Damai Tolong Jawab Pakat Pakat Menang Baru Ni






 Kenapa Madani begitu terdesak sehingga sanggup lakukan perkara berikut serentak?


1. Naikkan tarif elektrik pada 1 Julai 2025


2. Naikkan caj pelabuhan sehingga 30% bermula 1 Julai 2025


3. Luaskan skop cukai jualan sehingga meliputi 97% barangan, dan cukai perkhidmatan ke sektor pendidikan, kesihatan, kecantikan, kewangan, sewaan dan industri - sampai buah-buahan, garam, gula mentah dan air laut turut dicukai; bermula 1 Julai 2025


4. Kekalkan dividen Petronas pada RM32 bilion seperti tahun lepas, walaupun keuntungan Petronas jatuh 32% hingga terpaksa buang lebih 5,000 pekerja serta membekukan kenaikan pangkat dan pengambilan pekerja baharu hingga Disember 2026


5. Rancang naikkan harga RON95 pada separuh dua 2025?


Jawapannya mudah: kerajaan Madani telah gagal mengurus ekonomi dan hutang negara dengan baik.


Ini buktinya:


1. Hasil, perbelanjaan dan defisit Jan–April 2022 hingga 2025


Hasil kerajaan (revenue):
2022: RM82.0 bilion (tiga bulan masih dalam PKP, ekonomi dibuka semula pada 1 April)
2023: RM98.6 bilion
2024: RM93.2 bilion
2025: RM97.1 bilion


Hasil pada 2024 dan 2025 masih lebih rendah berbanding 2023, walaupun pelbagai cukai dinaikkan, diperluas dan diperkenalkan. Ini menunjukkan ekonomi Malaysia tidak berkembang cukup pesat untuk meningkatkan kutipan cukai.


Perbelanjaan kerajaan:
2022: RM116.5 bilion
2023: RM122.8 bilion
2024: RM133.2 bilion
2025: RM127.8 bilion


Perbelanjaan pada 2024 dan 2025 jauh lebih tinggi, meskipun banyak subsidi (tepung, diesel, air, Indah Water, elektrik, ayam, telur) dipotong dan hasil tidak meningkat seiring.


Defisit (overall balance):
2022: -RM34.4 bilion
2023: -RM24.1 bilion
2024: -RM40.0 bilion
2025: -RM30.7 bilion


Defisit pada 2024 dan 2025 lebih buruk daripada 2023. Malah defisit 2024 hanya dapat dikurangkan kerana bantuan luar biasa seperti:
- Dividen KWAP RM5 bilion (berbanding unjuran RM3 bilion)
- Dividen BNM RM5.25 bilion (unjuran asal RM2 bilion)
- RM2 bilion hasil pindaan Akta Wang Tidak Dituntut
- RM2 bilion pembayaran awal penjualan Bandar Malaysia kepada Petronas


Selain daripada baki bayaran RM4 bilion lagi dari Petronas untuk Bandar Malaysia, kebanyakan sumber pendapatan luar biasa ini tidak akan berulang tahun ini, memandangkan ringgit lebih stabil dan pasaran saham Malaysia lemah.


2. Hutang dan nisbah hutang kerajaan


Setakat 16 Jun 2025, kerajaan telah meminjam bersih RM64.28 bilion bagi tahun ini - bersamaan 79.4% daripada had pinjaman RM81 bilion seperti dalam bajet 2025, walaupun hanya 45.8% tahun telah berlalu.


Ini bermaksud kerajaan kini sangat terdesak sama ada untuk memotong belanja (mustahil, kerana Madani sangat boros - bajet Madani adalah yang terbesar dalam sejarah tiga tahun berturut-turut) atau memerah lebih banyak cukai daripada Rakyat secepat mungkin sebab hanya tinggal RM16.7 bilion ruang pinjaman untuk baki tahun ini.


Disebabkan kegagalan meningkatkan hasil dan kenaikan berterusan dalam perbelanjaan, hutang langsung kerajaan telah meningkat RM234.2 bilion - daripada RM1.071 trilion pada akhir November 2022 kepada RM1.305 trilion setakat esok. Semua ini berlaku dalam tempoh hanya 30 bulan Madani.


Nisbah hutang kepada KDNK juga melonjak daripada 60.3% ke 65.5% pada akhir suku pertama 2025, satu petunjuk jelas kegagalan pengurusan fiskal.


Kenaikan nisbah ini menunjukkan hutang meningkat lebih laju daripada pertumbuhan ekonomi. 


Sepatutnya, jika KDNK (saiz ekonomi) berkembang dengan sihat, nisbah ini akan menurun — bukan meningkat mendadak.


3. Kos khidmat hutang kerajaan (faedah hutang sahaja)
2022: RM41.3 bilion
2023: RM46.1 bilion
2024: RM49.8 bilion
2025: RM54.7 bilion


Dengan pinjaman tambahan RM81 bilion lagi pada 2025, kos faedah untuk tahun 2026 diunjur mencecah RM63 bilion.


