Dakwaan Bloomberg Diyakini Kerana Sikap Membisu Pm Dalam Isu Saham Farhash Kata Peguam


Malaysia Now
MalaysiaNow
Oktober 1, 2024 8:36 malam

Ia bukan mengenai Anwar Ibrahim, kata Haniff Khatri Abdulla di sebalik tekanan semakin meningkat untuk perdana menteri membersihkan nama.
Farhash Wafa Salvador dilihat aktif dalam dunia korporat sejak pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, mencetuskan pelbagai tanda tanya mengenai janji reformasi dan tadbir urus baik.
Seorang peguam mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai status laporan berhubung pembelian saham oleh Farhash Wafa Salvador dalam sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kontrak lumayan kerajaan, susulan pendedahan mengejutkan oleh Bloomberg bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menghalang siasatan ke atas bekas setiausaha politiknya itu.

Haniff Khatri Abdulla merujuk ketiadaan apa-apa tindakan susulan SPRM, lebih enam bulan selepas laporan difailkan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Isham Jalil.

Isham dalam laporannya berkata pembelian saham oleh Farhash berkemungkinan melanggar undang-undang pasaran modal Malaysia dan proses perolehan kerajaan.

"Kenapa mereka diam? Mac tahun ini sampai sekarang, tak ada kenyataan (mengenai) Sejak perkembangan siasatan," kata Haniff kepada MalaysiaNow.

"Yang ada cuma kenyataan rambang Farhash yang mengatakan dia sudah jual saham itu."

Walaupun kedua-dua SPRM dan Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan Bloomberg itu, ia mengundang reaksi pelbagai pihak yang menggesa Anwar menyaman agensi berita kewangan itu untuk membersihkan namanya.

Dalam laporannya minggu lalu, Bloomberg memetik tiga sumber yang mendakwa Anwar pernah mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki supaya tidak menyiasat Farhash berhubung pembelian saham dalam Heitech Padu Berhad.

Punca kebimbangan ramai ialah syarikat itu disenarai pendek untuk kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion bagi pembangunan sistem imigresen baharu.

"Kerusi perdana menteri telah dicemari oleh laporan Bloomberg. Ini bukan soal Anwar Ibrahim tetapi mengenai kerusi perdana menteri."

Farhash, 41, dilantik sebagai pengerusi 7-Eleven Malaysia milik taikun Vincent Tan, hanya lima minggu selepas Anwar mengambil alih kerajaan.

Mac lalu, bekas pengerusi PKR Perak itu membeli 15.91% pegangan dalam HeiTech Padu melalui syarikatnya Rosetta Partners Sdn Bhd.

Rosetta Partners ialah anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd, firma yang dimiliki Farhash bersama Sultan Kelantan, Muhammad V.

Sehari selepas pembelian itu, HeiTech Padu dilanjutkan kontrak menyelia Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) bernilai lebih RM13 juta.

Pada 15 April, syarikat itu diberikan kontrak daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM190 juta, disusuli Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang mencabar pengkritik melaporkan kepada SPRM.

Tiga hari kemudian, Farhash dilaporkan tidak lagi pemegang saham terbesar Heitech Padu susulan perubahan struktur Mfivesouthsea Sdn Bhd.

Bulan lalu, Heitech sekali lagi menjadi perhatian apabila diberikan satu lagi kontrak JPJ bernilai RM133.73 juta.Haniff Khatri AbdullaHaniff berkata isu utama bukan sama ada Farhash sudah melepaskan pegangan sahamnya, tetapi sama ada pembelian itu mengandungi unsur "insider trading", situasi di mana seseorang kedudukannya atau sumber dalaman dibekalkan maklumat mengenai syarikat yang boleh memberi kesan kepada harga saham.

"Adakah dia dapat maklumat daripada sumber kerajaan yang membolehkan dia tahu syarikat itu nak dapat kontrak?" soal Haniff.

Beliau memberikan analogi seorang perogol yang mengahwini mangsanya bagi menghalalkan jenayah itu.

Menurutnya, pembelian saham itu masih perlu disiasat bagi menghapuskan sebarang keraguan.

Haniff berkata selain SPRM, polis dan Suruhanjaya Sekuriti (SC), badan yang mengawal selia pasaran modal Malaysia, juga membisu.

Begitu juga Anwar, yang menurutnya masih belum menunaikan janjinya memberikan penjelasan.

Sebelum ini, Anwar berkata akan menyemak dengan Perbendaharaan mengenai butiran pembelian saham melibatkan orang kuatnya itu.

Haniff berkata isu Heitech menjadi punya orang ramai tidak meragui dakwaan Bloomberg.

"Selepas enam bulan, tak ada kenyataan Anwar (mengenai pembelian saham oleh Farhash)."

Haniff berkata adalah penting bagi Anwar membersihkan bukan sahaja namanya tetapi juga imej kerajaan dengan menyangkal dakwaan Bloomberg dalam mahkamah.

"Kerusi perdana menteri telah dicemari oleh laporan Bloomberg. Ini bukan soal Anwar Ibrahim tetapi mengenai kerusi perdana menteri.

"Kalau beliau tidak saman, maka sepatutnya polis menyiasat SPRM dan Anwar."

Semalam, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin membuat laporan polis menggesa Anwar disiasat atas salah guna kuasa.

Ia berdasarkan laporan Bloomberg yang sama yang mengatakan perdana menteri mengarahkan Azam untuk menyiasat Daim dan Dr Mahathir Mohamad, kedua-duanya musuh politik Anwar.

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan kita, seorang perdana menteri tertakluk kepada undang-undang sama seperti orang lain," menurut laporan polis dibuat isteri Daim, Naimah Khalid di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya semalam.

Haniff berkata kegagalan Anwar membawa perkara itu ke mahkamah dikhuatiri akan ditafsirkan sebagai pengakuan terhadap dakwaan yang terkandung dalam laporan Bloomberg.

"Selagi anda tak ambil tindakan, selagi itu anda membenarkan pihak media terutamanya media antarabangsa untuk membuat dakwaan yang mungkin palsu dan mencemarkan nama negara kita."

Beliau berkata kenyataan penafian atau jawapan Parlimen tidak mencukupi untuk membersihkan namanya.

"Yang lebih baik daripada kenyataan penafian adalah tindakan undang-undang sebab (ini) kali kedua," katanya merujuk kepada satu lagi laporan Bloomberg yang mendakwa Anwar berbincang dengan taikun mengenai cadangan membina kasino di Forest City, Johor.

Walaupun Anwar menafikan dakwaan itu, beliau tidak mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya.

MalaysiaNow telah menghubungi Farhash untuk mendapatkan maklum balas, selain SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti.

Anwar dalam pada itu mengelak wartawan yang cuba menyoalnya mengenai isu itu ketika hadir di sebuah majlis di Kuala Lumpur hari ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/dakwaan-bloomberg-diyakini-kerana-sikap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Twice Too Many Calls Grow For Anwar To Sue Bloomberg Over Claim He Spared Farhash From Graft Probe

Twice Too Many Calls Grow For Anwar To Sue Bloomberg Over Claim He Spared Farhash From Graft Probe

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 107 hits
It is convenient to issue an official statement every time Bloomberg behaves like this Saying the allegation involves abuse of power Rafique Rashid urges Cabinet to question Anwar on the issue surrounding his former political secretary Call...
Penafian Sprm Tak Cukup Anwar Mesti Saman Bloomberg Peguam

Penafian Sprm Tak Cukup Anwar Mesti Saman Bloomberg Peguam

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 127 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 27 2024 9 20 PMPeguam Haniff Khatri Abdulla meminta Anwar Ibrahim supaya memfailkan saman terhadap media antarabangsa Bloomberg yang melaporkan Perdana Menteri itu campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pen...
Pendakwaan Sangat Bergantung Pada Keterangan Dengar Cakap Kata Peguam Najib

Pendakwaan Sangat Bergantung Pada Keterangan Dengar Cakap Kata Peguam Najib

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 120 hits
freemalaysiatoday com19 Sep 2024 04 15 PMShafee Abdullah berhujah keterangan beberapa saksi pendakwaan diperhitungkan untuk memudaratkan Najib Razak Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berh...
Tak Pernah Tahu Isu Dalam Gisbh Ppim Nafi Dakwaan Bersekongkol Utusan Tv 21 09 2024

Tak Pernah Tahu Isu Dalam Gisbh Ppim Nafi Dakwaan Bersekongkol Utusan Tv 21 09 2024

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 73 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia menafikan sekeras kerasnya dakwaan kononnya pertubuhan bukan kerajaan itu bersekongkol melindungi kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd dan turut mengamalkan ajaran sesat Sehubungan itu Ketua Aktivis PPIM Datuk Na...
Silence By Pm Multiple Agencies In Farhash Controversy Lends Credibility To Bloomberg Report Lawyer Warns

Silence By Pm Multiple Agencies In Farhash Controversy Lends Credibility To Bloomberg Report Lawyer Warns

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 36 hits
It is not about Anwar Ibrahim says Haniff Khatri Abdulla as pressure mounts on the prime minister A lawyer has questioned the Malaysian Anti Corruption Commission on the status of a report on Farhash Wafa Salvador s purchase of shares in a ...
Isteri Daim Buat Laporan Polis Minta Siasat Dakwaan Dalam Artikel Bloomberg

Isteri Daim Buat Laporan Polis Minta Siasat Dakwaan Dalam Artikel Bloomberg

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 55 hits
Toh Puan Na imah Khalid isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin hari ini membuat laporan polis berhubung artikel Bloomberg mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap suaminya Sebelum ini laporan Bloomberg dengan memet...
Wanita 62 Tahun Ditahan Bantu Kes Kehilangan Sabari Jangan Kata Polis Tak Bertindak

Wanita 62 Tahun Ditahan Bantu Kes Kehilangan Sabari Jangan Kata Polis Tak Bertindak

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 132 hits
Zuliaty Zulkifflibhnews bh com mySUNGAI PETANI Polis mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 62 tahun bagi membantu siasatan kehilangan pesara pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan di Baling pada 3 September lalu Ketua Polis Kedah Da...
Padan Muka Hangpa Sanusi Kata Keeja Tuhan Dan Dia Tak Tau

Padan Muka Hangpa Sanusi Kata Keeja Tuhan Dan Dia Tak Tau

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 63 hits
Bagaimana Duit Bantuan di curi Banjir di Kedah tidak asing lagi apabila menjelang bulan 9 hujan akan turun bukan kepalang menaikkan paras sungai sehingga melimpah Rumah yang kebiasaannya akan dinaikkan air setiap kali masuk bulan 9 akan sen...
3 Cara Kemaskini Mysejahtera Maklumat Keputusan Ujian Dan Kata Laluan

Habislah Abahcow Sprm Panggil Dr Maszlee Kongsi Maklumat 1bestarinet

Menjelang Pru16 Perikatan Nasional Mungkin Sudah Bubar

New Day

Dapat Barang Daripada Libresse

Lubnan Pula Pasrelief Bantucemas Rm41 200 Bia Dap

Lirik Lagu Glimpse Of Us Joji

Gagal Melepasi Palang Tol Lelaki Bertumbuk Dengan Penjaga Tol


echo '';
5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat

Cara Undi Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Mingguan Akhir 30 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton

Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton


I Am Alone But Not Lonely

Tetap Setia Definisi Dalil Dan Penerapannya Dalam Islam

Ayam Gepuk Top Global Dah Ada Di Alor Setar

Perlu Ke Wanita Risau Tentang Penyakit Jantung

Lesen B Full Nak Bagi Ke Tak

Teksi Tenggelam Dalam Lubang Benam Dipenuhi Air