Tol Percuma Tambah Keceriaan Rakyat Sambut Hari Raya Pukulan Kepada Kegagalan Tun Mahathir


 
Sebahagian daripada mereka yang tinggal di ibukota sekarang ini sudah pun berada di kampung masing-masing untuk menyambut hari raya yang dijangka disambut pada hari Selasa.
Setelah dua tahun tidak dapat pulang berhari raya kerana kekangan PKP, kepulangan ke kampung pada tahun ini tentu saja amat-amat menggembirakan semua.
Lebih berganda lagi kegembiraan tahun ini ialah kerana selain dibenarkan mengeluarkan caruman KWSP sebanyak RM10 ribu, tol di laluan lebuhraya utama itu juga diumumkan percuma.
Di samping tol percuma di lebuhraya utama, banyak lebuhraya lain turut memberi potongan sebanyak 50 peratus dan ianya terpakai untuk semua jenis kenderaan.
Tol percuma dan diskaun itu berkuatkuasa selama tiga hari sebelum ketibaan hari raya dan dua hari lagi pada hujung minggu depan ketika mereka mahu kembali ke ibu kota semula.
Bagi rakyat kebanyakan, ini adalah hadiah paling menggembirakan untuk hari raya tahun ini.
Beberapa saudara mara dan kawan-kawan tidak menyembunyikan kegembiraan mereka dapat pulang ke kampung berhari raya dengan tol percuma pada kali ini.
Meskipun ada kesesakan jalanraya, ianya terubat dengan tol percuma itu.
Mengimbas tentang tindakan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tol percuma dan diskaun sehingga 50 peratus pada tahun ini, semua ini sebenarnya adalah petanda kelemahan dan kegagalan Tun Mahathir Mohamad selama memimpin kerajaan PH selama 22 bulan sebelum ini.
Kalaulah janji menghapuskan tol benar-benar ditunaikan setelah PH berjaya menjadi kerajaan sebagaimana ianya telah dimanifestokan dalam PRU14 lalu, Ismail Sabri mungkin tiada peluang langsung mengumumkan tol percuma dan diskaun 50 peratus untuk hari raya tahun ini.
Tetapi, disebabkan kegagalan Tun Mahathir itu, malah melukakan hati rakyat dengan mengatakan “manifesto bukan kitab suci”, itulah yang menyebabkan bermulanya penolakan serta bercambahnya kebencian.
Apa yang berlaku selebihnya kepada PH dan Tun Mahathir adalah suatu sejarah, tetapi banyak iktibar yang boleh diambil daripadanya.
Bayangkan, dapat tol percuma untuk hari raya pun sudah cukup membuatkan rakyat gembira, apatah lagi jika percuma buat selama-lamanya?
Dalam hal ini, di samping pengajarannya ialah jangan main-main dengan janji kepada rakyat, kita juga jangan sesekali bersikap khianat dan tikam kawan sendiri apabil beroleh kuasa.
Hari ini, dengan apa yang dilakukan Ismail Sabri berkaitan tol itu, tidak dinafikan beliau telah meraih laba politik yang lumayan daripadanya, di samping merupakan pukulan terhadap kegagalan Tun Mahathir.
Ia bukan salah Ismail Sabri kerana sebagai Perdana Menteri yang telah dinamakan UMNO sebagai “poster boy” bagi menghadapi PRU15 datang, selain tugasnya ialah memberi kesejahteraan kepada rakyat, beliau juga semestinya akan berbuat sesuatu yang boleh membuatkannya disukai serta menambah undi buat dirinya.
Siapa yang tidak mahu kekal lebih lama sebagai Perdana Menteri?
Maka, turut dipercayai, banyak lagi pengumuman yang akan melegakan hati rakyat akan dilakukan Ismail Sabri selepas ini.
Semua orang yang jadi Perdana Menteri pasti akan berbuat hal yang sama, kecuali Tun Mahathir dan menteri-menteri kabinet dalam kerajaan PH yang tidak berani berbuat sesuatu untuk memperingatkan Perdana Menteri tentang janji manifesto ketika itu.
Ada kawan dalam UMNO berkata, kalau PRU14 dulu antara sebab yang memenangkan PH ialah janji tol percuma beserta mungkin beberapa sebab yang lain, tol percuma di hari raya yang diumumkan Ismail Sabri tahun ini tidak mustahil menjadikannya mampu kekal lagi sebagai Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 01/05/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/tol-percuma-tambah-keceriaan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Lain Dari Yang Lain Ini Tradisi Unik Negara Luar Sambut Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Lain Dari Yang Lain Ini Tradisi Unik Negara Luar Sambut Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 220 hits
Beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut dan selalunya kita dapat lihat di Malaysia tradisi yang selalu dilakukan adalah balik kampung memakai baju raya membuat lemang serta lauk pauk raya memberi duit raya dan pelbagai lagi Namun ...
Pandu Lalu Sebut Selamat Hari Raya Dapat Baucar Mcdonald Percuma

Pandu Lalu Sebut Selamat Hari Raya Dapat Baucar Mcdonald Percuma

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 335 hits
Ucap Selamat Hari Raya dapat Mekdi PERCUMA Meriahkan Aidilfitri dan gayakan Raya anda untuk dapatkan baucar Mekdi PERCUMA dari 30 April 4 Mei ini di pandu lalu McDonald s Setiap hari sepanjang 5 hari ini 100 baucar makanan akan diberikan di...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1443h 2022m

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1443h 2022m

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 303 hits
EID MUBARAK SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1443H 2022M TO ALL MINAL AIDIN WAL FAIDZIN Wish you all a happy and peaceful Eid Ul Fitr and may ALLAH bless and reward all of you with the blessings of Heaven from home to home and heart to heart f...
Hari Raya Is Dead

Hari Raya Is Dead

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 413 hits
So no No Selamat Hari Raya There is nothing to celebrate We failed the most important test of Ramadan We do not deserve to celebrate our failure as if we are celebrating victory NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin Over the last two days I ...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Sa Dania

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Sa Dania

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 216 hits
Assalamualaikum SA ambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Ampun maaf dipinta sekiranya ada terkasar bahasa tersilap kata sepanjang mengenali korang dalam dunia maya ini Raya raya jugak tapi jaga k...
Buasir Otak Tv Negara Asean Menyambut Hari Raya Countryhumans

Buasir Otak Tv Negara Asean Menyambut Hari Raya Countryhumans

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 407 hits
Kisah negara ASEAN iaitu Malaysia Indonesia Brunei Thailand dan Singapura menyambut Hari Raya pada tahun 2022 Jom tonton animasi ini
Sudden Hari Raya Announcement Boon For Small Traders In Kl

Sudden Hari Raya Announcement Boon For Small Traders In Kl

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 227 hits
Ramadan bazaar traders in Kuala Lumpur enjoyed brisk business last night with many people desperate to finish their shopping PETALING JAYA The announcement that Hari Raya Aidilfitri begins today turned out to be a boon for many small trader...
Hari Raya 2022 2 Jokes

Hari Raya 2022 2 Jokes

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 354 hits
An American businessman came to Malaysia on a business trip but he does not fancy Malaysian food so he asks the concierge at his hotel if there s any place around where he can get American food The concierge tells him he s in luck there s a...
Gobind Calls For Restraint Amid Dewi Sri Pathrakaliamman Temple Relocation Talks

Floods Disrupt Classes At 20 Johor Schools

Demi Keselamatan Puteri Sarah Pinjamkan Bodyguard Teman Bella Astillah Di Mahkamah

Senarai Masjid Tercantik Di Malaysia 2025

Panduan Lengkap Bisnes Bakeri Dari Rumah Keuntungan Tinggi Kos Rendah

Roboh Kuil Untuk Bina Masjid Dakwaan Bahawa Kuil Di Dang Wangi Bakal Diroboh

Nutp Lega Kpm Jamin Projek Sekolah Bertingkat Tak Abai Keselamatan

Resepi Sambal Bilis Garing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Ihya Ramadhan Dpmm Gemakan Penyatuan Ummah Ppim 18 03 2025

Rahsia Tuhan Yang Sebenar

Che Ruby Telur Pindang

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 Penjawat Awam Terima Rm500 Pesara Kerajaan Rm250

Koleksi Resipi Set Nasi Yang Sesuai Masak Di Hari Raya

Dua Kegembiraan Yang Kita Akan Kongsi Bersama