Dap Bimbang Tindakan Umno Jejas Sokongan Terhadap Kerajaan Perpaduan



(Berita Harian) – DAP bimbang tindakan UMNO memecat dan menggantung beberapa pemimpinnya akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan, terutama ketika bakal berdepan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, merangkap Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy, berkata ia diburukkan lagi dengan prestasi UMNO yang sudah lemah untuk meraih sokongan pengundi Melayu.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan kepemimpinan UMNO supaya segera memperkukuhkan kedudukannya, selain menjalankan pelan mitigasi bagi memastikan kesan tindakan terbaharu parti itu dapat diminimumkan.
“UMNO sudah mengambil tindakan tegas terhadap beberapa pemimpinnya. Apabila sesuatu berlaku dalam parti dan tindakan perlu diambil, ini saya rasa tidak berbeza dengan parti lain.
“Saya lihat UMNO sudah lama berpecah, sejak 1998. Isu pemecatan dalam UMNO ini juga sudah lama berlaku, sehingga tertubuhnya PKR dan BERSATU, yang kini kebanyakan pemimpinnya adalah serpihan UMNO.
“Ia terpulang kepada UMNO dan saya tidak mahu campur urusan kepemimpinan mereka. Namun, persoalannya, adakah ia (tindakan memecat dan menggantung beberapa pemimpin UMNO) wajar dibuat sekarang?” katanya kepada BH.
Jumaat lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, memecat bekas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, susulan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan parti itu kerana kesalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Selain itu, MKT UMNO turut menggantung beberapa ahlinya, termasuk Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif.
Mengulas lanjut, Ramasamy berkata, tindakan UMNO itu juga dikhuatiri menjejaskan peratusan sokongan pengundi Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH), yang ketika ini adalah antara 10 peratus hingga 15 peratus.
Beliau yang juga EXCO Pembangunan Modal Insan, Pendidikan, Sains dan Teknologi Pulau Pinang, mengakui sokongan pengundi Melayu terhadap PH mencatatkan penurunan berbanding kepada Perikatan Nasional (PN), selain menyifatkan ia boleh berubah mengikut sentimen politik semasa.
Ditanya kewajaran UMNO bertindak demikian, Ramasamy berpendapat, kepemimpinan parti itu tidak mempunyai pilihan lain berikutan tindakan beberapa pemimpinnya yang dilihat seolah-olah cuba melakukan pemberontakan dalaman.
Beliau bagaimanapun mempersoal kewajaran UMNO hanya menggantung keahlian Hishammuddin berikutan Ahli Parlimen Sembrong itu dikatakan antara individu yang menggerakkan Langkah Sheraton dan mengumpul sokongan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas PRU15.
“Khairy hanya mencabar Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta menyatakan pelbagai perkara lain, termasuk menggunakan undi hantu dan saya pun kurang pasti akan kesahihan dakwaannya itu.
“Namun, kesalahan Hishammuddin lebih besar berbanding Khairy sebab dia antara orang di belakang Langkah Sheraton, selain menyokong Muhyiddin. Dia orang PN dalam UMNO,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/01/29/dap-bimbang-tindakan-umno-jejas-sokongan-terhadap-kerajaan-perpaduan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perang Dap Pkr Umno Kerajaan Perpaduan Ibarat Fatamorgana

Perang Dap Pkr Umno Kerajaan Perpaduan Ibarat Fatamorgana

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 230 hits
agendaily com21 01 2023Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan Datuk Dr Marzuki Mohamad Perang mulut antara pemimpin DAP PKR dan UMNO sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa kerajaan perpaduan yang dibentuk antara Pakat...
Dakwaan Sokongan Terhadap Shahrizat Sekadar Akan Pecah Belah Wanita Umno

Dakwaan Sokongan Terhadap Shahrizat Sekadar Akan Pecah Belah Wanita Umno

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR Dakwaan kononnya seramai 147 Ketua Wanita UMNO bahagian seluruh negara menyokong supaya bekas ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui sayap itu didakwa tidak benar sama sekali Pengarah Komunikasi Wanita Barisan...
Ahli Umno Hantar Bantahan Kepada Ros Tindakan Berani Kj

Ahli Umno Hantar Bantahan Kepada Ros Tindakan Berani Kj

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 187 hits
Tindakan dua ahli UMNO menghantar notis bantahan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia disifatkan sebagai berani Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairi Jamaluddin berkata tindakan yang diamb...
Anwar Gesa Kerajaan Sweden Ambil Tindakan

Anwar Gesa Kerajaan Sweden Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 356 hits
MAISARAH AISYAPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Sweden untuk ambil tindakan terhadap pelaku yang membakar al Quran Malaysia mengutuk sekerasnya tindakan islamophobia oleh pemimpin ekstermis politik sayap kanan Swede...
Kerajaan Tak Campur Tangan Tindakan Sprm Beku Akaun Bersatu Anwar

Kerajaan Tak Campur Tangan Tindakan Sprm Beku Akaun Bersatu Anwar

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 222 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa kerajaan menggunakan SPRM sebagai alat politik untuk menentang Bersatu Bercakap pada sidang media hari ini Anwar menegaskan badan anti rasuah itu bebas menjalankan tugas mereka Adalah t...
Malaysia Madani Maksud Konsep Pelaksanaan Dalam Kerajaan Perpaduan

Malaysia Madani Maksud Konsep Pelaksanaan Dalam Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 436 hits
Malaysia Madani Pada 19 Januari 2023 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati Bertemakan Membangun Malaysia Madani konse...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kesal Mjol Tercicir Aim Bukan Sebab Tak Layak Tewas

Sheikh Farouk Dilantik Kpe Tfcsb Baharu Bernama

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina