Dakwaan Ytl Tidak Berasas Berniat Tidak Baik Kpm


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENYANGKAL DAKWAAN YTL COMMUNICATIONS, MENEGASKAN UTAMAKAN KEPENTINGAN GURU DAN MURID

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menegaskan bahawa dakwaan yang dibuat oleh syarikat YTL Communications Sdn. Bhd (YTLC) bertarikh 3 Julai 2019 lalu adalah tidak berasas dan tidak adil kepada KPM.

Kementerian amat memandang serius akan dakwaan yang dibuat syarikat berkenaan bahawa KPM telah melanggar obligasi kontrak dan tidak bertindak dengan niat baik.

"Ia merupakan satu tuduhan yang tidak adil ke atas Kementerian dan Kerajaan," kata YBhg. Dato’ Dr Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha KPM.

Pada sidang media yang diadakan di KPM, Putrajaya sebentar tadi, beliau menegaskan KPM menyangkal setiap dakwaan yang dibuat berkaitan KPM telah melanggar kewajipan kontrak dan meminggirkan syarikat tersebut.

“ Dalam perkara ini, Kementerian tidak pernah meminggirkan atau akan meminggirkan mana-mana syarikat telekomunikasi yang layak termasuk YTLC dalam proses tender KPM.

"YTLC masih boleh mengambil bahagian dalam proses tender untuk perkhidmatan talian internet ke sekolah melibatkan tempoh mulai 1 Januari 2020 dan seterusnya apabila proses tender secara terbuka dikeluarkan kelak," kata beliau lagi.

Malah katanya, segala tindakan yang diambil dalam aspek yang berkaitan dengan 1BestariNet adalah demi kepentingan guru, murid dan sekolah dalam menyediakan sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan terbaik, dan demi mengoptimumkan sumber kewangan negara.

Justeru itu, dakwaan bahawa KPM telah berlaku tidak adil kepada YTLC dan telah menamatkan kontrak syarikat itu adalah tidak benar sama sekali.

Beliau juga menegaskan bahawa KPM tidak melanggar kontrak dengan YLTC. Kontrak perkhidmatan YTLC iaitu 1BestariNet telah tamat (expired) pada 30 Jun 2019 dan bukannya ditamatkan oleh KPM.

"YTLC telah diberi kontrak 1BestariNet Fasa 1 bagi tempoh bermula 13 Disember 2011 hingga 30 Jun 2016 (ini termasuklah lanjutan kontrak sebanyak tujuh kali). Selanjutnya YTLC telah diberi kontrak 1BestariNet Fasa 2 untuk tempoh mulai 1 Julai 2016 hingga 30 Jun 2019," ujarnya lagi.

Bagi menyediakan perkhidmatan sepanjang tempoh enam bulan iaitu mulai 1 Julai 2019 hingga 31 Disember 2019, KPM telah memanggil syarikat-syarikat telekomunikasi utama di Malaysia, termasuk YTLC sendiri, untuk diberi penerangan mengenai perkhidmatan yang diperlukan oleh KPM bagi satu tempoh selama enam bulan, yang merupakan tempoh sementara sebelum tender baharu dibuka.

"Ada syarikat yang memberi respons dan ada yang tidak. Susulan itu, KPM telah melantik tiga syarikat iaitu TM One, Maxis dan Celcom Axiata yang telah mengemukakan tawaran berdasarkan liputan terbaik oleh syarikat telekomunikasi itu sendiri," katanya.

KPM ingin memberi jaminan untuk terus komited menyediakan persekitaran pembelajaran atas talian yang baik demi kepentingan para guru dan murid.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Azizan Mohamad Sidin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan); YBhg. Dato’ Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik), YBrs En Mohamad Azhan Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)' YBrs Dr Habibah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), kepimpinan NUTP serta pegawai-pegawai kanan KPM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/07/dakwaan-ytl-tidak-berasas-berniat-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Pendidikan Malaysia Menyangkal Dakwaan Ytl Mengenai Penamatan Kontrak 1bestarinet

Kementerian Pendidikan Malaysia Menyangkal Dakwaan Ytl Mengenai Penamatan Kontrak 1bestarinet

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 235 hits
Dua hari lalu kami telah melaporkan bahawa syarikat YTL berasa kesal akan penamatan kontrak 1BestariNet dimana Kementerian Pendidikan dilihat ingin menggantikan pelantar pembelajaran FrogVLE dengan Google Classroom Bukan itu sahaja pihak YT...
Dakwaan Islam Tidak Benar Isytihar Harta Tidak Berasas

Dakwaan Islam Tidak Benar Isytihar Harta Tidak Berasas

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 275 hits
Datuk Dr Mohd Asri Zainul AbidinKANGAR Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menolak dakwaan bahawa Islam tidak membenarkan seseorang itu memaklumkan jumlah hartanya kepada pihak pemerintah dan menyifatkan pandangan tersebut sebagai...
Terbuka Terima Kritikan Untuk Tambah Baik Kesejahteraan Rakyat

Terbuka Terima Kritikan Untuk Tambah Baik Kesejahteraan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 245 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
4 Cara Membersihkan Karang Gigi Hasilnya Sangat Baik

4 Cara Membersihkan Karang Gigi Hasilnya Sangat Baik

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 399 hits
Hampir setiap orang memiliki masalah yang satu ini Adanya karang pada gigi disebabkan karena banyak faktor Jika sudah ada karang Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Nabila Huda Saya Buang Ego Kenang Yang Baik

Nabila Huda Saya Buang Ego Kenang Yang Baik

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 517 hits
Dua tahun berperang dingin Nabila Huda bertekad mahu terus menjaga hubungan baik dan tidak ingin lagi berjauhan dengan bapanya Amy Search Siapa sangka satu status dalam Instagram mampu menjadi titik perubahan hubungan dingin dua beranak Nab...
Keadaan Kesihatan Tun Abdullah Baik Pegawai Khas

Keadaan Kesihatan Tun Abdullah Baik Pegawai Khas

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 325 hits
PUTRAJAYA 29 Jun Bekas Perdana Menteri Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi berada dalam keadaan sihat dan masih aktif memenuhi jemputan daripada pelbagai pihak Pegawai Khasnya Datuk Jefridin Atan berkata meskipun Tun Abdullah sudah berusia 80 ...
Umno Perlis Dan Pahang Harus Menguruskan Kemenangan Dengan Baik

Umno Perlis Dan Pahang Harus Menguruskan Kemenangan Dengan Baik

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 204 hits
PADANG BESAR 30 Jun 8211 Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata UMNO negeri Perlis dan Pahang perlu menguruskan kemenangan secara berstrategi kerana rakyat di kedua dua negeri ini mengharapkan UMNO dalam berhadapan kera...
Ustaz Menasihatkan Saya Tidak Baik Untuk Membiarkan Gadis Ini Menunggu Terlalu Lama

Ustaz Menasihatkan Saya Tidak Baik Untuk Membiarkan Gadis Ini Menunggu Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 208 hits
USTAZ menasihatkan saya tidak baik untuk membiarkan gadis ini menunggu terlalu lama USTAZ menasihatkan saya tidak baik untuk membiarkan gadis ini menunggu terlalu lama
Fam Menyambut Baik Hasrat Malaysia Negara Asian Membuat Bidaan Piala Dunia 2034

Fam Menyambut Baik Hasrat Malaysia Negara Asian Membuat Bidaan Piala Dunia 2034

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 353 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri