Dap Campur Agama Usaha Gagalkan Pnda Syariah S Ngor



Apakah MB Selangor Akan Tunduk Pada Allah Dan RasulNya Serta Sultan Selangor Atau Kepada DAP?
Posted by SnapShot at 8/11/2019

Laman blog nie ada siarkan tulisan mengenai tindakan Speaker DUN Selangor, Ng Sue Limm, yang menangguhkan persidangan DUN Selangor yang baru saja bersidang selama 2 hari tanpa memberikan apa-apa alasan yang munasabah (BACA DI SINI)...

Sumber mengatakan, tindakan Speaker DUN Selangor menangguhkan persidangan DUN Selangor adalah sebagai usaha untuk menggagalkan usul meminda Undang-Undang Syariah Negeri Selangor...

Walau pun penyokong tegar Pakatan cuba menafikannya, namun tindakan 4 orang ADUN DAP bukan Islam dititahkan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menjelaskan segala-galanya...

Bagi admin, titah DYMM Sultan Sharafuddin supaya 4 orang exco DAP bukan Islam, Datuk Teng Chang Kim (Bandar Baru Klang-DAP), Ng Sze Han (Kinrara-DAP), V Ganabatirau (Kota Kemuning-DAP) dan Hee Loy Sian (Kajang-PKR), mengadap baginda sudah jelas melambangkan kemurkaan baginda terhadap DAP yang jelas mahu mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Selangor...

Sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan, bagi negeri-negeri persekutuan yang mempunyai raja, segala hal ehwal agama Islam dan adat istiadat bangsa Melayu adalah sepenuhnya di bawah kuasa mutlak raja bagi negeri tersebut...

Cadangan pindaan Undang-Undang Syariah negeri Selangor adalah sepenuhnya urusan masyarakat yang beragama Islam dan langsung tiada kaitan dengan yang bukan Islam...

Cadangan yang dimaksudkan hanyalah untuk memperkasa dan memartabatkan penguatkuasaan dan hukuman atas kesalahan yang dilakukan dibawah bidang kuasa Undang-Undang Islam sahaja dan sekiranya ia dilakukan oleh orang Islam sahaja...

Sebenarnya, tujuan DAP bersungguh-sungguh menghalang pindaan itu dilakukan adalah berkenaan enakmen negeri yang berkaitan pertukaran agama bagi kanak-kanak di bawah umur...

Seksyen 117 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003  mensyaratkan keizinan ibu dan bapa atau penjaga dalam pemelukan Islam kanak-kanak bawah 18 tahun...

Manakala bagi Wilayah Persekutuan, Kedah dan Perak tidak mensyaratkan persetujuan ibu dan bapa atau penjaga...

Cukup dengan persetujuan salah satu dari ibu  atau bapa atau penjaga dalam perkara ini...

Ini dapat dilihat dalam Seksyen 95 Akta  Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993, Seksyen  80  Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam  Kedah 2008 dan Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004...

Pada masa ini, enakmen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Selangor itu berbunyi :

'Individu di bawah umur 18 tahun hendaklah mendapatkan kebenaran daripada ibu DAN bapa sebelum memeluk Islam"...

Pindaan ini bertujuan untuk menukar perkataan tersebut kepada ibu ATAUbapa...

Rang undang-undang berkenaan dikatakan mendapat sokongan istana atas saranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...

Perlembagaan Persekutuan juga merujuk 'ibu atau bapa' berkenaan persetujuan untuk penukaran agama, tetapi mahkamah tertinggi tahun lepas membuat keputusan penting dalam kes M Indira Gandhi bahawa perlembagaan tidak boleh ditafsirkan secara literal dan kebenaran kedua-dua ibu bapa diperlukan untuk penukaran agama di bawah umur.

Isu penukaran agama tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam diputuskan terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan (BACA DI SINI)...

Pindaan Undang-Undang Syariah Selangor Telah Mendapat Perkenan DYMM Sultan Selangor


Malaysiakini melaporkan, cadangan pindaan kepada Undang-Undang Syariah Selangor datangnya dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan telah pun mendapat perkenan dari DYMM Sultan Selangor...

Persoalannya sekarang, apakah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, akan taat kepada perintah Sultan Selangor serta menuruti kehendak MAIS atau ketaatan Amirudin kepada DAP melebihi ketaatan beliau pada Sultan Selangor dan kecintaan beliau terhadap ugama Allah SWT dan RasulNya...