Ini bermakna dalam tempoh tiga tahun sahaja, kerajaan perlu menanggung tambahan RM21.7 bilion setiap tahun hanya untuk membayar faedah hutang - bukan bayaran pokok pun.


Bandingkan kenaikan RM21.7 bilion ini dengan keseluruhan kos faedah hanya RM28 bilion pada tahun 2017 semasa zaman Najib.


Inilah sebabnya, demi mengekalkan sasaran bajet, memperlahankan kenaikan hutang dan mencari dana untuk menampung kos faedah yang semakin mencanak, kerajaan Madani akan terus perah rakyat melalui pelbagai cara untuk tutup kegagalan tiga tahun Madani ini.


Sebab hang tak reti jaga negara maka semua Rakyat yang tanggung.


---
Saya minta semua yang baca posting ini boleh tekan like dan kongsi supaya lebih ramai daripada 91,000 followers di page lama Lim Sian See (LSS) saya yang telah digantung oleh FB sejak 5 hari lepas akan tahu tentang kewujudan page baru ini.


cc Eric See-To - Lim Sian See






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/damai-tolong-jawab-pakat-pakat-menang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Game Baru Je Nak Bermula

Game Baru Je Nak Bermula

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 118 hits
Orang paling berbahaya dalam dunia teknologi sekarang bukan Elon Musk bukan juga Sam Altman tapi seorang anak muda berumur 28 tahun Ya dia bukan selebriti Tapi dia orang yang bina sistem latihan yang menjadikan OpenAI makin bijak dan berkem...
Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 177 hits
Sebuah pusat ko mersial moden berskala besar Jerantut Square yang kini sedang dalam pembinaan di kawasan seluas 8 9 hektar bermula Mac lalu dijangka menjadi nadi baharu ekonomi dan sosial daerah ini apabila siap sepenuhnya menjelang suku ke...
Baru Swtahun Jagong Kena Berubah

Baru Swtahun Jagong Kena Berubah

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 121 hits
KeADILan Kena BERUBAH kalau tidak REBAH postviral KekalBerprinsip RR RafiziRamli positivevibes postoftheday
Umur 15 Tahun Baru Tahu Kena Baca Al Fatihah Setiap Rakaat Solat Dahlia Rizal Luah Rasa Sedih Netizen Turut Tersentuh

Umur 15 Tahun Baru Tahu Kena Baca Al Fatihah Setiap Rakaat Solat Dahlia Rizal Luah Rasa Sedih Netizen Turut Tersentuh

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 120 hits
Personaliti media sosial Dahlia Rizal mendedahkan bahawa dia hanya menyedari kewajipan membaca surah Al Fatihah dalam setiap rakaat solat ketika berusia 15 tahun Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal berkongsi kisah itu menerus...
Cabaran Pastri Anchor 2025 Memilih Bakat Baru Pastri Malaysia

Cabaran Pastri Anchor 2025 Memilih Bakat Baru Pastri Malaysia

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 174 hits
Hi Korang Cabaran Pastri Anchor 2025 anjuran Anchor Food Professionals Malaysia Brunei meraikan cef pastri muda yang paling berbakat di Malaysia dengan menawarkan platform untuk mempamerkan kreativiti dan penguasaan teknikal mereka Pertandi...
Baru Bersalin 3 Hari Tapi Sudah Hadir Majlis Tindakan Isteri Thariq Halilintar Undang Kecaman Netizen

Baru Bersalin 3 Hari Tapi Sudah Hadir Majlis Tindakan Isteri Thariq Halilintar Undang Kecaman Netizen

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 118 hits
Baru tiga hari lepas bersalin dah pergi majlis kahwin Bukan ke sepatutnya berpantang Inilah persoalan yang sedang hangat dibincangkan netizen selepas tular video isteri selebriti Indonesia Thariq Halilintar iaitu Aaliyah Massaid hadir ke ma...
Shah Alam Banjir Lagi Hujan Baru 4 Jam Sudah Naik Air Paras Lutut

Shah Alam Banjir Lagi Hujan Baru 4 Jam Sudah Naik Air Paras Lutut

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 152 hits
MOHD FAHMI ISMAILTangkap layar kejadian banjir kilat di sekitar Plaza Tol Kemuning Shah Alam hari ini PETALING JAYA Hujan lebat sekitar pukul 4 pagi tadi mengakibatkan banjir kilat di Seksyen 32 Bukit Kemuning Shah Alam apabila paras air na...
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Teoh Beng Hock A Tragedy That Pushed Malaysia Toward Legal Reform

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

Pekerja Kilang Anggota Tentera Maut Kemalangan Berasingan Di Melaka Malam Tadi

Cara Buat Bebola Ayam Homemade Yang Sedap Simple Mudah

Moving House Where My Bank Account Goes To Die

Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sup Sayur Campur Daging Dan Kes Jenayah Di London

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

Tidak Dapat Akses Misteri Di Sebalik Halangan Digital

Myolie Wu 45 Jadi Ibu Kepada Pelakon Cina Berusia 38 Tahun Dalam Drama Terbaru

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik