Cina di Sarawak dengan memainkan isu bahasa yang memang sensitif. Tidak ada masyarakat Cina yang mahu bahasa mereka diperlekeh atau dipinggirkan.
Justeru, DAP mahu memberi gambaran bahawa kerajaan meminggirkan dan tidak mempedulikan bahasa Cina. Sebaliknya, mereka mahu memberitahu seluruh dunia bahawa DAP-lah parti yang memperjuangkan isu bahasa Cina.
Malah, Pemuda DAP itu mendakwa bahawa Presiden SUPP, Datuk Sri Dr Sim Kui Hian, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak tahu mengenai isu tersebut,  namun tidak berbuat apa-apa mengenainya.
Implikasinya, yang mempedulikan isu itu ialah DAP. Ya, DAP mahu jadi juara atau wira dalam isu ini. Dengan itu, mahu mendapat keuntungan atau manfaat politik daripadanya, apatah lagi ia tahu kemungkinan pilihan raya negeri akan berlangsung tidak lama lagi.
Tengok, bagaimana mereka cuba beri gambaran terhadap SUPP?  Yang jelas di sini ialah, motif dan agenda politik mereka begitu jelas. Sudah terang lagi bersuluh.  Makna tersembunyi ialah, SUPP tidak pedulikan isu bahasa Cina, yang peduli dan perjuangkan isu berkenaan ialah DAP. Inilah sebenarnya permainan politik Pemuda DAP itu.

Tidak guna Bahasa Kebangsaan Inilah agenda politik terselindung daripada perbuatan mereka itu. Tetapi bagi mereka yang arif dan celik politik, pasti sedar akan agenda tersembunyi parti cauvinis itu. Bak kata peribahasa, sekilas ikan di air sudah tahu akan jantan betinanya.
Saya tidak tahu apa yang berada dalam kepala Julian ketika melakukan tindakan tersebut. Kita juga wajar bertanya, apakah motif beliau dan pemimpin muda DAP yang lain berbuat demikian?  Mahu melakukan provokasi? Harus diingat, tindakan berkenaan adalah berunsur hasutan. Malah, ia melanggar undang-undang dan peraturan kerajaan.
Takkan DAP tidak tahu status bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan? Perbuatan itu jelas melanggar periuntuikan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahsa Kebangsaan — iaitu bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan termasuk pada papan tanda nama jalan. Benarkah masih ada rakyat Malaysia yang tidak faham bahasa Malaysia? Masih adakah yang tidak faham maksud jalan?
Justeru, apakah perlunya tulisan Cina? Hanya untuk memastikan pelancong China faham? Bagaimana pelancong dari Jepun, Korea, Thailand? Perlukah kita gunakan bahasa berkenaan pula?
Saya hendak ingatkan pemimpin muda DAP itu, jangan cuba bermain api, nanti anda sendiri yang terbakar. Jangan cuba berlagak samseng dan biadab. Anda perlu sedar bahawa perbuatan dan tindakan anda itu hanya akan mengundang padah.  Jangan fikir, anda boleh lakukan tindakan itu sesuka hati.
Boleh dikatakan tindakan dan perbuatan DAP itu biadab dan melampau. Kita tidak boleh biarkan mereka ini bertindak sesuka hati tanpa mempedulikan perasaan kaum lain. Tindakan mereka bersifat provokatif dan tidak harus dibiarkan.
Bukan sahaja tindakan itu tergolong sebagai laku musnah atau vandalisme, tetapi bertentangan dengan undang-undang di bawah pihak berkuasa tempatan. Pemimpin muda DAP perlu  belajar untuk bersikap toleran .Jangan hanya lihat dari sudut pandangan sempit parti itu atau dari perspektif kaum Cina semata-mata.
Hakikatnya, apa-apa pun alasan Ketua Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sarawak Julian Tan, ia tidak dapat diterima.  Beliau menegaskan DAPSY Sarawak melakukan perkara itu dengan niat baik  — untuk mengembalikan papan tanda di dalam kawasan bandar ini seperti sebelumnya.
Persoalannya, adakah itu cara yang betul? Tidakkah beliau tahu bahawa perbuatan itu salah dari sisi undang-undang?
Bolehkah mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan sesuatu mengambil tindakan mengikut kehendak hatinya atau parti yang diwakilinya?
Bayangkan, apakah yang terjadi kalau kita biarkan rakyat di negara ini mencontohi tindakan biadab DAP itu?
DAP perlu belajar bagaimana untuk hidup dalam sebuah negara pelbagai kaum di negara ini. Yang lebih penting, DAP perlu belajar untuk menghormati undang-undang dan perlembagaan negara.
Yang tidak kurang penting, dalam konteks ini, DAP hendaklah belajar untuk menghormati bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Bekas Ahli Parlimen Stampin itu berkata pihaknya bukan melakukan vandalisme tetapi secara keseluruhan tindakan yang dilakukan DAPSY adalah untuk mengembalikan papan tanda berkenaan seperti keadaan sebelum ini.
Dengan angkuh, Julian berkata, DAPSY Sarawak tidak akan menanggalkan tulisan Cina melainkan terdapat perintah atau arahan dikeluarkan pihak berkuasa.
Yang jelas, perbuatan sedemikian tidak dapat dikompromi.  Sebab, tindakan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab, tetapi dapat mengundang pelbagai implikasi dan kesan terhadap masyarakat majmuk di negeri ini.
Tindakan tegas dari segi undang-undang perlu diambil terhadap DAP. Laporan polis perlu dibuat untuk mengajar mereka ini.
Persoalannya, perlu sangatkah bahasa Cina itu? Adakah faktor pelancongan  menjadi justifikasi utama atau sebenarnya DAP memang punya motif dan agenda lain? destinasi tarikan pelancongan.
DAP mendakwa papan tanda jalan dalam dwibahasa itu telah diubah tanpa disedari. Dakwanya, apa-apa yang  dilakukan DAPSY Sarawak itu hanya untuk mengembalikan keadaannya seperti sedia kala.
Kita perlu akui bahawa tindakan DAP itu adalah untuk mencari publisiti murahan, malah bersifat kebudak-budakan.
Namun, pemimpin DAP yang berdarah muda itu perlu terfikir, kalau semua pihak dibenarkan untuk melakukan apa-apa yang dilakukan mereka, apakah yang akan jadi kepada negeri dan negara ini?
Kalau tindakan dan perbuatan DAP itu dibenarkan, bukan menghairankan jika pihak lain juga akan mengambil kesempatan.
Siapakah yang dapat menghalang kaum lain daripada memasang bahasa mereka di tanda jalan kalau kita benarkan DAP berbuat demikian?
Jadi, sebelum terlambat dan perbuatan itu tidak dapat dikawal, isyarat jelas perlu dihantar kepada semua pihak.
Jangan cuba bermain api. Jangan cuba politikkan isu bahasa hanya untuk kepentingan parti. Semua pihak akan terbakar jika sentimen kaum dan agama gagal dikawal gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh Pemuda DAP itu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/08/24/dap-sarawak-biadab-tidak-hormatilah-bahasa-kebangsaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Sosialis Dap Tampal Tulisan Cina Sultan Selangor Arah Ganti Semua Papan Tanda Bahasa Melayu

Pemuda Sosialis Dap Tampal Tulisan Cina Sultan Selangor Arah Ganti Semua Papan Tanda Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 458 hits
Hari ini kita digemparkan lagi dengan isu penampilan tulisan cina pada papan tanda jalan dan ini dilihat seperti sengaja untuk mengganggu keamanan dan mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia Menurut laporan Berita Harian perkara ini dilakuk...
Dap Stickers On Road Signs Insensitive Says Sarawak Assistant Minister

Dap Stickers On Road Signs Insensitive Says Sarawak Assistant Minister

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 353 hits
The action of the Sarawak DAP Youth in pasting stickers in Chinese on several road signs in Kuching can be considered as insensitive to the sentiments of the plural society in the state Assistant Minister in the Chief Minister s Department ...
Pemuda Dap Didakwa Hina Bahasa Melayu Tampal Pelekat Bahasa Cina

Pemuda Dap Didakwa Hina Bahasa Melayu Tampal Pelekat Bahasa Cina

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 307 hits
Tindakan Pemuda DAP Sarawak menampal pelekat dalam bahasa Cina di beberapa buah papan tanda jalan di sekitar bandar raya ini boleh dianggap sebagai perbuatan tidak peka dengan sentimen masyarakat majmuk di negeri ini Menteri Muda di Jabatan...
Dap Sarawak Will Not Remove The Chinese Characters It Pasted On The Signboards

Dap Sarawak Will Not Remove The Chinese Characters It Pasted On The Signboards

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 379 hits
Democratic Action Party Socialist Youth Sarawak chief Julian Tan opines that the community ought to look at the road sign issue in a broader manner The former Stampin MP said the issue was not about vandalism but instead everyone should loo...
Dap Sarawak Adding Chinese To Road Signs

Dap Sarawak Adding Chinese To Road Signs

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 519 hits
The action of the Sarawak DAP Socialist Youth in pasting stickers in Chinese on several road signs around the city can be considered as insensitive to the sentiments of the plural society in the state Assistant Minister in the Chief Ministe...
Peringatan Kepada Pemuda Dap Sarawak Sarang Tebuan Jangan Di Jolok Penduduk Asal Sarawak Sudah Bersuara

Peringatan Kepada Pemuda Dap Sarawak Sarang Tebuan Jangan Di Jolok Penduduk Asal Sarawak Sudah Bersuara

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 411 hits
Kalau kita kata DAP ialah parti rasis dan langsung tidak tahu menjaga hati dan perasaan orang lain DAP marah DAP sering gunakan alasan hak asasi kesamaan hak dan berbagai bagai label yang sangat lunak didengar untuk melindungi perbuatan jij...
Sarawak Dap Seeks Sedition Probe Against Pas Mp Who Claimed Bible Distorted

Sarawak Dap Seeks Sedition Probe Against Pas Mp Who Claimed Bible Distorted

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 311 hits
Three Sarawak DAP leaders today filed a police complaint against Pasir Puteh MP Nik Muhammad Zawawi Salleh asking for a sedition investigation into the latter for his distorted interpretation of the Bible during a debate in Parliament four ...
Letnan Satu Anwar Komandan Kompi 3 Sumatera Bagian Selatan Kuasai 3 Bahasa Di Usia Senjanya Jadi Pengemis

Letnan Satu Anwar Komandan Kompi 3 Sumatera Bagian Selatan Kuasai 3 Bahasa Di Usia Senjanya Jadi Pengemis

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 209 hits
Sebentuk tubuh tua ringkih tampak terduduk lesu Tanpa alas di atas trotoar berwarna coklat Tubuhnya hanya terbungkus kemeja buram Kepalanya juga tertutup kopiah hitam yang tampak sudah digerogoti usia Kopiah itu seolah setia menutupi rambut...
Diadukan Ke Kpai Kata Anjay Sebenarnya Umpatan Atau Bahasa Gaul

Diadukan Ke Kpai Kata Anjay Sebenarnya Umpatan Atau Bahasa Gaul

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 394 hits
Kata anjay ramai dibahas usai dipersoalkan artis sekaligus Youtuber Lufti Agizal di channel Youtube nya Lutfi menyakini kata anjay bisa merusak moral generasi penerus Para pakar bahasa pun buka suara Mulanya Lutfi membahas kata anjay ini us...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Buat Saya Jerit Ada Ahli Baru 16 Tahun Peminat Kritik Lirik Lagu Illit Selit Unsur Seksual

Bila Kerap Pembohong Lama Lama Orang Tak Peecaya

Terkini Apa Jasa Akmal Di Melaka Umno Buka Jalan Pada Kj Dan Shahril

Malaysia Pemain Utama Ekonomi Digital

Pelakon Zulkifli Ismail Dedah Nafas Terhenti Ketika Tidur Jalani Sleep Test

Wanita Terperangkap Banjir Selamat Bersalin Sejurus Tiba Di Hospital Bomba Guna Perahu Bawa Ke Jalan Besar