Apakah Amirudin masih lagi beriman bahawa rezeki setiap makhluk berada di tangan Allah SWT dan bukan di tangan DAP!!!
Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/dap-campur-agama-usaha-gagalkan-pnda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Biadap Speaker Pada Sultan Dan Agama Islam Disokong Adun Dap Selangor

Langkah Biadap Speaker Pada Sultan Dan Agama Islam Disokong Adun Dap Selangor

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 1001 hits
Langkah speaker Selangor menghalang pindaan Enekmen berkaitan dengan Islam adalah sebenarnya menunjukkan wajah sebenar DAP yang sememangnya tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan malah mereka bukan tidak mengetahui bahawa p...
Piagam Umno Pas Ada Pihak Usaha Gagalkan Kerana Mahu Pejuangkan Liberalisasi

Piagam Umno Pas Ada Pihak Usaha Gagalkan Kerana Mahu Pejuangkan Liberalisasi

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 294 hits
Penganalisis politik tempatan Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata piagam UMNO dan PAS bakal merencatkan usaha liberalisasi oleh sesetengah ahli politik yang memperjuangkan kesamarataan maka sebab itulah ada sahaja usaha yang dilakukan untuk m...
Sabri Azit Khat Jawi Dap Cuba Resahkan Kaum Dan Agama

Sabri Azit Khat Jawi Dap Cuba Resahkan Kaum Dan Agama

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 493 hits
KUALA LUMPUR Bantahan dan desakan berkaitan isu khat Jawi yang sedang dijuarai DAP dilihat satu lagi cubaan untuk menimbulkan keresahan perkauman demikian menurut Ahli Parlimen Jerai Ustaz Sabri Azit Menurutnya DAP sedang mengalami satu fob...
Lagi Dap Buat Hal Kemelut Mb S Ngor Pula

Lagi Dap Buat Hal Kemelut Mb S Ngor Pula

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 343 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari UTUSAN ONLINEKemelut MB Selangor dengan DAP tak mampu ditutup lagiSHAH ALAM 3 Ogos Selepas UMNO dan Pas Dewan Pemuda Ikatan Negeri Selangor pula tampil bersuara mengenai pergolakan dalaman Pakatan Harap...
Ini Jalan Belakang Speaker S Ngor Main Halang Bentang Ruu Agama

Ini Jalan Belakang Speaker S Ngor Main Halang Bentang Ruu Agama

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 201 hits
Suee Lim guna jalan belakang ADUN Islam Selangor perlu bersatuKUALA LUMPUR 9 Ogos Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Ng Suee Lim dituduh telah menggunakan jalan belakang untuk menghalang pembentangan rang undang undang pindaan enakmen n...
S Gor Bergolak Gara Gara Usaha Pinda Enakmen Tukar Agama

S Gor Bergolak Gara Gara Usaha Pinda Enakmen Tukar Agama

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 300 hits
Diterbitkan Hari ini 4 51 petang Timbul cakap cakap berkenaan kemelut politik di Selangor berhubung cadangan pindaan enakmen negeri yang akan membuka jalan kepada penukaran agama kepada Islam secara sepihak Isu itu tampak menjadikan keduduk...
Dap Perlu Izin Kedua Dua Ibu Bapa Tukar Agama Bawah Umur

Dap Perlu Izin Kedua Dua Ibu Bapa Tukar Agama Bawah Umur

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 307 hits
Diterbitkan Hari ini 1 17 tengahariSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan pendirian partinya bahawa penukaran agama individu bawah umur kepada Islam hanya boleh dilakukan dengan kebenaran kedua dua ibu bapa Pendirian kita jelas Kita m...
Dap Bertaring Bantah Ruu Islam S Ngor Mana Suara Adun Islam Ph

Dap Bertaring Bantah Ruu Islam S Ngor Mana Suara Adun Islam Ph

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 406 hits
DAP kian bertaring BELUM pun reda kemelut isu tulisan Jawi dan Khat yang dibantah keras oleh sebahagian pemimpin DAP kita dikejutkan pula dengan gelagat DAP di Selangor yang membantah RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yan...
Dianggap Hina Salib Ustaz Abdul Somad Dilaporkan Ke Polisi Dengan Dugaan Menistakan Agama

Dianggap Hina Salib Ustaz Abdul Somad Dilaporkan Ke Polisi Dengan Dugaan Menistakan Agama

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 218 hits
Siapin popcorn dan menyimak komentar netizen di kolom komentar Bagaimana pendapat kamu nih terhadap kejadian ini
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation