Bangkitlah Bersama Husam Demi Kelantan


PEMEGANG PUASA

Husam hanya sebatang dian.SETELAH menyepikan diri kira-kira selama dua tahun, Husam Musa bangkit kembali dengan neratif membela rakyat dan negeri Kelantan. Selepas kalah dalam pilihan raya umum ke-14 di dua kerusi, Dun Salor dan parlimen Kota Bharu, bekas Exco Kanan zaman Tokguru Nik Aziz itu seperti mahu berundur daripada dunia politik. 
Kekalahan itu menjadikan beliau tidak ada jawatan rasmi untuk digunakan sebagai saluran bagi meneruskan perjuangannya untuk Kelantan, seperti mana semasa beliau berada dalam Pas sebelum ini. Bekas Naib Presiden Pas itu dipecat dari parti tersebut.Sebagai anak Kelantan memerhati apa yang berlaku di Kelantan, yang menginsafi sukaduka rakyat negerinya, apa lagi beliau seorang yang mempunyai jiwa empati tinggi kepada nasib golongan teraniaya, beliau tidak dapat berlama-lamaan menguzlahkan diri. Mungkin timbul rasa bersalah untuk tidak meneruskan perjuangannya disaat rakyat mendambakannya. 
Sebagai seorang hamba Allah sebagai "khalifah" beliau rasa ralat dengan cara diambilnya itu. Lagipun menjauhkan diri daripada menangani masalah rakyat bukan sifat bertanggungjawab dan gentlemen.
Rasa bersalah. 
Tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan orang yang pernah duduk dalam pentadbiran negeri, menyebabkan beliau lebih rasa bersalah dan serba salah, sebab beliau mengetahui setiap apa yang berlaku. Baik buruk, yang terjadi masih ada dalam mindanya. Setiap kecacatan dan kepincangan dilihat sendiri dan beliau pula ada ilham dan iltizam untuk perbaikinya. Barangkali Husam dihimpit rasa bersalah dengan keadaan itu. 
Mereka yang selama ini menilai bekas Adun Kijang dan Salor itu sebagai pemimpin, mengharap beliau akan muncul dan terus meyumbangkan ideanya kepada pembangunan negeri dan membela rakyat Kelantan, sedikit kecewa apabila beliau mendiamkan diri selama dua tahun. Dalam tempoh itu beliau seperti sudah berada di luar orbit politik negara. Orang yang pesimis dengannya menyebut dia sudah masuk gua? Tambah menyesalkan apabila beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan dalam parti, dan tidak memberi apa-apa komitmen. 
Husam meletak jawatannya dalam parti Amanah Negara sebagai naib presiden yang dilantik, pengerusi PH Kelantan dan juga sebagai Bendahari Pakatan Harapan (PH). Namun jawatan untuk Bendahari PH hasratnya itu tidak diterima. Beliau masih kekal sampai ke hari ini. Pengerusi PH, Anwar Ibrahim bijak dan tahu aset yang ada kepada Husam. 
Sebenarnya sebagai seorang yang sejak awal-awal ada nawaitu dan tanggungjawab untuk membela rakyat negeri, semangat itu tidak mati begitu sahaja. Husam tetap bertujang kepada langkah pertama beliau menyertai politik untuk membela rakyat dan melakukan perubahan. Beliau sudah meletakkan titik jelas dalam hidupnya apabila memilih politik sebagai profesyen. 
Beliau masuk politik bukan untuk dijadikan alat cari makan ataupun sebagai peluang pekerjaan, tetapi untuk berjihad, berkhidmat kepada ummah menerusi Pas. Kenapa dikatakan begitu kerana dengan aset yang dimiliki kalau beliau menyertai politik untuk "habuan" mungkin beliau sudah mencapainya. 
Beliau sendiri juga tentu arif dan faham dengan tugasnya sebagai seorang manusia dan makhluk dijadikan Allah sebagai khalifah atas muka bumi ini. Maka tanggungjawab dan amanah itu beliau tidak boleh abaikan. Amanah Allah sangat penting dan besar. Sebagai mahkluk yang memikul amanah Allah maka kita tidak perlu mudah give-up, dan kecewa dengan apa yang berlaku dan dilakukan terhadap kita. Bahkan itu semua adalah cabaran dan pupuk menyuburkan jiwa kita.  
Jawatan, kuasa dan kedudukan bukan satu-satu alat atau peluang untuk terus berjuang dan berkhidmat.

Menyedari itulah, Husam kini bangkit kembali menerusi perjuangannya disaat usia yang sudah cecah 63 tahun. Beliau membuktikan bahawa jiwa perjuangan dan semangatnya untuk membela rakyat dan negeri tidak pernah mati. Beliau tidak mengaku kalah dengan cabaran dan halangan. Penghinaan bukan senjata memati dan lumpuhkan semangatnya. Maka beliau perlu kebah segera daripada demam kekecewaan dan halangan itu.
Segala kecaman, penganiayaan, persendaan dan sinikal yang dilontarkan kepadanya tidak memadamkan api perjuangannya. Jiwanya tidak mudah cair dengan segala cabaran dan halangan itu. Bahkan itu memberi cabaran dan semangat pula untuk beliau terus bangkit. Ironinya kebangkitan beliau itu mengecewakan mereka yang mengharapkan beliau mati beragam dalam gua. 
Para jargoan.
Husam kini sudah bangkit semula untuk menyiapkan kerjanya yang tertangguh. Kebangkitan tentulah tidak menyenangkan para jargoan yang kini berseronok meratah laba dengan kedudukan dan kuasa yang ada yang didapati daripada kejayaan yang juga ditempa Husam. Kebangkitannya kini seperti telah mengganggu tidur dan menghalang langkah perjalanan ke arah penjarahan harta dan khazanah rakyat lebih luas dan rakus lagi. Tiba-tiba sahaja, keasyikan pihak tertentu yang bermain menggunakan kuasa tanpa sempadan seperti terkesima dengan kemunculan Husam.
Sebelum ini bekas Exco Kanan Kelantan itu telah menyampaikan rasa kebimbangan, ketidak-senangan dan kritikannya terhadap apa-apa kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri itu di dalam Dun Kelantan semasa menjadi Adun Salor. Beliau menggunakan dewan yang mulia itu membangkitkan sesuatu yang tidak disenanginya, pohon diislahkan, tanpa kompromi dan malu alah. Beliau telah menjadikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin yang diamanahkan rakyat menerusi undi untuk menyatakan kebenaran. Sebahagian keburukan kerajaan Islam Pas terdedah gara-garanya. Pendedahan Husam itu mengaibkan sesetengah pihak.

Dengan kedudukan itu beliau membela khazanah negeri dan nasib rakyat. Tetapi kehadirannya di Dun Kelantan seorang diri, menjadikan beliau bagaikan seekor kerbau cacat di tengah kumpulan serigala yang lahab. Beliau dipersenda, diremehkan tanpa ada sedikit pun nilai penghargaan dan persahabaan sebelum ini. Setiap tegurannya dianggap sebagai dendam dan berniat jahat, menjadikan beliau dimusuhi oleh rakan dan sahabat. Dituduh sebagai bodoh sampai ke atas belakang. Usaha murni itu tidak berhasil, hanya segelintir rakyat sahaja yang menerimanya, alhasilnya Husam terperosok.
Kemuncaknya di dalam Dewan sampai beliau dihalau keluar daripada dewan, atas arahan speaker yang sebelum ini hanya "kerengga sengkek" ketika Husam menjadi Exco dan pembantu kanan kepada arwah Tokguru. Beliau dihalau kerana mengungkit dan menimbulkan sesuatu yang mengejikan kerajaan Pas. Demikianlah nasib orang yang dinaungi Tokguru atau dianggap sebagai anak emas Tokguru, tiba-tiba dihina sebegitu rupa. Penghinaan kepada Husam itu adalah penghinaan juga kepada arwah Tokguru. 
Selepas kalah beliau tidak ada kuasa, kedudukan dan saluran lagi untuk terus bercakap. Kerusinya dalam Dun Kelantan telah tiada. Maka suaranya untuk membela rakyat Kelantan, membangkitkan kebobrokan kerajaan Pas terhenti dengan tiba-tiba. Kehilanganya itu menjadikan sang tikus, biawak, mengkarung, kerengga sengkek bergembira, bebas melakukan apa sahaja terlintas di mata. Walaupun dalam DUN ada lapan orang wakil Umno yang diharap boleh dijadikan pengganti Husam, tetapi ia tidak berlaku seperti diharapkan kerana Adun Umno itu juga telah "berbai'ah" tidak jadi" dengan Pas. 
Atas kesedaran dan tanggungjawab itu, kini Husam bangkit kembali. Dia menggunakan kudrat yang ada untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab membela nasib rakyat Kelantan. Beliau telah menamatkan percutian (uzlahnya) selama dua tahun itu dengan meneruskan kerja-kerja asasinya sebagai rakyat Kelantan. Beliau membongkar dan menyebut satu persatu kesilapan dan kebobrokan kerajaan Pas Kelantan sejak lima tahun lepas. Beliau menyebut tentang sesuatu yang nyata di mata tetapi tidak disebut oleh mereka yang mulutnya dipenuhi "pulut gaul nyiur." Naiwatu bukan untuk menjatuhkan kerajaan Pas tetapi berharap ia membetulkan apa yang silap. 

Perehatan selama dua tahun, seperti beliau memberi peluang secara baik kepada kerajaan Kelantan, terutamanya kepada kawan-kawannya yang menguruskan kerajaan berkenaan. Tetapi peluang diberikan itu tampaknya tidak berbekas bahkan mereka (kerajaan Pas), bertindak lebih rakus dan liar lagi. 
Sebalik dengan ketiadaanya di Dun Kelantan menjadikan tikus, biawak, mengkarung makin ganas dan gasan bertindak sehingga sanggup menggadaikan moral dan air muka dan tergamak menyalahgunakan kuasa. Amanat dan ingatan Tokguru tidak dipedulikan. Tafsiran ayat-ayat Quran sebelum ini juga diperbaiki untuk menghalalkan tindakan. Sikap dan perilaku inilah menyebabkan beliau bangkit kembali memainkan tugas dan tanggungjawabnya. 

Buka mulut.
Sejak dua minggu lepas Husam sudah membuka mulutnya di Kelantan, secara bersendirian. Beliau menaiki pentas perjuangannya sendiri tanpa menumpang pentas mana-mana parti politik hatta termasuk partinya sendiri Amanah. Dengan hanya menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Amanah Kota Bharu dan disokong oleh rakan-rakan setia yang mengkagumi kepimpinannya, beliau mula bergerak memberi kesedaran kepada rakyat dan mendedahkan keburukan dan penyelewengan yang berlaku. Apa didedahkan Husam sangat mengejutkan dan perlu segera ditindakkan. 
Apa dilakukan Husam itu dilihat bukan atas niat politik lebih jauh daripada itu selain daripada mahu mengajak rakyat supaya menyedari apa yang berlaku ke atas negeri mereka. Ia bertujuan agar nasib rakyat dan negeri Kelantan selamat. Betapa khazanah negeri Kelantan dijarah dan diratah begitu serakah sekali. Apa yang berlaku itu bagi Husam sesuatu yang sungguh mengecewa dan merugikan negeri Kelantan. Rakyat Kelantan yang rata-rata masih dhaif dan memerlukan bantuan seakan diabadikan. Kerajaan Kelantan mengamalkan perbuatan menyusukan kera di hutan melaparkan anak di buaian. 
Misalnya pendedahan Husam mengenai pemberi hutan simpan kekal (HKS) kepada warga asing untuk projek durian musang king sesuatu yang sangat memilukan hatinya. Ratusan ribu hektar tanah diberikan kepada warga asing untuk tujuan perladangan komersial, dengan nilai yang jauh lebih rendah daripada sepatutnya kalau proses pemberian itu dilakukan secara lebih teratur. Kerana proses itu ada kepentingan politik, menyebabkan Kelantan mengalami kerugian besar. Bukan itu sahaja di samping mendapat tanah, mereka juga mendapat balak.  

Malangnya, anak-anak Kelantan yang memerlukan tanah, yang berselerakan hidup di luar mencari rezeki tidak diberi kesempatan untuk memiliki tanah barang sekaki pun bagi mereka memajukan diri mereka. Bagi Husam polisi atau pendekatan (dasar) itulah satu kepincangan dalam pentadbiran hari ini yang boleh disifatkan sebagai tidak mengutamakan anak-anak Kelantan.
Beliau difahamkan keluasan sebenar hutan simpan kekal (HSK) tebang habis diberikan seluas 240,000 hektar atau kira-kira 593,000 hektar jika mengikut km persegi sebanyak 200,000 km persegi. Keluasan ini adalah tiga kali ganda dengan keluasan negara Singapura yang berkeluasan 72,960 km persegi.  
Pihak kerajaan ada menjelaskan bahawa jumlah HSK kekal masih tidak berkurangan dan masih kekal dengan jumlah yang dibenarkan. Menurut MB Ahmad Yakob semasa bercakap di Dewan Undangan Negeri keluasan HSK Kelantan 629,880.95 hektar bersama dengan 42% dari keluasan tanah negeri Kelantan yang menjadi penyumbang terbesar keluasan hutan dan kelestarian negara. Benarkah dakwaan Ahmad Yakob itu? Dakwaan itu dipertikaikan Husam kerana fakta diberikan itu sebagai wayang sahaja kerana angka itu wujud di atas kertas, tetapi di atas tanah (sebenarnya) sudah bertukar status.
Kebetulan saya mengikut dua siri pendedahan Husam secara live berhubung dengan penjarahan hutan simpan kekal itu. Turutan itu pihak kerajaan ada menjawab dan menjelaskan dakwaan Husam itu, tetapi ia tidak menyakinkan dan ada sudut-sudut mengelirukan dan boleh dipertikaikan. 
Ada sesuatu yang tidak diberikan penjelasan dan cuba memberi gambaran tindakan Husam itu sebagai khianat. Sepatutnya setiap apa didedah Husam itu dijawab dengan menyertakan fakta dan angka-angkanya sekali bukannya menyalahkan Husam secara samborono. Misalnya pelan kompartment kawasan HSK yang terbabit itu perlu disertakan untuk rujukan rakyat. Kalau penafian kerajaan benar kenapa takut untuk mendedahkan pelan kompartment itu? 
Apa yang ingin saya menarik perhatian di sini, walaupun kerja Husam itu bertujuan baik untuk membela rakyat dan menyelamatkan bumi negeri Kelantan, ia tidak mudah mencapai maksudnya. Kerja dan usaha untuk menyelamatkan khazanah Kelantan tidak terpikul dibahu seorang atau satu institusi sahaja. Semua pihak perlu sepakat bangkit bergerak bersama Husam. Bagi saya apa dilakukan Husam hanya sebagai pencetus ke arah tindakan lebih besar. Beliau hanya menjadi dian untuk memberi cahaya bagi rakyat Kelantan agar nampak apa yang diselindungkan dari mata mereka secara tektikal selama sahaja. 

Usaha Husam perlu disokong, harus ada banyak lagi dian untuk menghimpun cahaya lebih besar menjadi kandi bagi menampak apa yang terselindung itu dengan jelas. Pihak yang perlu bergerak sederap dengan Husam, adalah seluruh rakyat Kelantan dimana jua mereka berada. Bagi mereka yang skeptikal dengan pentadbiran Kerajaan hari ini harus berganding bahu. Kalau mereka bimbang takut diambil tindakan untuk bersepadu secara fizikal mungkin boleh serta menerusi maya

Begitu juga dengan institusi awam, badan politik, Ngo perlu berganding bahu. Perselisihan dan rasa iri hati sesama sendiri hendak dibuangkan, utamakan kepentingan rakyat dan negeri bukan kepentingan diri sendiri. Dan bagi menjamin usaha ini sukses dan berkesan jika ia perlu campur tangan daripada pihak Istana sekalipun, perlu demi menyelamatkan Kelantan dan memakmurkannya.
Kita yakin niat dan tujuan Husam bukan bermotifkan politik.Bagi saya beliau sendiri sudah tidak lagi berharap untuk menjadi pemimpin di Kelantan, (MB) misalnya. Tetapi apa didedahkan itu atas tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah Allah terhadapnya sebagai rakyat 03. Sebagai seorang yang beriman kepada kitab Allah beliau dan sesiapa sahaja tidak akan sanggup membiarkan kemungkaran bermaharaja lela di hadapan mata.
Kita sebagai manusia perlu mencegah dan menegur apa jua kemungkaran, tanpa mengira siapa yang melakukannya, kerana tindakan dan peranan itu melambangkan kita beriman. Selemah-lemah iman ialah dengan membencinya( kemungkaran itu) dalam hati, dan sekuat-kuat iman gunakan tangan telunjuk anda. Husam telah memulakan, bila lagi untuk kita menjual berani. Negeri Kelantan adalah tanggungjawab kita. [wm.kl.02/04/2021 5:40 pm] * Salam menyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua penjengok blog ini, semoga amal ibadah kita diredha Allah. Wassalam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/04/bangkitlah-bersama-husam-demi-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Husam Musa Demi Kelantan Apa Terjadi Pada Negeri Mu

Husam Musa Demi Kelantan Apa Terjadi Pada Negeri Mu

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 167 hits
01 04 2022 Rumah Abang Soh Lundang Kota Bharu Kelantan Anjuran Amanah Kota Bharu Isu Isu yang akan dikupas termasuklah isu Ladang Hutan pemberian Tanah kepada syarikat Individu sama berpuluh ribu ekar isu Ladang Musang King isu Tanah Rakyat...
Husam Musa Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main Silap Mata

Husam Musa Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main Silap Mata

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 177 hits
Saya baru bertatih menulis mengenai pembalakan di Kelantan Selepas lama juga beri masa lega pada yang nak gomol khazanah Kelantan Cepat cepat lah anak buah yang kurang tahu cerita up kan grafik tunjuk kawasan Hutan Simpan Kelantan bertambah...
Husam Cadangkan Bei Belia Kelantan 5 Ekar Soqang

Husam Cadangkan Bei Belia Kelantan 5 Ekar Soqang

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 154 hits
Husam Musa cadangan bagi tanah 5 ekar seorang kepada 700 belia Kelantan untuk tanam Musang King Daripada bagi 7 500 ekar kepada SEBUAH SYARIKAT sahaja Artikel berkaitan Projek Musang King di Kelantan
Air Percuma Bagi Bil Bawah Rm30 Di Kelantan Sepanjang Ramadan

Air Percuma Bagi Bil Bawah Rm30 Di Kelantan Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 202 hits
Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri berharap pemberian air percuma itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat yang akan menyambut Ramadan mulai 3 April ini PETALING JAYA Pengguna Air Kelantan Sdn Bhd tidak pe...
19 500ha Of Forest Reserve Area Approved For Forestry Activities Kelantan Assembly Told

19 500ha Of Forest Reserve Area Approved For Forestry Activities Kelantan Assembly Told

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 174 hits
A total of 19 500ha of Permanent Forest Reserve area in Kelantan have been approved for forest exploration activities under the 12th Malaysia Plan the state assembly was told today Menteri Besar Ahmad Yakob said felling of the trees in the ...
Liputan Berita Kelantan Batal Kontrak Tender Semula Projek Ladang Hutan 12 000 Hektar

Liputan Berita Kelantan Batal Kontrak Tender Semula Projek Ladang Hutan 12 000 Hektar

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 166 hits
HUSAM MUSA Liputan Berita Kelantan batal kontrak tender semula projek ladang hutan 12 000 hektarKerajaan Kelantan bertindak membatalkan kontrak ladang hutan melibatkan kawasan seluas 12 000 hektar berikutan terdapat syarikat yang menandatan...
Buffet Ramadan Kelantan 2022 Souq Ramadan Perdana Kota Bharu

Buffet Ramadan Kelantan 2022 Souq Ramadan Perdana Kota Bharu

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 282 hits
Perdana Kota Bharu akan menyambut Ramadan Al Mubarak 2022 dengan pilihan masakan Malaysia yang menarik dan juga pelbagai hidangan kegemaran antarabangsa berkonsepkan Souq Ramadan Mesti ramai yang tertanya tanya apa maksud Souq tu kan Untuk ...
Penyelewengan Dalam Agensi Pentadbiran Negeri Kelantan Bukan Sengaja Diada Adakan

Penyelewengan Dalam Agensi Pentadbiran Negeri Kelantan Bukan Sengaja Diada Adakan

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 138 hits
MOHD SAYUTI OMARCerita mengenai kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam agensi pentadbiran negeri Kelantan bukan sesuatu yang sengaja diada adakan untuk memburuk burukkan kerajaan diperintah oleh parti agama itu Ia sesuatu yang benar...
Sarapan Pagi Di Pok Nasir Ikan Dan Ayam Bakar Di Machang Kelantan

Sarapan Pagi Di Pok Nasir Ikan Dan Ayam Bakar Di Machang Kelantan

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 485 hits
Sarapan Pagi Di Pok Nasir Ikan Dan Ayam Bakar di Machang Kelantan Plan asal nak sarapan pagi dekat kedai lain tapi malangnya kedai tuh tutup jadi kitorang decided untuk makan dekat Pok Nasir Ikan Dan Ayam Bakar di Machang Kalau korang nak t...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Kemenangan Mahkamah Dan Kejayaan Perubatan Qualcomm Lilly Menyumbang Kepada Sesi Positif Ketiga Wall Street

Singgah Muar Pekena Mee Bandung Dan Sate