Dalam Masa Tiga Hari Umno Sudah Kalah Kepada Dap Soal Pertahan Dasar Parti


satuberita.my
By SatuBerita
-September 4, 2023

UMNO tertubuh kerana perjuangan orang Melayu menentang dasar penjajah British yang mahu menyamaratakan hak semua penduduk di Tanah Melayu. Malaysian Malaysia adalah penerusan dasar penjajah itu.
Oleh DR MARZUKI MOHAMAD
PADA 30 Ogos 2023, ahli MT UMNO Datuk Nur Jazlan Mohamed buat kenyataan DAP mesti gugurkan agenda Malaysian Malaysia dan negara sekularnya untuk mengembalikan sokongan Melayu kepada UMNO.

Bagi Nur Jazlan inilah masalah besar yang dihadapi oleh UMNO sekarang. Orang Melayu tolak UMNO kerana mereka tak suka DAP. Mungkin ini jugalah masalah yang difikirkan oleh orang-orang UMNO yang lain.

Pada hari yang sama, Ahli Parlimen DAP, RSN Rayer kata Nur Jazlan salah faham dan beri bayangan tidak ada masalah dengan dasar perjuangan Malaysian Malaysia dan negara sekular DAP. Yang bermasalah ialah Nur Jazlan kerana tak faham perjuangan DAP.

Tiga hari kemudian, iaitu pada 2 September 2023, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke kata DAP tak akan gugurkan dasar Malaysian Malaysia dan negara sekular yang menjadi teras perjuangan partinya. Mana mahunya. Dasar itulah yang membolehkan DAP mendapat 98% sokongan kaum Cina. DAP parti Cina.

Pada hari yang sama, Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi kata apa yang diperkatakan oleh Nur Jazlan itu adalah pandangan peribadinya. Bukan pendirian parti.

Habis cerita. Tutup buku.

Apa rumusan yang boleh kita buat daripada episod ini?

Dalam masa 3 hari saja UMNO kalah dengan DAP dalam perkara dasar yang menjadi pegangan UMNO sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1946.

Ingat, UMNO tertubuh kerana perjuangan orang Melayu menentang dasar penjajah British yang mahu menyamaratakan hak semua penduduk di Tanah Melayu. Malaysian Malaysia adalah penerusan dasar penjajah.

Zahid Hamidi Presiden UMNO/Pengerusi BN/Timbalan Perdana Menteri tunduk kepada Anthony Loke Setiausaha Agung DAP/Menteri Pengangkutan.

Keberadaan UMNO dalam kerajaan tak mampu untuk pertahankan hak Melayu. Sekadar jadi pasu bunga saja. Timbalan Perdana Menteri kalah dengan Menteri Pengangkutan.

Yang paling jelas, DAP tak peduli UMNO hilang sokongan Melayu. Tak ada gunanya UMNO jadi parti Melayu tapi tak dapat sokongan Melayu. UMNO akan mati dan DAP tak peduli jika UMNO mati.

DAP hanya perlukan UMNO pada masa ini sahaja untuk cukupkan majoriti 2/3 kerajaan PH. Dengan itu DAP boleh merealisasikan impian mereka untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menambah kerusi-kerusi yang didominasi oleh DAP dalam PRU-16.

Apabila ini berlaku, DAP tak perlukan UMNO lagi. Biarlah UMNO mati. Malah bagi DAP lebih baik UMNO mati saja kerana itulah kehendak perjuangan DAP dari awal lagi.

PENULIS ADALAH BEKAS KETUA SETIAUSAHA SULIT PERDANA MENTERI KELAPAN

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan SatuBerita.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/dalam-masa-tiga-hari-umno-sudah-kalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Tiba Masa Umno Bertanding Atas Bendera Sendiri Atau Masih Bn Soal Azalina

Sudah Tiba Masa Umno Bertanding Atas Bendera Sendiri Atau Masih Bn Soal Azalina

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 214 hits
agendait com22 08 2023Datuk Seri Azalina Othman Said Susulan keputusan buruk selepas enam Pilihan Raya Negeri baru baru ini Datuk Seri Azalina Othman Said mempersoalkan sama ada UMNO perlu bertanding atas bendera sendiri atau masih kekal at...
Adun Umno Hadir Program Pn Minta Dipecat Parti

Adun Umno Hadir Program Pn Minta Dipecat Parti

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 146 hits
Haspaizi ZainAdun Rembia Muhammad Jailani Khamis yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno kerana hadir ke program PN bulan lalu meminta agar parti itu memecat dirinya Dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Lembaga Disiplin kepadanya Jai...
No Anwar No Dap No Bersatu Of Umno S Unity Govt And Selective Criticism

No Anwar No Dap No Bersatu Of Umno S Unity Govt And Selective Criticism

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 209 hits
The full resolution during the Umno 2020 general assembly that was held in March 2021 was No Anwar No DAP and No Bersatu Barisan Nasional linchpin s collaboration with Pakatan Harapan should be viewed holistically In the evolving scene of M...
Umno S Woes Are Not Due To Its Alliance With Dap

Umno S Woes Are Not Due To Its Alliance With Dap

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 396 hits
From Clement StanleyThe author Stephen King should consider writing a new piece of horror fiction and call it DAP in Malaysia It could be the best horror story ever told going by what was said by former prime minister Dr Mahathir Mohamad Pe...
Umno Sudah Terima Agenda Malaysian Malaysia Dap

Umno Sudah Terima Agenda Malaysian Malaysia Dap

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 290 hits
harakahdailycomSeptember 3 2023KEBERADAAN Umno dalam pakatan campuran PH BN sebenarnya mempamerkan kegagalan untuk melunakkan agenda besar DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia dan pembentukan Negara Sekular di Malaysia Ironinya kenyataan...
Isu Kerjasama Umno Dap Buat Akar Umbi Berterusan Beralih Hati

Isu Kerjasama Umno Dap Buat Akar Umbi Berterusan Beralih Hati

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 178 hits
bharian com my September 2 2023 2 57pmKUALA LUMPUR Tindakan pemimpin UMNO yang memberi gambaran atau persepsi positif terhadap DAP dalam Pilihan Raya Kecil Pulai dan Simpang Jeram tidak mudah memikat hati penyokong parti itu untuk mengundi ...
Ahli Umno Jangan Undi Ph Elak Dap Tegakkan Dasarnya

Ahli Umno Jangan Undi Ph Elak Dap Tegakkan Dasarnya

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 186 hits
harakahdaily netSeptember 5 2023Malaysian Malaysia dan Negara SekularDI PRK Pulai dan PRK Simpang Jeram Umno tidak terlibat meletak calon Umno dan BN tidak menganggotai PH Umno dan BN cuma anggota Kerajaan Dato Seri Anwar Ibrahim Justeru ti...
Pemimpin Umno Hadir Kongres Dap Buat Kali Pertama

Pemimpin Umno Hadir Kongres Dap Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 283 hits
freemalaysiatoday com 10 Sep 2023Presiden Umno Zahid Hamidi hadir di Hotel Marriott Putrajaya pagi ini disambut Setiausaha Agung Loke Siew Fook Zahid Hamidi Zambry Abd Kadir dan Asyraf Wajdi Dusuki pada Kongres Kebangsaan DAP di Hotel Marri...
Jenamakan Semula Umno Ikut Peredaran Masa Kata Pemimpin Wanita

Jenamakan Semula Umno Ikut Peredaran Masa Kata Pemimpin Wanita

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 175 hits
Noor Nirwandy Mat Noordin berpandangan penjenamaan semula Umno harus memberi keyakinan kepada orang Melayu dan Islam terhadapnya PETALING JAYA Seorang pemimpin Wanita Umno mencadangkan supaya parti itu dijenamakan semula sebagai langkah dra...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pimpinku Ke Jannah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Holiday Stress

Bolehkah Gabungkan Puasa Qada Dengan Puasa Enam Syawal

Corat Coret 1 2 Syawal 1446h

Harvard Portraiture Project Elevating Overlooked Voices

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

The Joy Of Vaping Without Instructions Why Disposable Pods Feel Effortless