Dana Save Kelantan
HUSAM MUSA
Dana SAVE KELANTAN
Usaha menyelamatkan Kelantan bersama Rakyatnya yg dilanda kemelut terbuka dan tersembunyi perlu digerakkan bersama.
Platform Save Kelantan adalah platform bersama merentasi politik kepartian dengan matlamat membangkitkan kesedaran Rakyat Kelantan terhadap tadbir urus Kerajaan Kelantan sedia ada.
Langkah pertama antaranya ialah Membenteras Tebang Habis Balak Dalam Hutan Simpan Kekal demi menyelamatkan aset Rakyat dan memelihara kelestarian Bumi Kelantan.
Dalam konteks menjaga kelestarian Bumi Kelantan dari terus diperas untuk kekayaan cepat segelintir puak, kami berhasrat melaksanakan Satellite Mapping keseluruhan Hutan Simpan Kekal di Kelantan, membantu orang kampung membuat bantahan berkesan melalui undang-undang untuk menjaga tadahan bekalan air bersih mereka, mencetak bahan-bahan maklumat untuk edaran bagi membangkitkan kesedaran Rakyat, menjalankan kempen media sosial dan lain-lain aktiviti Save Kelantan dari masa ke semasa.
InsyaAllah ia akan diikuti oleh inisiatif-inisiatif lain Save Kelantan dalam isu-isu seperti AKSB dan bekalan air bersih, perumahan, perlombongan, royalti petroleum, peluang kerja anak muda, kebersihan dan masalah sosial yang lain - ke Arah Kelantan Maju Jaya.
Dana yang anda sumbangkan akan diuruskan secara pruden dan telus InsyaAllah.
Kutipan dan ke mana ia dibelanjakan akan dipaparkan di laman web Save Kelantan nanti InsyaAllah.
Kami yakin akan keprihatinan Anak Kelantan dan masyarakat awam terhadap tugas mencabar membetulkan amalan buruk, kelesuan pemerentahan dan nasib Negeri Kelantan di masa depan.
Selain sumbangan dana, semua dialukan memberikan buah fikiran dan berganding bahu bersama menjayakan Save Kelantan.
Sumbangan anda boleh disalurkan melalui :
SV KELANTAN GLOBAL
Akaun Maybank
553010665478.
Saya sangat berterima kasih dan menghargai sumbangan anda walau sekecil mana sekalipun.
Husam Musa
3 Ramadhan 1443
5 April 2022
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/04/dana-save-kelantan.html