Damailah Suamiku Ramai Doakan Awak Perginya Wira Negara Ayah 4 Anak
Seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia, kelmarin.
Berita sedih itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB), semalam.
Menerusi hantaran itu, SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya.
“Arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.
“Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.
“Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” katanya.
Gambar kenangan Hari Raya arwah Dr Ali sekeluarga
Menurutnya, SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.
“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” katanya.
Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.
“Suami saya telah kembali menemui pencipta-Nya”
Sementara itu, isteri arwah Dr Ali turut berkongsi berita pemergian suaminya kepada kenalan arwah.
Arwah meninggalkan empat anak yang masih kecil
Assalamualaikum..suami sy Dr Ali Noor Hassan telah kembali menemui pencipta sekejap tadi. Jenazah Akan diuruskan Di masjid Bandar tun Hussein Onn jam 10pagi. Dan Akan dikebumikan Di suakekal tanah perkuburan Bandar tun Hussein Onn. Jika Ada hutang beliau yg belum dituntut Mohon pm saya (isterinya).
Sebelum mendapat perkhabaran sedih ini, isteri arwah turut memuat naik satu posting di FB Dr Ali dengan memohon orang ramai mendoakan kesembuhan arwah yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal.
Assalamualaikum..Saya isteri Dr Ali. Saya memohon doa kalian hatta sebesar hama utk doakan kesembuhan buat Ali Noor Hassan bt. Halimah kerana beliau sangat kritikal Di HKL.
Moga amanah yang ditinggalkan arwah ini akan menjadi anak soleh dan soleha
Meninggal kerana acute respiratory distress
Ramainya yang doakan arwah suami Dr Ali Noor Hassan. Beribu ribu orang share dan doakan dia. Alhamdulillah.
Cuma maklumat kurang tepat sebab kematian. Dia meninggal di HKL kerana acute respiratory distress bukan sebab Covid/kepenatan bertugas melawan Covid.
Memang dia banyak terlibat dengan aktiviti jemaah tabligh. Periksa pesakit percuma semasa ijtimak tabligh.
Tak berkira kerja, setiap hari bersedekah
Tidak berkira kerja dengan kawan-kawan, dan dia antara yang suka ziarah sahabat/saudara sakit. Ramai yang mesej, Dr Ali antara orang yang pertama melawat apabila kawan-kawan tak sihat.
Beliau jugak banyak bersedekah. Setiap hari walau sedikit. Semasa ibunya masih ada, banyak memuliakan dan berbakti kepada ibu. Setiap kali beli lauk untuk family mesti akan belikan lauk yang sama untuk arwah emak dia semasa hidup. Mak nak ke klinik atau rawatan memang dia akan usahakan cuti untuk berkhidmat kepada mak dia.
Sehingga mak dia di diagnose lung cancer pada August 2018 sanggup ambil cuti separuh gaji untuk jaga emak dia. Sehingga ke akhir hayat mak dia di IKN, dia antara yang ajarkan mak kalimah syahadah.
Damaila disana wahai suamiku.
Difahamkan, arwah Dr Ali meninggalkan empat anak yang masih kecil. Moga isteri arwah tabah dan diberi kekuatan untuk membesarkan amanah yang ditinggalkan dengan sebaik-baiknya.
Al-Fatihah untuk Dr Ali Noor Hassan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat ganjaran yang terbaik di sisi Allah.
Kredit: Metro ; Dr Ali Noor Hassan & Asilah Alqarny
ARTIKEL MENARIK [“Tuhan Jagakan Dia Untukku. Lihat Kamu Berdua Membesar, Ingatkan Abiy Pada Ibu”]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Pandai Fahri Kenal Baba Dia, Dayah Bakar & Suami Akhirnya Kembali Bersama, Fahri Dah Jumpa Baba!]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Damailah Suamiku, Ramai Doakan Awak.” Perginya Wira Negara & Ayah 4 Anak appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/damailah-suamiku-ramai-doakan-awak-perginya-wira-negara-ayah-4-anak/