Dana Raya Hanyalah Pelengkap Kebajikan Rakyat Exco


(SIRI 1)
Kerajaan Negeri bercita-cita dan sentiasa berusaha untuk memenuhi segala kehendak dan keperluan rakyat dengan cara terbaik. Kerajaan Negeri juga menjadikan fekah Islam dan siasah syar’iyyah sebagai asas dalam mengurus kewangan negeri. Fekah Islam dan siasah syar’iyyah tidak boleh dipisahkan daripada fekah realiti dan prioriti (aulawiyat).
Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk melakukan islah atau penambahbaikian dalam perbelanjaan kewangan dan pengagihan supaya bertepatan dengan maslahah rakyat.
Oleh itu, objektif pengagihan Dana Raya mesti dinilai dan diteliti supaya ia tidak hanya bertujuan untuk menghulurkan duit bagi menjinak hati rakyat supaya melupai pembaziran dan pemborosan wang rakyat dalam projek-projek mega yang menyempitkan kewangan negeri.
Ianya bukan satu tindakan yang popular, kerana Kerajaan Negeri sekarang tidak berhasrat menjadikan Dana Raya sebagai gula-gula politik.
Sepatutnya, objektif Dana Raya bertujuan untuk melengkapkan sumbangan kebajikan kepada golongan tertentu untuk menyambut Aidilfitri.
Golongan miskin ini telah menerima sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan agensi-agensi lain. Dana Raya hanya penyeri untuk menyambut hari lebaran sahaja kepada golongan ini.
Sudah tentu, pengagihan ‘one off’ tidak dapat menyelesaikan kemiskinan. Ia hanya teori beri ‘ikan’ untuk makan sehari dan terus akan terus menadah pada besoknya.
Rakyat tidak akan lupa keutamaan program kebajikan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri yang memberi rasa keselesaan serta ketenangan yang berpanjangan seperti pengecualian cukai pintu rumah kediaman.
Semua rakyat merasainya dengan penjimatan duit mereka sekitar RM80 – RM200 setahun untuk membayar cukai pintu rumah kediaman. Mereka selamat daripada arahan DISITA.
Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kehilangan hasil sebanyak RM15 juta setahun tapi sebanyak 139,693 keluarga merasai kebajikan dan keselesaan ini.
Dahulu rakyat bergembira sementara kerana Dana Raya untuk beli baju, tetapi runsing pula untuk membayar cukai pintu dan terdedah untuk DISITA. Dahulu Cukai Pintu Rumah Kediaman, rakyat kena bayar!
Anak muda pasti gembira dengan usaha Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM250 – RM300 untuk lesen motosikal. Ia memberi manfaat dan kebajikan kepada 25 ribu anak muda rakyat Terengganu.
Kerajaaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM7 juta setahun untuk menyalurkan kemudahan ini. Kini anak muda dapat memiliki lesen motosikal untuk kemudahan bertahun-tahun untuk terus berdikari, bebas ke sana ke mari mencari nafkah hidup.
Dulu tiada LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA! Ini bermaksud Kerajaan Negeri Terengganu mahu memberi pancing kepada rakyat untuk mereka berusaha sendiri mencari rezeki mereka disamping bantuan-bantuan yang perlu dan bersasaran kepada mereka yang layak sahaja.
Bukan untuk memburukkan kerajaan dahulu dan bukan hendak meninggikan Kerajaan Negeri sekarang tapi itulah realiti yang perlu difikir bersama. Adakah inisiatif dan usaha ini boleh dilaksanakan, jika Kerajaan BN memerintah Terengganu dan PH memerintah Malaysia? Kita tunggu PRU 15 untuk membina Kerajaan Malaysia atas permuafakatan PAS dan UMNO yang mampu untuk melakukan yang lebih baik. InsyaAllah!
BERSAMBUNG, INSYAALLAH!
YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan.
15 Mei 2019 / 10 Ramadan 1440H


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/dana-raya-hanyalah-pelengkap-kebajikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Longgarkan Syarat Dana Raya Untuk Rakyat Terengganu Ahmad Said

Longgarkan Syarat Dana Raya Untuk Rakyat Terengganu Ahmad Said

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 447 hits
KUALA TERENGGANU Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said memohon supaya kerajaan negeri meringankan syarat permohonan Dana Raya 2019 dengan mempertimbangkan pendapatan isi rumah daripada minimum RM1 100 kepada RM2 000 atau RM2 ...
Mpkk Perlu Telus Agih Dana Raya

Mpkk Perlu Telus Agih Dana Raya

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 272 hits
SETIU Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dinasihatkan agar bersikap telus dan berlapang dada dalam mengagihkan borang permohonan Dana Raya kepada penerima yang betul betul layak Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani Dan Pemban...
Terengganu Peruntuk Hanya Rm16 Juta Sahaja Untuk Dana Raya Tahun Ini

Terengganu Peruntuk Hanya Rm16 Juta Sahaja Untuk Dana Raya Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 362 hits
KEMAMAN Kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan dana raya sejumlah RM16 juta sahaja untuk tahun ini berbanding RM88 7 juta tahun lalu Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat ...
1mdb Ecrl Jana Dana Pilihan Raya Ke 14

1mdb Ecrl Jana Dana Pilihan Raya Ke 14

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 418 hits
1MDB ECRL jana dana pilihan raya ke 14Posted By on May 02 20191MDB dan projek Laluan Rel Pantai Timur digunakan oleh pentadbiran lama untuk mendanai dua kempen pilihan raya umum sebelum ini dakwa penasihat kanan Institut Kajian Khazanah Jom...
Kerajaan Kebajikan Muammar Gaddafi Rakyat Tetap Membencimu

Kerajaan Kebajikan Muammar Gaddafi Rakyat Tetap Membencimu

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 326 hits
MUAMMAR GADDAFI SUPREME LEADER DI LIBYASebelum ini kita telah membaca kisah hari ini jom kita baca pula kisah kejatuhan Muammar Gaddafi seorang Supreme Leader di Libya Gambar di bawah menunjukkan Almarhum Muammar Gaddafi mengimamkan solat j...
Terengganu Belum Tetapkan Jumlah Bonus Dana Raya Akibat Kekangan Kewangan

Terengganu Belum Tetapkan Jumlah Bonus Dana Raya Akibat Kekangan Kewangan

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 375 hits
KUALA TERENGGANU Lebih 12 700 penjawat awam di Terengganu akan menerima bonus sempena Aidilfitri namun jumlahnya masih belum ditetapkan Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata selain itu kerajaan negeri juga perlu melakukan agihan da...
Zahid Dan Bossku Iftar Jamaie Bersama Rakyat Melaka

Zahid Dan Bossku Iftar Jamaie Bersama Rakyat Melaka

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 362 hits
TANGGA BATU 21 Mei Majlis berbuka puasa Iftar Jamaie Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama pelajar tahfiz dan rakyat malam ini berlangsung dengan penuh bermakna bagi ...
Implementasi Perdasus Dbh Migas Untuk Kesejahteraan Rakyat Papua

Implementasi Perdasus Dbh Migas Untuk Kesejahteraan Rakyat Papua

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 232 hits
Kebijakan ini sangat ditunggu karena dapat memberikan kepastian mengenai distribusi penerimaan Dana Bagi Hasil Migas sampai ke level kabupaten kota
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet