Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Azmin Berhubung Jawatan Pm Soal Ronnie Liu



(FMT) – Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu bersedia untuk dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti itu susulan kenyataannya bersedia membentuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) tanpa PPBM.
Beliau bagaimanapun mempersoalkan kenapa Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak dikenakan tindakan selepas beliau secara terbuka menentang perjanjian PH mengenai penyerahan jawatan perdana menteri kepada presiden parti itu Anwar Ibrahim.
“Apa pun keputusannya, saya akan tetap berpegang pada niat baik dan sebagai wakil rakyat melihat rakyat sebagai ketua saya,” katanya dalam kenyataan kepada FMT hari ini.
Sebelum ini, Azmin berkata Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad patut kekal sebagai perdana menteri sepanjang mandat lima tahun pemerintahan PH.
Dalam perjanjian yang dipersetujui pimpinan PH sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Mahathir harus menyerahkan kuasa kepada Anwar, tetapi tiada tarikh tepat dinyatakan.
Bagaimanapun tempoh masa dua tahun selalu disebut-sebut sebagai had masa peralihan kuasa itu akan dibuat.
Semalam Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook berkata, Liu akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti berhubung kenyataannya sebelum ini.
Loke berkata, tindakan Liu merupakan satu tindakan sabotaj yang serius dengan tujuan menjejaskan kestabilan dan memecahkan perpaduan dalam kerajaan PH.
Selasa lalu, Liu membidas prestasi Mahathir dan berkata, sekiranya pengerusi PPBM itu cuba memecahkan PH, parti DAP, PKR, Amanah, Warisan dan Upko masih boleh bergabung dan membentuk kerajaan baru tanpa PPBM.
Selain itu, Liu turut mendakwa Mahathir mahu mengikut model pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai sebuah parti dominan Melayu untuk mengawal pakatan itu.
Liu juga mempersoalkan pendirian Mahathir yang menerima bekas ahli Umno sebagai ahli PPBM, selain kegagalan menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar.
Dalam pada itu, Liu yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek berkata, beliau yakin dirinya tidak bersalah kerana hanya bercakap mewakili rakyat.
Katanya, beliau akan terus mempertahankan hak kebebasan bersuara dan menegaskan pandangannya itu tidak mewakili kedudukannya dalam DAP.
“Tidak ada niat untuk mewujudkan ketidakharmonian dalam PH dan pastinya dalam parti yang saya telah berkhidmat selama bertahun-tahun.
“Banyak perkara yang saya bangkitkan juga adalah berdasarkan respons terbuka rakyat menerusi media sosial,” katanya.
Liu berkata, beliau tidak boleh membenarkan PH tidak menunaikan janji yang dibuat, terutama dalam manifesto sebelum PRU14.
Katanya, rakyat bimbang banyak janji yang dibuat tidak ditunaikan, terutama apabila Mahathir sendiri berkata bahawa manifesto itu dibuat pada masa PH menganggap ia tidak akan menguasai kerajaan persekutuan.
“Kita tidak boleh membenarkan PH, hatta perdana menteri sendiri, untuk menyeret kita ke jalan yang sama yang diambil oleh bekas rejim Barisan Nasional(BN),” katanya.
Liu berkata, rakyat tidak berpuas hati dengan Mahathir apabila senarai janji PH tidak dipenuhi seperti janji berkaitan Lynas, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), penghapusan tol, pinjaman PTPTN, royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, Mahathir tidak boleh bertindak secara sepihak, terutama berkait isu yang memberi kesan ke atas keyakinan rakyat terhadap PH.
“Terbaru, beliau turut menimbulkan kemarahan kerajaan beberapa negara lain dan memberi kesan ke atas hubungan dua hala.
“India misalnya telah memutuskan untuk memboikot minyak kelapa sawit.
“Ini akan menggugat ekonomi kita, terutamanya jika China juga bertindak sama susulan komen beliau mengenai ketua eksekutif Hong Kong, Carrie Lam,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/10/24/kenapa-tiada-tindakan-terhadap-azmin-berhubung-jawatan-pm-soal-ronnie-liu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ronnie Liu Kecam Mahathir Lagi Dan Pertikaikan Azmin

Ronnie Liu Kecam Mahathir Lagi Dan Pertikaikan Azmin

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 285 hits
Jangan benar Mahathir heret PH ke jalan sama dengan BN Saya sedia berdepan jawatankuasa disiplin parti kerana saya percaya dengan hati nurani bahawa saya tidak salah Sebagai penyokong setia Pakatan Harapan menjadi kewajipan dan tanggungjawa...
Tindakan Disiplin Dap Terhadap Ronnie Tahap Wayang

Tindakan Disiplin Dap Terhadap Ronnie Tahap Wayang

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 260 hits
Pengerusinya Chong Chieng Jen menyifatkan kata dua Syed Saddiq berkenaan tindakan ke atas Ronnie Liu yang mengkritik Mahathir adalah tidak matang Pihak luar juga tidak terikat serangan ke atas pemimpin DAP wajar diteruskan bila masa
Diskriminasi Terhadap Pemohon Kerja Majikan Bakal Dikenakan Tindakan

Diskriminasi Terhadap Pemohon Kerja Majikan Bakal Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 278 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Jangan Benar Mahathir Heret Ph Ke Jalan Sama Dengan Bn Ronnie Liu

Jangan Benar Mahathir Heret Ph Ke Jalan Sama Dengan Bn Ronnie Liu

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 354 hits
Saya sedia berdepan jawatankuasa disiplin parti kerana saya percaya dengan hati nurani bahawa saya tidak salah Sebagai penyokong setia Pakatan Harapan menjadi kewajipan dan tanggungjawap saya sebagai wakil rakyat untuk bersuara bagi pihak r...
Ronnie Liu Dirujuk Ke Jawatankuasa Displin Kerana Biadap

Ronnie Liu Dirujuk Ke Jawatankuasa Displin Kerana Biadap

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 271 hits
Ronnie Liu Dirujuk Ke Jawatankuasa Displin Kerana Biadap Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke akan merujuk Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP Ronnie Liu kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung kenyataannya bahawa Pakatan Harapan b...
Dap S Ronnie Liu Hits Out At Dr Mahathir Again

Dap S Ronnie Liu Hits Out At Dr Mahathir Again

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 297 hits
The people are concerned that the government that they have elected is not able to deliver the promises in the manifesto especially when the Prime Minister Dr Mahathir himself said that the manifesto was crafted at a time when Pakatan thoug...
Why Punish Ronnie Liu For Telling The Truth

Why Punish Ronnie Liu For Telling The Truth

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 339 hits
The real crux of the matter is the truth hurts and what Ronnie Liu wrote hurts very badly That is why some in DAP are angry with him Ronnie did not lie What he said is true and an opinion which many of the DAP and Pakatan Harapan supporters...
Ronnie Liu Adalah Suara Penyelamat Patut Ada 100 Lagi Sepertinya Dalam Ph

Ronnie Liu Adalah Suara Penyelamat Patut Ada 100 Lagi Sepertinya Dalam Ph

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 292 hits
Jika diperhalusi walaupun kenyataan AJK Pusat DAP Ronnie Liu berkaitan Tun Mahathir Mohamad dan Bersatu baru baru ini dilihat kasar dan tidak wajar niat beliau tidak lain adalah untuk memastikan PH sentiasa berada di landangan perjuangannya...
Ronnie Saya Bersedia Tetapi Bagaimana Dengan Azmin

Ronnie Saya Bersedia Tetapi Bagaimana Dengan Azmin

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 222 hits
Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat DAP Ronnie Liu bersedia berdepan dengan jawatankuasa disiplin parti itu berhubung kenyataannya mengenai Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Bersatu Dalam satu kenyataan hari ini Adun Sungai Pelek itu tur...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton