11 Tip Menjaga Luka Bersalin Pembedahan Agar Cepat Sembuh



“Puan kena menjalani pembedahan. Puan tak boleh bersalin normal kerana kandungan puan ada masalah” Kata-kata keramat dari seorang doktor ini memang menggerunkan terutamanya kepada ibu hamil yang pertama kali bersalin secara cesarean.
Tapi jangan risau. Zaman sekarang ni dunia perubatan sudah canggih. Apa yang penting anak dan ibu selamat. Cuma ibu hamil perlu kuatkan mental untuk menghadapi pembedahan ini. Apabila bersalin pembedahan ini cara berpantangnya berbeza sedikit. Malah perlu dijaga dengan lebih rapi lagi.
Mungkin ibu-ibu yang akan bersalin secara cesarean boleh mengguna pakai tips di bwah ini. Jom kita baca 11 tips menjaga luka bersalin (Cesarian) agar cepat sembuh.
1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.
2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.
3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.
5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.
6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.
7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.
8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.
9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.
10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.
11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.
Tanda-tanda amaran atau serius selepas cesareanDemam berterusan.Sakit pada tempat lukaPendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari farajKeluar nanah dari tempat lukaTanda kemerahan pada sekitar lukaKeluar air jernih dari tempat lukaTempat luka nampak berlubang atau bengkakBenang jahitan keluar dari luka atau terbuka
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.
Kredit : petuaibu

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2017/07/11-tip-menjaga-luka-bersalin-pembedahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengembang Dengan Jayanya Berat Naik 10kg Uyaina Arshad Minta Tip Kurus Lepas Bersalin

Mengembang Dengan Jayanya Berat Naik 10kg Uyaina Arshad Minta Tip Kurus Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 340 hits
Melihatkan gelagat comel pengacara dan pelakon cantik manis Uyaina Arshad pasti tidak menyangka yang dia kini semakin hampir untuk melahirkan bayi sulungnya Mana tidaknya aksi lincah Uyaina ketika dipentas pengacara cukup bersahaja langsung...
Sakan Joget2 Lepas Potong Halkum Luka Pembedahan Lucinta Luna Koyak Semula

Sakan Joget2 Lepas Potong Halkum Luka Pembedahan Lucinta Luna Koyak Semula

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 368 hits
Selain daripada Sajat nama Lucinta Luna juga tidak asing di telinga kita memandangkan mereka pernah bekerjasama dalam satu muzik video lagu Bobo Dimana yang dinyanyikan bersama usahawan terkenal Dato Seri Aliff Syukri Selebriti Indonesia ya...
Ibu Ini Kongsi Tip Cepat Turunkan Suhu Badan Anak Demam Mudah Satu Bahan Je

Ibu Ini Kongsi Tip Cepat Turunkan Suhu Badan Anak Demam Mudah Satu Bahan Je

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 258 hits
Musim Influenza ni ramai anak anak dapat demam tinggi Paracetamol ada masanya kurang jalan Melalui perkongsian Puan Noraliza Alwi petua ini yang diamalkannya setiap kali anak demam sejak dari dulu sehingga anak anak dah besar Saya nak share...
Saya Pun Ada Lagi Perut Comel Tu Perut Buncit Lepas Bersalin Ernie Kongsi Tip

Saya Pun Ada Lagi Perut Comel Tu Perut Buncit Lepas Bersalin Ernie Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 302 hits
Isteri kepada penyanyi terkenal Syamel Ernie Zakri mengakui setiap wanita yang mengalami proses bersalin pasti akan melalui proses perubahan badan Ernie yang juga penyanyi bersuara lantang ini berkongsi pengalaman ketika menjalani proses ke...
Dalam Kandungan Lagi Selalu Berbual Ibu Ini Kongsi Tip Anaknya Cepat Bercakap

Dalam Kandungan Lagi Selalu Berbual Ibu Ini Kongsi Tip Anaknya Cepat Bercakap

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 245 hits
Boleh dikatakan rata rata ibu bapa hari ini meluahkan rasa risau apabila anak berusia 2 tahun ke atas masih belum boleh menyebut perkataan bermakna Malah menurut terapis pertuturan pun ia disebabkan oleh beberapa faktor Bagaimanapun masih b...
Idris Jamin Beri Kerjasama Agar Tiada Bakal Jemaah Haji Tertipu Lagi

Idris Jamin Beri Kerjasama Agar Tiada Bakal Jemaah Haji Tertipu Lagi

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 157 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad itu berkata kes penipuan bakal jemaah haji baru baru ini berlaku di luar pengetahuan pihaknya KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad memberi jaminan beliau sedia bekerjasam...
Nak Rasa Something Different Cepat Try Menu Oishii Japan Marrybrown

Nak Rasa Something Different Cepat Try Menu Oishii Japan Marrybrown

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 358 hits
Sempena meneruskan kempen Around the World kali ini Marrybrown menyajikan Something Different Oishii Japan Wow makanan Jepun Sebelum menu ini berakhir pada 7 Ogos nanti sis sempatlah singgah di Marrybrown Icity Central Teringin sangat nak r...
Cepat Betul Tak Berasa

Cepat Betul Tak Berasa

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 215 hits
Eh dah Ogos rupanya Baru jer hari tu rasa baru masuk bulan Januari 2022 hari ni kita dah berada dalam bulan Ogos Tak berasa dan tak terasa masa berlalu begitu saja Sejauh manakah amal sumbangan kita kepada masyarakat dalam tempoh yang singk...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner