Dalam Kandungan Lagi Selalu Berbual Ibu Ini Kongsi Tip Anaknya Cepat Bercakap


Boleh dikatakan rata-rata ibu bapa hari ini meluahkan rasa risau apabila anak berusia 2 tahun ke atas masih belum boleh menyebut perkataan bermakna. Malah menurut terapis pertuturan pun, ia disebabkan oleh beberapa faktor.
Bagaimanapun, masih belum terlambat lagi tetapi ibu bapa mesti cari jalan penyelesaiannya membantu anak. Untuk ibu bapa yang mungkin nak tahu tip, perkongsian Puan Siti Nurnabilah ini mungkin boleh dijadikan panduannya. Tip ini diamalkan untuk anaknya dan memang berjaya.
ARTIKEL MENARIK [Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik!]
Safiya Imani, anak yang aktif tetapi mudah diurus
Pasangan Puan Siti Nurnabilah Muhammad Fairul Anuar dan Encik Ahmad Ashraf Ghazali dikurniakan cahaya mata pertama, Safiya Imani, yang kini sudah pun berumur 1 tahun 9 bulan.
Menurut Nurnabilah, anaknya yang hanya dipanggil Safiya ini ialah seorang yang sangat aktif dan tidak gemar untuk duduk diam.

Walaupun begitu, anaknya ini merupakan seorang kanak-kanak yang mudah mendengar kata walaupun hanya berusia hampir dua tahun.
Safiya juga bukanlah jenis kanak-kanak yang mudah meragam kerana ibu ini amat menjaga waktu tidur, makan dan emosi si anak.
Jadi, boleh dikatakan Safiya amat mudah diurus dalam pelbagai aspek.
Ajak berbual sejak Safiya masih dalam kandungan
Nurnabilah telah mula bercakap atau berbual bersama anaknya sejak awal kandungan lagi.
Menurutnya, setelah Safiya lahir, dia telah mula merancang pelbagai aktiviti yang sesuai dengan umur anaknya itu.
Antaranya membacakan flashcard dan buku cerita sewaktu sedang menyusukan, memandikan atau memakaikan lampin anaknya.
Walaupun dia sedar anaknya tidak boleh memberikan respons pada ketika itu (disebabkan masih pada usia bayi), namun dia tahu si anak mendengar setiap patah perkataan yang disebutkannya.
Berkat usahanya yang berpanjangan, Safiya berkemampuan untuk menyebut beberapa perkataan seperti Allah, Abi (panggilan untuk ayahnya) dan juga Abu (ibu).
Kata Nurnabilah lagi, sebelum anaknya pandai bercakap, dia sendiri telah mengajarkan bahasa isyarat kepada Safiya, seperti jika mahukan susu dan sebagainya. Jadi, dia lebih faham kemahuan anaknya pada ketika itu.
5 tips anak cepat bercakap dikongsikan Puan Nurnabilah
Terdapat 5 kaedah atau cara nak ajar anak bercakap yang boleh kita amalkan berdasarkan pengalaman Puan Nurnabilah.
Ibu ayah kena libatkan diri dengan aktiviti anak
Sejak Safiya berusia 1 bulan, Nurnabilah dan suami telah membeli pelbagai buku bacaan untuk dibacakan bersama-sama.
Semakin Safiya membesar, dia sudah tahu untuk menyebut nama sesuatu benda atau watak dalam buku yang dibaca.
Semua ini berkat usaha Nurnabilah yang menyebabkan anaknya sentiasa mendengar apa yang dibacakan kepadanya.

Bercakap dengan penuh ekspresi muka
Ibu ini juga akan menunjukkan ekspresi muka seperti teruja dan sebagainya ketika berbual bersama si anak.
Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa ada eye contact sewaktu bercakap dengan anak.
Dengan cara ini, anak akan lebih cepat ‘tangkap’ apabila melihat ekspresi muka dan juga gerak mulut ibu bapa.
Ini lebih berkesan jika ditambah dengan nada suara yang sesuai seperti intonasi yang ceria ketika bercakap.
Kurangkan penggunaan gajet untuk anak
Nurnabilah tidak menafikan kebaikan gajet. Namun sebagai ibu bapa, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk mengawal penggunaan gajet oleh anak-anak.
Sebaliknya, pendekatan yang dilakukan ibu ini adalah dengan menonton video pada gajet dan berinteraksi bersama-sama anaknya.
Dia juga akan mengehadkan waktu penggunaan gajet tidak lebih satu jam setiap hari untuk Safiya.
Selebihnya, Safiya akan bermain dengan alat permainan fizikal sahaja bersama-sama dengan ibunya.
Guna perkataan yang pendek, betul dan jelas
Nurnabilah juga tidak mengamalkan kaedah baby talk seperti ‘Jom mamam’.
Walaupun ia kedengaran agak comel, namun ia tidak sesuai untuk perkembangan jangka panjang anak.
Gunakan perkataan yang pendek, betul dan jelas seperti ‘Jom makan’ atau ‘Jom eat’. Ini merupakan cara nak ajar anak bercakap yang betul.

Berikan anak masa untuk belajar
Ibu bapa tidak disarankan untuk terlalu memaksa atau menekan anak untuk belajar bercakap.
Ini kerana, anak akan mudah berasa stres dan tidak akan memberikan kerjasama yang baik.
Oleh itu, jangan sesekali memaksa anak untuk menyebut sesuatu perkataan.
Kita perlu mengikut rentak anak ketika mengajar mereka, bukannya anak yang perlu mengikut rentak kita sebagai orang dewasa.
Jika kita mengikut rentak anak, anak akan lebih fokus, memberikan perhatian dan memahami apa yang disampaikan.
Kita mudah faham apa yang anak mahukan apabila anak pandai bercakap
Berdasarkan pengalaman yang dilalui, Nurnabilah lebih memahami kemahuan anaknya apabila si anak sudah pandai bercakap atau menyebut perkataan.
Bukan itu sahaja, Safiya juga lebih mudah untuk memahami arahan dan mendengar kata.
“Apabila ibu bapa mudah memahami kemahuan anak, anak juga akan mudah mendengar kata ibu bapa. Kesannya, emosi ibu dan anak juga akan menjadi lebih gembira dan positif. Alhamdulillah!” kata Nurnabilah.
Kredit: hellodoktor

 
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
 
The post “Dalam Kandungan Lagi Selalu Berbual.” Ibu Ini Kongsi Tip Anaknya Cepat Bercakap appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dalam-kandungan-lagi-selalu-berbual-ibu-ini-kongsi-tip-anaknya-cepat-bercakap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ini Kongsi Tip Cepat Turunkan Suhu Badan Anak Demam Mudah Satu Bahan Je

Ibu Ini Kongsi Tip Cepat Turunkan Suhu Badan Anak Demam Mudah Satu Bahan Je

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 277 hits
Musim Influenza ni ramai anak anak dapat demam tinggi Paracetamol ada masanya kurang jalan Melalui perkongsian Puan Noraliza Alwi petua ini yang diamalkannya setiap kali anak demam sejak dari dulu sehingga anak anak dah besar Saya nak share...
Kenalkan Pratulis Seawal 2 Tahun Ibu Kongsi Tip Ajar Anak Pandai Menulis

Kenalkan Pratulis Seawal 2 Tahun Ibu Kongsi Tip Ajar Anak Pandai Menulis

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 295 hits
Ibu bapa mana yang tidak teruja apabila anak sudah memperlihatkan minat membaca dan menulis bukan Pasti ramai parents terutamanya ibu bapa baharu mencari cara ajar anak menulis Mari kita lihat perkongsian Puan Mastura Abd Halim ini berkenaa...
Setiap Kali Kita Jumpa Saya Gembira Ibu Pelakon Cilik Choi Yuri Kongsi Sifat Sebenar Kim Woobin

Setiap Kali Kita Jumpa Saya Gembira Ibu Pelakon Cilik Choi Yuri Kongsi Sifat Sebenar Kim Woobin

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 184 hits
Kim Woo bin sememangnya sangat terkenal dengan peribadinya yang cukup baik dan menghormati ramai orang Justeru itu dia sangat disenangi ramai ke mana sahaja dia pergi ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini tular satu rakaman video pendek ataupun G...
2 Kali Gugur Lepas Mimpi Bersalin Ibu Ini Elak Kongsi Di Socmed Kehamilan Ke 3 Selepas Jumpa Ustaz

2 Kali Gugur Lepas Mimpi Bersalin Ibu Ini Elak Kongsi Di Socmed Kehamilan Ke 3 Selepas Jumpa Ustaz

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 305 hits
Gembira itulah perasaan pasangan yang baru berkahwin selepas mendapat tahu dirinya hamil Namun rasa teruja akhirnya membawa kepada mimpi ngeri buat Aliiya Ibu yang berasal dari Indonesia dan menetap di Melaka ini berkongsi kisah pelik yang ...
Seorang Ibu Sempat Campak Anaknya Sblm Dia Maut Dlm Kemalangan

Seorang Ibu Sempat Campak Anaknya Sblm Dia Maut Dlm Kemalangan

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 248 hits
Seorang Ibu Sempat Campak Anaknya Sebelum Dia Maut Dalam Kemalangan JAKARTA Seorang ibu bertindak cepat dengan mencampak anak lelaki yang berusia empat tahun dari motosikal yang ditungganginya daripada menjadi mangsa kemalangan di Jalan Tra...
Ibu Saya Suruh Bersenam Kim Jongkook Kongsi Bagaimana Mula Suka Bersenam

Ibu Saya Suruh Bersenam Kim Jongkook Kongsi Bagaimana Mula Suka Bersenam

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 204 hits
Semua orang tahu jika ditanya mengenai sesuatu yang disukai Kim Jong kook pasti jawapannya adalah bersenam Baru baru ini Kim Jong kook tampil dalam siri podcast Secret Guarantee ARTIKEL BERKAITAN Secret Guarantee yang merupakan rancangan di...
11 Tip Menjaga Luka Bersalin Pembedahan Agar Cepat Sembuh

11 Tip Menjaga Luka Bersalin Pembedahan Agar Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 303 hits
Puan kena menjalani pembedahan Puan tak boleh bersalin normal kerana kandungan puan ada masalah Kata kata keramat dari seorang doktor ini memang menggerunkan terutamanya kepada ibu hamil yang pertama kali bersalin secara cesarean Tapi janga...
Resepi Simple Dan Tahan Lama Hanya Guna 5 Bahan Ibu Kongsi Biskut Bayi Cair Dalam Mulut

Resepi Simple Dan Tahan Lama Hanya Guna 5 Bahan Ibu Kongsi Biskut Bayi Cair Dalam Mulut

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 266 hits
BISKUT BAYI CAIR DIMULUT Harini tengku nak share 1 resepi homemade teething biscuit for baby Resepi simple dan tahan lama Resepi ni dah lama tengku simpan Dah tak ingat siapa ownernya Semoga pahala mengalir kepada tuan asal BISKUT BAYI CAIR...
5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap

5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 283 hits
5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap l Assalamualaikum Tak mudah nak besarkan anak anak Banyak cabaran yang kita sebagai ibu bapa yang perlu kita hadapi Lagi lagi bila setiap anak mempunyai tahap pembelajaran dan perkembangan y...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu