Penafian Sprm Tak Cukup Anwar Mesti Saman Bloomberg Peguam


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 27, 2024 9:20 PM
Peguam Haniff Khatri Abdulla meminta Anwar Ibrahim supaya memfailkan saman terhadap media antarabangsa, Bloomberg yang melaporkan Perdana Menteri itu campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Peguam itu merujuk laporan Bloomberg di mana SPRM didakwa menerima arahan Anwar untuk tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador berhubung dakwaan pemilikan saham dalam sebuah syarikat.

"Sebagai seorang pengamal undang-undang dan rakyat Malaysia, saya berpendapat bahawa perdana menteri sebagai jawatan tertinggi urus tadbir negara perlu pada setiap masa mengambil langkah-langkah yang dibenarkan di bawah undang-undang untuk mengukuhkan nama baik kerusi perdana menteri dan negara ini.

"Sekiranya ada media antarabangsa seperti Bloomberg berani membuat satu laporan palsu tanpa usul periksa, maka langkah sebaiknya adalah tindakan undang-undang fitnah -defamation yang wajar perlu diambil dalam kes ini," kata Haniff dalam rakaman video yang dimuat naik di Facebook miliknya petang ini.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini menafikan laporan media tersebut dan menyifatkannya sebagai tohmahan liar.

Meskipun tidak menamakan mana-mana individu, suruhanjaya itu jelas merujuk kepada laporan MalaysiaNow yang memetik artikel daripada Bloomberg.
Haniff bagaimanapun berkata penafian SPRM sahaja tidak memadai untuk memastikan jawatan perdana menteri tidak disalahgunakan.

“Penafian baik tetapi tidak cukup sebab bukan sahaja nama peribadi perdana menteri itu ditohmahkan, tetapi yang lebih penting bagi rakyat Malaysia, kerusi perdana menteri dicampuradukkan sebagai kerusi yang menyeleweng atau kononnya menyalahgunakan kuasa dengan memberi arahan kepada SPRM," jelasnya.

Tambahnya, Anwar pada 27 Mac lalu turut dipetik berkata bahawa dia sendiri akan menyemak mengenai isu itu dengan kementerian kewangan.

Kata Haniff, hari ini genap enam bulan tetapi masih tiada kenyataan lengkap dikeluarkan oleh perdana menteri.

Farhash pada Mac lalu dilaporkan memiliki pegangan saham terbesar dalam Heitech Padu Berhad yang memperoleh kontrak RM190 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk penyelenggaraan dan sokongan teknikal Infrastruktur ICT termasuk MySikap di pusat data dan pejabat JPJ.

Bagaimanapun HeiTech Padu dalam makluman kepada Bursa Malaysia kemudiannya berkata Farhash tidak lagi menjadi pemegang saham utama dalam syarikat berkenaan.

Pada 19 Mac, Farhash menjelaskan pegangan saham dalam HeiTech Padu Bhd melalui syarikat Rosetta Partners Sdn Bhd adalah milikan bersamanya dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Pada April lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa HeiTech Padu menang tender JPJ secara tender terbuka tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan bahawa Anwar mengeluarkan arahan kepada SPRM dan ketua pesuruhjayanya Azam Baki untuk tidak menyiasat pemilikan saham berkenaan.

Di sebalik penafian PMO, ketua penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari malam tadi mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg sekiranya laporan tersebut tidak benar.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/penafian-sprm-tak-cukup-anwar-mesti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Minta Kira Duit Siap2 Keluarga Abang Bas Mahu Saman Selebriti Amp Netizen

Peguam Minta Kira Duit Siap2 Keluarga Abang Bas Mahu Saman Selebriti Amp Netizen

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 108 hits
Peguam minta kira duit siap siap kerana pihak keluarga Abang Bas mahu mengambil tindakan undang undang kepada pihak pihak tertentu termasuklah selebriti kerana didakwa menimbulkan syak wasangka kepada pemuda terbabit sewaktu di ditahan Meme...
Pmx Didesak Saman Bloomberg Jika Kenyataan Salah

Pmx Didesak Saman Bloomberg Jika Kenyataan Salah

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 115 hits
harakahdaily netSeptember 27 2024Zurk AhmadKUALA LUMPUR Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani didesak saman Bloomberg atas dakwaan telah mengarahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak menyia...
Bini Nasihat Tu Masa Kat Jepun Mesti Kena Bisik

Bini Nasihat Tu Masa Kat Jepun Mesti Kena Bisik

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 65 hits
Desa HM Sembang kemaih Macam hang terra sangat konon the greater panglima Dah ada bau2 Sungai Buloh ker Nusi Nanti masuk Sg Buloh sapa nak jaga adik polis
Anwar S Progressive Islam Or Hadi S Conservative Islam

Anwar S Progressive Islam Or Hadi S Conservative Islam

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 82 hits
Dennis Ignatius 1 Professor Tajuddin Rasdi posits the view that Malaysians and especially non Malays have a stark choice before them Prime Minister Anwar Ibrahim s progressive Islam or Hadi Awang s conservative Islam 2 According to him Anwa...
Mesti Banyak Reta Kan Lama Tak Istihar Reta Mp Pas Dan Bersatu Tak Mau Join Ke

Mesti Banyak Reta Kan Lama Tak Istihar Reta Mp Pas Dan Bersatu Tak Mau Join Ke

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 69 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata dua anak Mahathir iaitu Mirzan dan Tan S...
Kartel Dalam Sektor Pertanian Mesti Ditamatkan Kata Pm

Kartel Dalam Sektor Pertanian Mesti Ditamatkan Kata Pm

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 84 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim menegaskan amalan kartel dalam sektor pertanian negara mesti dihentikan serta merta menurut laporan Bernama Anwar berkata sistem lapuk mengimport benih melalui kartel dan monopoli mesti dihentikan dan keputusan...
Tak Kaoke Tak Boleh Kot Pas Kata Apa Mesti Halai

Tak Kaoke Tak Boleh Kot Pas Kata Apa Mesti Halai

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 86 hits
Dulu masa PMX karaoke semua penunggang agama menyalak macam nak runtuh Masjid Rusila Tapi hari ini dah jadi penyakit Tak ada karaoke tak nampak syarie pula Demikianlah Parti PAS Dulu masa DAP kata nak kerjasama dengan PAS tapi bukan dengan ...
Islam In Malaysia At A Crossroads Says Anwar

Islam In Malaysia At A Crossroads Says Anwar

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 98 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said certain groups have tarnished the sanctity of Islam by sowing hatred through the religion PETALING JAYA Islam in Malaysia is at a crossroads because of certain groups that are using the religion to sow hatr...
Terbaik Ds Anwar Pmx Ds Mat Sabu Makin Meroyan Lah Geng Kaki Fitnah Pn

Terbaik Ds Anwar Pmx Ds Mat Sabu Makin Meroyan Lah Geng Kaki Fitnah Pn

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 75 hits
Meski telah wujud pelbagai usaha Kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dengan laju dengan menjadikan negara sebagai hab semikonduktor menarik sejumlah pelaburan yang tinggi ke dalam negara tetapi ini semua tidak pernah mengurangkan perh...
Creative Com Domain Name Ideas

Bahaya Bahan Pewarna Kimia Dalam Kehidupan Seharian

Madrasah Terapung 6 Hari Bergambar Gisbh Seleweng

Exquisite Diamond Pendants Malaysia Diamond Talk

Rafique Gives Statement To Police Over Ceramah About Pm

Penafian Sprm Tak Cukup Anwar Mesti Saman Bloomberg Peguam

Free Credit Rm50 No Deposit How To Boost Your Bankroll Without Spending A Dime

Sang Saka Penipu


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Cara Terbaik Perangi Jerawat Jangan Biar Jerawat Mengambil Alih Wajahmu

Port Sarapan Warung Selekoh Kambing Jenderam Hulu

Suami Bakar Isteri Suka Berhutang

Pengundi Dun Mahkota Pilih Wakil Rakyat Hari Ini

Mahkota Poll A Test For Dap To Ensure Chinese Voters Back Bn

Kain Rentang Provokatif Cemari Proses Prk Mahkota Ahmad Maslan