Adik first time nak pergi pantaiUntuk percutian bulan 12 tahun 2020 ni kita nak pergi cari pantai. Memandangkan anak sulung ni (dan bapaknya sekali hehe) excited sangat nak main pasir kita layankan je sambil mencipta kenangan manis untuk dikenang dan ditatap.
Mana ada budak tak suka main pantai begitu juga orang besar 😁

Main timbus pasir
Alhmdulillah masa datang mula2 je hujan lepas tu cuaca baik
Muka ada senyummmmLokasi Damai Beach ni dalam 35 minit driving dari bandaraya Kuching. Kalau dari airport Kuching 40 minit. Kalau tak sebab pandemik ni memang penuh dengan pelancong omputih.
Suasana damai di DamaiDekat Damai Beach ni ada banyak tempat menarik contohnya macam Taman Budaya atau Cultural Village, Kampung Buntal iaitu tempat ada jual banyak ikan dan hasil laut fresh dan restoran seafood.
Singgah di Kampung Buntal mencari seafood. Tak ingat apa nama kedai ni tapi boleh la sedap juga
Ikan siakap
Udang butter yummy
Suasana di pasar Kampung Buntal. Sentiasa banyak kereta orang cari ikan segar. Agaknya menu seafood dekat Topspot yang femes tu diorang borong kat sini
Singgah juga ke Telaga Air yang biasanya memang penuh dengan orang Tak jauh dari Damai ni ada satu lagi Resort yang orang kata lebih cantik lagi pantainya iaitu Damai Puri. Cuma orang kata Damai Puri ni..err..ada benda keras dan berhantu sikit. Wallahuaklam orang yang kata. Tak berani tulis lebih apa yang kita tak tahu.
Makan malam di restoran Satang Damai Beach Resort

Masa kami datang ada dapat baucer rm50 so memang lagi sedap order banyak menu
Waktu check in
Ruang dalam chalet. 
Selfie itu pasti..
Memang sesuai la lokasi ni untuk datang dengan keluarga rilek2 dan jauhkan diri dari hiruk pikuk kota
Dekat pantai kena pakai mask ke
Alhamdulillah
Persiapan hari Krismas di Damai Beach
Ini menu sarapan pagi. Laksa Sarawak dia boleh tahan
Adik genap 1 tahun, suka berlari atas pasir
Jauh berjalan
Alhamdulillah atas nikmat-Nya. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |