Dakwaan Islam Tidak Benar Isytihar Harta Tidak Berasas


Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul AbidinKANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menolak dakwaan bahawa Islam tidak membenarkan seseorang itu memaklumkan jumlah hartanya kepada pihak pemerintah, dan menyifatkan pandangan tersebut sebagai batil dan tidak berasas.

Beliau mengingatkan bahawa dalam Islam, setiap orang muslim diwajibkan untuk membayar zakat berdasarkan kadar harta yang dimiliki membabitkan pelbagai harta iaitu antaranya tanaman, ternakan dan emas (wang).

“Bagi setiap harta ada kiraannya. Lebih banyak harta, pasti lebih banyak kadar yang wajib dibayar. Ulul Amri (pemerintah) yang merupakan amil zakat, bertanggungjawab memastikan mereka yang wajib membayar zakat, menunaikan tanggungjawab mereka.


“Jika agama melarang muslim mengisytiharkan harta, pastilah muslim tidak boleh membayar zakat kepada amil zakat kerana itu menyebabkan jumlah hartanya diketahui,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam, bahawa Islam melarang umatnya mengisytiharkan harta kepada orang ramai kerana boleh mengundang perasaan dengki.

Atas prinsip tersebut katanya, parti itu menolak usul mewajibkan semua ahli Parlimen termasuk pembangkang, mengisytiharkan pendapatan dan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohd. Asri seterusnya menambah, semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, antara pendekatan untuk memastikan integriti urus tadbir adalah dengan memeriksa harta para pegawai yang dilantik dan mencatatkannya.

Katanya, langkah itu bagi mengawal supaya mereka tidak mengambil kesempatan mengumpul harta dengan cara yang salah melalui jawatan yang dipegang.

“Polisi ini (memeriksa harta pegawai) telah dijalankan Saidina Umar dalam pentadbirannya,” kata beliau.

Kata Mohd. Asri lagi, setiap muslim perlu memahami bahawa Islam itu bersifat luas dalam soal pentadbiran, iaitu apa sahaja yang membawa kemaslahatan rakyat, diiktiraf sebagai politik atau urus tadbir yang selaras dengan syarak.

“Ini termasuklah soal pengisytiharan harta. Pemerintah berhak menentukan kaedah yang diyakini terbaik dalam memastikan integriti dan urus tadbir yang baik.

“Janganlah kita jumud dan mempergunakan dalil-dalil agama sehingga menyempitkan ruang politik yang diluaskan oleh syarak,” katanya.

Mengenai hadis digunakan pihak tertentu yang dikatakan melarang umat Islam mengisytiharkan hartanya kepada pemerintah, beliau berkata, ia bukan seperti yang difahami oleh mereka yang berkaitan.

Katanya, hadis diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal tersebut, bermaksud menggalakkan untuk umat Islam menyembunyikan perkara-perkara yang membawa kepada hasad dengki.

“Namun, jika ada keperluan, ia dibolehkan (Islam) bahkan mungkin wajib didedahkan. Ini terutama kepada pihak yang mempunyai kepentingan.

“Jika tidak, maka pasti orang ramai akan mengelakkan membayar zakat harta atas alasan hadis ini. Demikian juga, akan ada yang menyembunyikan perkahwinan kerana bimbang orang lain dengki, sedangkan Nabi SAW menyuruhkan menguar-uarkan pernikahan.

“Begitu juga mungkin ada yang tidak mahu membayar cukai pendapatan, cukai jalan dan lain-lain kepada pemerintah atas alasan bimbang pihak lain tahu harta mereka,” katanya.

