Dakwaan Tidak Ada Pembalakan Di Bentong Menteri Besar Pahang Sekadar Nafi Kosong


 


BENTONG - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUB) Bilut Lee Chin Chen mendakwa Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail membuat penafian kosong yang tidak bertanggungjawab berhubung isu pembalakan di Bentong.
Terkejut dengan kenyataan itu katanya, hal ini menunjukkan Wan Rosdy bukan seorang menteri besar berjiwa rakyat.
"Penduduk tempatan membuat laporan polis, tetapi beliau memilih untuk menutup mata daripada (mengakui) hakikat itu.
"Adakah menteri besar berasa penduduk tempatan membuat laporan polis palsu? Sikapnya sungguh mengecewakan," katanya.
Mengulas lanjut Lee berkata gambar rakaman dron jelas menunjukkan kegiatan pembalakan berskala besar sedang berlaku di kawasan Bentong.
Menurutnya, terdapat juga gambar yang memaparkan kayu-kayu balak yang menunggu dihantar keluar, video dan gambar yang tular di media sosial juga cukup membuktikan kewujudan aktiviti penebangan hutan di Bentong.
"Kenyataan menteri besar yang kononnya minta bukti adalah tidak munasabah dan sama sekali tidak boleh diterima.
"Menteri besar tidak mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri supaya menjalankan siasatan dengan segera selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan ataupun ADUN pembangkang, tetapi sebaliknya memburuk-burukkan Adun pembangkang yang mendedahkan kegiatan berkenaan," jelasnya.
Terdahulu, Wan Rosdy mahu dua Adun pembangkang membuktikan dakwaan bahawa kegiatan pembalakan kembali beroperasi di Bentong.
Dia menyifatkan kenyataan yang dibuat Lee dan ADUN Tras Chow Yu Hui sebagai tidak berasas.
Sementara itu, Lee mendakwa Jabatan Perhutanan Pahang meluluskan kegiatan pembalakan atas tanah berkenaan sepanjang tempoh 1 November 2021 sehingga 31 Januari 2022, namun arahan dikeluarkan pada 3 Januari bagi menangguhkan aktiviti pembalakan selepas bencana banjir melanda negeri itu.
Bagaimanapun katanya, pihak berkenaan mengabaikan larangan Jabatan Perhutanan Pahang secara terang-terangan dan meneruskan aktiviti pembalakan dengan degil.
"Tindakan kontraktor dan pelesen berkenaan tidak menghormati undang-undang dan seumpamanya satu tamparan bagi menteri besar.
"Menteri besar asyik meminta saya mengemukakan bukti bagi pembalakan haram tetapi mengelak daripada bercakap atas kegiatan pembalakan yang dijalankan dalam tempoh larangan pembalakan.
"Adakah menteri besar cuba melindungi mana-mana pihak," soalnya.
Tambah Lee, dia juga mengalu-alukan tawaran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Sri Dr Sallehuddin Ishak untuk turun padang bersama.
"Beliau boleh menghubungi saya pada bila-bila masa, saya boleh melawat tapak penebangan bersamanya dengan penduduk tempatan bagi membantu kerajaan negeri dalam siasatannya.
"Berlakunya banjir yang paling teruk di Bentong pada 18 Disember lalu dan ribuan keluarga terkesan.
"Tidak cukup besarkah pengajaran ini," soalnya sambil bertegas kerajaan negeri perlu memandang serius terhadap kegiatan pembalakan dalam negeri dan kesannya terhadap banjir. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/01/dakwaa-tiada-pembalakan-di-bentong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Besar Tinjau Kawasan Gesa Rakyat Henti Tohmah Balak Punca Banjir Di Bentong

Menteri Besar Tinjau Kawasan Gesa Rakyat Henti Tohmah Balak Punca Banjir Di Bentong

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Menteri Besar Pahang Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail meminta orang ramai dan netizen menghentikan cakap cakap dan tohmahan berkenaan punca banjir di Bentong akibat daripada aktiviti pembalakan Menurutnya tinjauan udara yang ...
Al Fatihah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

Al Fatihah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 275 hits
KUANTAN Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang Datuk Abdul Wahab Mohamad Ali meninggal dunia hari ini Abdul Wahab 61 meninggal dunia dipercayai menghidap kanser darah di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini pada jam 5 42 petang Sepanjang pe...
Maszlee Calon Menteri Besar Johor Jika Pakatan Harapan Menang

Maszlee Calon Menteri Besar Johor Jika Pakatan Harapan Menang

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 248 hits
BEKAS Menteri Pendidikan Maszlee Malik telah disebut sebut sebagai antara nama calon Menteri Besar Johor seandainya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Negeri kali ini Sumber memaklumkan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkemungkinan b...
Wartawan Tua Dedahkan Ada Permit Kawasan Pembalakan Di Luluskan Di Hutan Bentong

Wartawan Tua Dedahkan Ada Permit Kawasan Pembalakan Di Luluskan Di Hutan Bentong

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 134 hits
BENTONG Aktivis alam sekitar Khaidir Ahmad hari ini mendedahkan adanya kawasan pembalakan di hutan Bentong dekat sini Malah kawasan pembalakan yang mempunyai permit itu di dakwa berlaku di Hutan Simpan Kuala Raka Khaidir Ahmad dalam posting...
Kerajaan Kelantan Nafi Pembalakan Punca Harimau Berkeliaran Di Gua Musang

Kerajaan Kelantan Nafi Pembalakan Punca Harimau Berkeliaran Di Gua Musang

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 193 hits
Kejadian harimau masuk kampung bukan pertama kali berlaku KOTA BHARU Kerajaan negeri Kelantan menafikan harimau berkeliaran di penempatan Orang Asli di Gua Musang sejak beberapa hari lepas berpunca daripada aktiviti pembalakan Timbalan Ment...
Mungkin Harimau Tu Keluar Cari Timbalan Menteri Besar

Mungkin Harimau Tu Keluar Cari Timbalan Menteri Besar

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 190 hits
Jika pembalakan penyebab harimau keluar mengapa binatang liar lain tak berkeliaran soal Mohd Amar January 26 2022 Mohd Amar Nik Abdullah mempersoalkan mengapa binatang liar lain seperti gajah dan beruang tidak berkeliaran di perkampungan or...
Menteri Besar Johor Sedang Sebuk

Menteri Besar Johor Sedang Sebuk

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 210 hits
PESURUHJAYA PAS JOHOR JANGAN LA KACAU MB JOHOR NAK JUMPA MB JOHOR ADA URUSAN APA KAN KE UMNO BN DAH NAGI TAHU MEREKA BAK BERTANDING SOLO LUPAKAN LA MN TU MN TU TAK BERDAFTARPUN JANGAN HEGEH HEGEH LA PAS KAN DAH ADA BERSATU CUKUP LA TUU KAT ...
Pahang Govt Wants Opposition Reps To Prove Bentong Logging Claim

Pahang Govt Wants Opposition Reps To Prove Bentong Logging Claim

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 207 hits
Pahang Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail has urged two opposition assemblypersons to prove their claims of logging in the Bentong area in Pahang That s what they claim Don t listen to them We know what type of people they are I can t rely ...
Menkominfo Pandemi Buka Harapan Besar Akselerasi Transformasi Digital

Menkominfo Pandemi Buka Harapan Besar Akselerasi Transformasi Digital

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 246 hits
Menkominfo menilai Indonesia mampu beradaptasi dengan transformasi digital
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

5 Sebab Untuk Rebut Peluang Memiliki Kediaman Di Laman Sendayan 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Petua Bawang Kisar Supaya Tak Cepat Rosak

Gani Famous Pasembur Pulau Pinang

Goreng Sekali Elok Gebu Tak Merekah Ini Tip Buat Bergedil Paling Menjadi

Danar Widianto Feat Gloria Jessica Nuansa Romansa Chord