Nabila Huda Saya Buang Ego Kenang Yang Baik






Dua tahun berperang dingin, Nabila Huda bertekad mahu terus menjaga hubungan baik dan tidak ingin lagi berjauhan dengan bapanya, Amy Search.

Siapa sangka, satu status dalam Instagram mampu menjadi titik perubahan hubungan dingin dua beranak, Nabila Huda, 35, dan bapanya, si legenda rock negara, Amy Search sejak dua tahun lalu.

Bermula dengan status Hari Bapa perkongsian Nabila diikuti luahan ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau Norish yang dianggap Nabila sebagai memulangkan paku buah keras buat dirinya, perkara tersebut mengundang perhatian khalayak.

Masing-masing berhujah bahkan ada yang mendoakan kebaikan buat keluarga popular itu.

Namun, hal tersebut tidak berpanjangan apabila pengarah tersohor, Erma Fatima yang dianggap sebagai ibu angkat oleh Nabila mengaturkan pertemuan mereka di kediaman Amy sebagai langkah untuk merapatkan semula hubungan dua beranak itu.

Bagi Nabila, tiada perkara lebih menggembirakan hatinya atas takdir Tuhan di sebalik insiden berkenaan yang sebenarnya menyerlah kepincangan keluarganya.

Barang yang lepas biarkan berlalu, Nabila seperti mendapat semangat baharu. Dia mahu fokus dengan keindahan yang kembali bersemi dan berharap dia tidak perlu lagi berpisah dengan bapanya pada masa hadapan..

KOSMO!: Apakah sebenarnya yang Nabila hajatkan sewaktu memuat naik status Hari Bapa tempoh hari?

NABILA: Saya hanya mahu mendengar perkataan maaf daripada mereka. Saya mahu mendengar mereka mengakui apa yang berlaku antara kami, sebahagiannya turut berpunca daripada salah mereka dan saya mendapat perkataan maaf itu daripada ibu tiri saya. Selepas mendengar mummy (panggilan terhadap ibu tiri) memohon maaf dan menyesali apa yang berlaku, hati saya tersentuh.

Bagaimanakah anda boleh bersetuju bertemu bapa (Amy) selepas diajak Erma?

Saya tidak tahu, mungkin Allah memang mahu kami berbaik. Pada mulanya saya enggan pergi tetapi apabila mama (panggilan untuk Erma Fatima) meminta saya datang juga atas alasan, sampai bila hendak berkeras hati. Saya turutkan. Saya bersyukur kerana mendengar kata-kata mama kerana pada malam itu, saya lihat muka papa (panggilan terhadap Amy) bercahaya dan senyumannya sangat bermakna.

Apakah yang membuat hati anda lembut untuk berbaik semula dengan ibu tiri?

Saya buang ego dan kenang semula perkara-perkara baik yang dia pernah buat untuk saya sebelum ini. Kami sama-sama bersalah dan jika masing-masing enggan mengalah, sampai bila-bila pun hubungan kekeluargaan ini tidak akan pulih. Selain itu, saya rasa berkat doa ramai orang seperti rakan-rakan dan peminat turut menyumbang kepada pengakhiran yang baik ini.

Sepanjang berjauhan dengan bapa, apakah yang Nabila rasa?

Saya rasa hidup ini tidak sempurna dan tidak lengkap. Ada satu ruang kosong dalam hati walaupun saya sudah bersuami dan mempunyai anak. Saya tidak sanggup lagi menempuh situasi sama, cukuplah dengan apa yang saya rasa.

Boleh kongsikan harapan anda dalam hubungan dengan bapa selepas ini?

Saya tidak mahu berharap, saya cuma mahu tekadkan hati untuk menghabiskan masa dengan papa sehingga akhir hayat. Saya mahu beritahu dia setiap hari, betapa saya sayangkan dia dan tidak mampu berjauhan dengan papa.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/06/nabila-huda-saya-buang-ego-kenang-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Let S Not Talk About It I Tak Nak Dia Famous I Tak Nak Ada Nama Dia Lagi Dalam Hidup I Quot Nabila Huda

Let S Not Talk About It I Tak Nak Dia Famous I Tak Nak Ada Nama Dia Lagi Dalam Hidup I Quot Nabila Huda

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 355 hits
Hiburan Pelakon Nabila Huda enggan mengulas lanjut mengenai insiden yang berlaku di antara dia dan ibu tirinya Norhasniza Hassan semalam Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil ketika dihubungi wartawan HLive memberitahu sudah move on d
Abil Nak Peluk Papa Hold Your Hands Nabila Huda Sebak

Abil Nak Peluk Papa Hold Your Hands Nabila Huda Sebak

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 323 hits
Abil Nak Peluk Papa Hold Your Hands NABILA HUDA Sebak Semalam penuh di media sosial dengan ucapan Selamat Hari Bapa
Nabila Huda Rindu Amy Search

Nabila Huda Rindu Amy Search

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 866 hits
Pelakon popular Nabila Huda berharap ibu tirinya Nourish Hassan dapat menerimanya sebagai anggota keluarga satu hari nanti Harapan itu dimuat naik anak kepada penyanyi rock legenda Amy Search menerusi satu hantaran di Instagram hari ini Kam...
Hiburan Sebab Itu Aku Cakap Dia Punca Aku Takkan Rampas Your Truly Rock Star Nabila Huda Tempelak Ibu Tirit

Hiburan Sebab Itu Aku Cakap Dia Punca Aku Takkan Rampas Your Truly Rock Star Nabila Huda Tempelak Ibu Tirit

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 365 hits
Siapa sangka ucapan manis bersempena sambutan Hari Bapa baru baru ini daripada aktres Nabila Huda buat bapa tercinta penyanyi rock Amy Search bertukar pahit apabila ibu tirinya pula memuat naik kenyataan berbaur sindiran Pada awalnya Nabila...
Lepas Muat Naik Posting Ni Nabila Huda Tembak Mak Tiri

Lepas Muat Naik Posting Ni Nabila Huda Tembak Mak Tiri

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 527 hits
Belum sampai satu hari Nabila Huda memuat naik posting manis buat bapanya vokalis Search Amy ibu tiri turut membuat satu posting di laman Instagram Bagaimanapun posting tersebut telah mendapat perhatian netizen kerana kapsyen yang ditulis i...
Hidup Saya Dah Sempurna Sekarang Erma Fatima Tunaikan Hajat Nabila Huda Jumpa Bapanya Amy Search

Hidup Saya Dah Sempurna Sekarang Erma Fatima Tunaikan Hajat Nabila Huda Jumpa Bapanya Amy Search

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 423 hits
Erma pertemukan Nabila dengan Amy HUBUNGAN dingin antara pelakon Nabila Huda dengan bapanya Amy Search dan ibu tiri Nourish Hassan berjaya dipulihkan apabila pelakon itu datang beraya ke rumah penyanyi rock itu di Denai Alam pada malam Kham...
Nabila Huda Bengang Ibu Tiri Kaitkan Hari Bapa Dengan Agama

Nabila Huda Bengang Ibu Tiri Kaitkan Hari Bapa Dengan Agama

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 457 hits
Meskipun sudah lama tidak bersua muka sempena sambutan Hari Bapa baru baru ini pelakon Nabila Huda turut tidak ketinggalan memberikan ucapan manis buat The post appeared first on
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh