Terengganu Belum Tetapkan Jumlah Bonus Dana Raya Akibat Kekangan Kewangan


KUALA TERENGGANU: Lebih 12,700 penjawat awam di Terengganu akan menerima bonus sempena Aidilfitri, namun jumlahnya masih belum ditetapkan.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata selain itu kerajaan negeri juga perlu melakukan agihan dana raya yang lebih berfokus dengan menyasarkan golongan miskin dan sangat memerlukan berikutan kekangan kewangan.
Beliau berkata, kekangan kewangan menyebabkan kerajaan negeri terpaksa mempertimbangkan banyak perkara sebelum memutuskan jumlah bonus penjawat awam dan dana raya untuk rakyat yang akan diberikan.
Katanya, untuk tahun ini, kerajaan negeri sepatutnya menerima wang hasil RM400 juta, namun wang yang merangkumi bayaran hutang oleh Kerajaan Persekutuan itu belum diperoleh, selain penolakan hutang kerajaan negeri oleh Kerajaan Persekutuan.
“Isu kekangan kewangan ini antaranya apabila sehingga hari ini kita masih belum menerima bayaran hutang wang royalti RM220 juta untuk 2019 yang sepatutnya diterima pada Januari setiap tahun daripada Kerajaan Persekutuan.
“Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga membuat pemotongan hutang kerajaan negeri secara drastik sebanyak 25 peratus daripada Wang Tunai Petroleum yang menyebabkan negeri kehilangan RM186 juta.
“Malah, terimaan kita pada Januari yang sebahagian kecil daripada yang sepatutnya diterima pada tahun lalu juga dipotong sebanyak 25 peratus oleh Kerajaan Persekutuan.

“Jadi mengambil kira keadaan kewangan semasa dan ditambah dengan bayaran berjadual serta bayaran tertunggak yang merupakan komitmen kerajaan negeri daripada projek dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, maka pertimbangan harus dibuat untuk kita lakukan pelarasan semula daripada segi agihan bonus penjawat awam dan dana raya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Tahun lalu penjawat awam Terengganu menerima bonus raya berjumlah RM500, manakala 276,541 pemohon menerima manfaat dana raya membabitkan peruntukan RM69.13 juta.
Bantuan tahunan kerajaan negeri itu diagihkan mengikut kategori iaitu RM44.3 juta kepada 177,097 golongan berpendapatan rendah; RM9.7 juta untuk 38,744 warga emas; RM10.7 juta kepada 42,800 ibu atau bapa tunggal dan RM4.5 juta untuk 17,900 orang kelainan upaya.
Isu agihan dana raya yang lebih berfokus iaitu kelayakan pemohon berpendapatan isi rumah minimum RM1,100 dengan jumlah penerima yang berkurangan mengundang kritikan penduduk negeri ini yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri.
Ketika pentadbiran kerajaan BN, isi rumah berpendapatan RM2,500 pada 2015 layak memohon dana raya, sebelum had kelayakan dinaikkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah bermula 2016.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri juga sudah membuat rayuan kepada Kerajaan Persekutuan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemotongan hutang kerajaan negeri dikurangkan daripada 25 peratus kepada tujuh peratus daripada Wang Tunai Petroleum.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/terengganu-belum-tetapkan-jumlah-bonus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terengganu Peruntuk Hanya Rm16 Juta Sahaja Untuk Dana Raya Tahun Ini

Terengganu Peruntuk Hanya Rm16 Juta Sahaja Untuk Dana Raya Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 296 hits
KEMAMAN Kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan dana raya sejumlah RM16 juta sahaja untuk tahun ini berbanding RM88 7 juta tahun lalu Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat ...
Longgarkan Syarat Dana Raya Untuk Rakyat Terengganu Ahmad Said

Longgarkan Syarat Dana Raya Untuk Rakyat Terengganu Ahmad Said

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 401 hits
KUALA TERENGGANU Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said memohon supaya kerajaan negeri meringankan syarat permohonan Dana Raya 2019 dengan mempertimbangkan pendapatan isi rumah daripada minimum RM1 100 kepada RM2 000 atau RM2 ...
1mdb Ecrl Jana Dana Pilihan Raya Ke 14

1mdb Ecrl Jana Dana Pilihan Raya Ke 14

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 365 hits
1MDB ECRL jana dana pilihan raya ke 14Posted By on May 02 20191MDB dan projek Laluan Rel Pantai Timur digunakan oleh pentadbiran lama untuk mendanai dua kempen pilihan raya umum sebelum ini dakwa penasihat kanan Institut Kajian Khazanah Jom...
Raya Bonus Of Rm450 Each For Civil Servants

Raya Bonus Of Rm450 Each For Civil Servants

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 212 hits
The special aid will not only benefit civil servants but also 800 000 retirees who will each get RM225 PETALING JAYA The Prime Minister s Office has announced a Hari Raya Aidilfitri bonus of RM450 each to almost 1 5 million civil servants I...
Kerajaan Umum Bonus Kakitangan Awam Sempena Raya Dijangka Sebanyak Rm1 000

Kerajaan Umum Bonus Kakitangan Awam Sempena Raya Dijangka Sebanyak Rm1 000

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 540 hits
Akhirnya penjawat awam boleh tersenyum lebar selepas mendengar jawapan Perdana Menteri apabila ditanya berkenaan bonus kepada kakitangan awam dalam satu sidang media bersempena Majlis Sambutan Hari Guru 2019 Peringkat Kebangsaan Tun Dr Maha...
Bonus Raya Penjawat Awam Diumumkan Bukan Rm1 000 Seperti Yang Diharapkan

Bonus Raya Penjawat Awam Diumumkan Bukan Rm1 000 Seperti Yang Diharapkan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 734 hits
Sebelum ini CUEPACS ada memohon sebanyak RM1 000 untuk Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam manaka RM500 untuk pejawat awam yang sudah pencen BACA Namun harapan itu semua musnah apabila kerajaan hari...
Kerajaan Negeri Pahang Umum Bonus Raya Sebanyak Rm600

Kerajaan Negeri Pahang Umum Bonus Raya Sebanyak Rm600

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 484 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang hari ini mengumumkan pemberian bonus raya sebanyak RM600 kepada penjawat awam negeri Gred 54 dan ke bawah Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Pejabat Kewangan Negeri kini sedang memproses pem...
Bonus Raya Sebanyak Rm1 000 Hanya Untuk Kakitangan Kerajaan Negeri Melaka Sahaja

Bonus Raya Sebanyak Rm1 000 Hanya Untuk Kakitangan Kerajaan Negeri Melaka Sahaja

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 440 hits
Nampaknya Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM1 000 kepada kakitangan kerajaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang tidak lama lagi BACA Ketua Menteri Adly Zahari memberitahu kepada pemberian bonus itu me...
Bonus Penjawat Awam Terengganu Diumum Hari Ini

Bonus Penjawat Awam Terengganu Diumum Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 397 hits
KERAJAAN negeri belum membuat keputusan mengenai bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam di Terengganu tetapi kertas cadangan permohonan akan dimasukkan dalam agenda Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini Setiausaha Kerajaan negeri ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly