Buffet Ramadan Kelantan 2022 Souq Ramadan Perdana Kota Bharu
Perdana Kota Bharu akan menyambut Ramadan Al Mubarak 2022 dengan pilihan masakan Malaysia yang menarik dan juga pelbagai hidangan kegemaran antarabangsa berkonsepkan 'Souq Ramadan'. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa maksud 'Souq' tu kan? Untuk pengetahuan korang 'Souq' tersebut bermaksud pasar atau bazar dalam bahasa Arab
Paling mengujakan saya, hotel patuh syariah yang popular di Kota Bharu ini akan menyajikan kira-kira 150 gabungan masakan Malaysia, Arab, Indonesia dan Thai kepada bakal para tetamu mereka yang akan berbuka di sana pada bulan ramadan ni
Mengenai menu yang bakal disajikan nanti, mereka akan menyediakan menu-menu yang sangat menyelerakan yang akan bergilir selama 6 hari. Dekat sini, tetamu boleh berbuka puasa dengan aneka pilihan kurma, dan pelbagai jenis minuman sejuk yang menyegarkan serta minuman panas.
Pelbagai juadah pembuka selera termasuk Kerabu Perut, Kerabu Ikan, Kerabu Terung, Kerabu Betik Muda dan banyak lagi untuk memulakan majlis buka puasa. Pandai-pandailah korang bajet untuk makan pembuka selera ni sebab banyak lagi hidangan yang menanti korang hehe
Menu istimewa untuk bufet ramadan kali ini ialah Kabsah Ayam dan Kabsah Kambing yang boleh didapati di salah sebuah gerai. Korang pilihlah nak ayam ke kambing, tepuk dada tanya selera. Mereka juga ada bawakan hidangan istimewa yang terkenal dari negeri Pahang, Pais Tempoyak Ikan Patin. Bagi penggemar Kambing Panggang, korang jangan risau kerana menu ni juga ada disediakan setiap hari. Jadi, semua menu iastimewa ni memang korang wajib cuba kalau datang berbuka kat sini. Pastikan jangan termiss
Bagi korang yang rasa tak boleh tinggal makanan bazar ramadan kat luar tu, kat sini pun korang boleh dapat pelbagai jenis makanan yang diorang sediakan di gerai ‘Live Action’ termasuk Char kway teow, Mee Wantan, Ikan Bakar dan Goreng-Goreng. Macam ni feels beli juadah berbuka kat bazar tu tetap ada
Selain dari itu bagi korang yang merindui menu masakan‘Kampung’pula, mereka turut menyajikan ‘Gulai Kawah’ eksklusif seperti Kari Kambing Gearbox, Kari Kepala Ikan, Masak Lemak Daging Salai Mangga Muda dan Gulai Ayam Kampung untuk santapan korang. Teringin nak makan semua ni, korang boleh sedukkan sendiri terus dari kuali ke pinggan makan korang. hehe
Antara menu kegemaran berbuka yang lain yang pastinya kita tak boleh tinggal untuk juadah berbuka adalah Murtabak ayam & Daging, Sotong Kangkung, dan Ayam Bakar Tempayan. Dari dapur Jade pula adalah Fried Chinese Bistik, Ikan Masak 3 Rasa, Fried Prawns with Chili Sauce and Crab with salted egg
Sebelum balik, jangan lupa penutup hidangan pencuci mulut tradisional Melayu seperti Apam Balik, A.B.C, Sagu Gula Melaka, Pengat Keledek, Tapai serta aneka puding dan kek. Memang banyak sangat pilihan pencuci mulut yang diorang sajikan sampai saya sendiri pon tak tahu nak mula dari mana
Korang boleh menyemarakan semangat Ramadan dengan menikmati pelbagai pilihan hidangan menarik bersama keluarga dan rakan-rakan di Souq Ramadan dengan hanya RM95.00 seorang
Kat sini mereka ada menyediakan kemudahan surau beserta imam untuk pengunjung sembahyang tarawikh. Jadi, selepas solat boleh lah sambung makan kan. hehe
Lokasi : Hotel Perdana, Kota Bahru, KelantanTarikh : 4/4 - 2/5/2022Masa : 7.00pm- 10.30pm setiap hari
Harga :Dewasa : RM95 nett seorangKanak-kanak : 7-12 tahun RM47.50, bawah 6 tahun PERCUMA
Tempahan :call 09 7458888 atau whatsapp ke 0199594588
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2022/03/buffet-ramadan-kelantan-2022-souq.html