Beliau berharap agar semua pihak tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama Nabi SAW. dalam mencapai hasrat mereka yang mungkin boleh mengakibatkan Islam akan disalah fahami. - UTUSAN ONLINEMedia Shah Alam Kini di Tukar Kepada www.suarabiru.com (https://mediashahalam.blogspot.com)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediashahalam.blogspot.com/2019/07/dakwaan-islam-tidak-benar-isytihar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SuaraBiru+%28SUARA+BIRU%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarkah Hadis Islam Tak Benarkan Isytihar Harta

Benarkah Hadis Islam Tak Benarkan Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 218 hits
Muslim dan bukan Muslim telah bertanya apakah benar dakwaan yang menyatakan Nabi SAW tidak membenarkan orang politik mengistiharkan harta Bagi yang bukan Muslim mereka nampak semacam begitu kecewa jika demikian ajaran Islam Saya rasa saya p...
Tuan Ibrahim Guna Hadis Palsu Tolak Isytihar Harta

Tuan Ibrahim Guna Hadis Palsu Tolak Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 389 hits
Wan Ji Wan Hussin Pada asasnya Islam amat menekankan isu integriti akauntabiliti dan ketelusan dalam berpolitik Apatah lagi salah satu sifat utama Nabi Muhammad SAW ialah al amin Zaman kini ia disebut integriti Tidak bersedia mengisytihar h...
Dewan Rakyat Luluskan Usul Wajibkan Ahli Parlimen Isytihar Harta

Dewan Rakyat Luluskan Usul Wajibkan Ahli Parlimen Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 344 hits
Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul untuk mewajibkan semua Anggota Parlimen mengisytiharkan harta masing masing Pengisytiharan harta turut melibatkan pihak pembangkang dan keluarga mereka yang perlu mengisytiharkan pendapata...
Dulu Pas Tuntut Najib Rosmah Isytihar Harta Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah

Dulu Pas Tuntut Najib Rosmah Isytihar Harta Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 402 hits
Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Hassan pada 15 Mei lalu memberi keyakinan pimpinan dan ahli Pas terbuka untuk mengisytiharkan harta dan aset mereka Pas tiada masalah untuk isytiharkan harta dan aset seperti arahan yang dikeluarkan Perda...
Usul Wajibkan Anggota Parlimen Isytihar Harta Dibentang Di Dewan Rakyat Esok

Usul Wajibkan Anggota Parlimen Isytihar Harta Dibentang Di Dewan Rakyat Esok

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 320 hits
Ipoh Satu usul bagi mewajibkan semua Anggota Parlimen termasuk pembangkang mengisytiharkan pendapatan dan harta masing masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dibentangkan pada sesi Sidang Dewan Rakyat esok Timbalan Speake...
Pusat Kecemerlangan Islam Berasas Ict

Pusat Kecemerlangan Islam Berasas Ict

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 194 hits
KOTA BHARU Kelantan berusaha untuk muncul sebagai Pusat Kecemerlangan Islam dengan memanfaatkan kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Pendidikan Pengajian Tinggi Sains dan Teknologi negeri Dato ...
Semua Anggota Parlimen Wajib Isytihar Harta Kerana Masing Masing Mempunyai Pengaruh Pm

Semua Anggota Parlimen Wajib Isytihar Harta Kerana Masing Masing Mempunyai Pengaruh Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 275 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan akan membentangkan usul di Parlimen mewajibkan semua Anggota Parlimen mengisytiharkan pendapatan dan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Dalam jawapan ringkas kepada media Perdana ...
Usul Isytihar Harta Dibawa Ke Parlimen

Usul Isytihar Harta Dibawa Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 226 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata usul pengisytiharan harta semua Ahli Parlimen akan dibawa ke Dewan Rakyat JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook h...
Kerajaan Biol Bukan Penjawat Awam Tidak Perlu Isytihar Harta

Kerajaan Biol Bukan Penjawat Awam Tidak Perlu Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 271 hits
oleh Ab Jalil Backer Kerajaan ini sudah makin biol Apa keperluan minta Ahli Parlimen isytihar harta Harta wakil rakyat yang tidak menjadi penjawat awam adalah hak peribadi Kerajaan tidak seharusnya menceroboh privasi rakyat sesuka hati Mere...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte