Dakwaan Ahmad Maslan Boleh Makan Diri


bebasnews.my
By Ahmad Abdul Hamid
-07/01/2021

Ahmad Maslan FOTO: NSTP.Oleh Ahmad Abd Hamid

SEBELUM ini ia dianggap cakap-cakap atau andaian sahaja. Tetapi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sudah mengesahkan punca utama parti itu tidak senang dengan kerajaan Pakatan Nasional (PN) ialah kerana PN membiarkan kes mahkamah melibatkan para pemimpin UMNO diteruskan.

Menurutnya, inilah punca paling utama berbanding dengan isu lain seperti tidak diberi jawatan penting dalam kabinet atau komposisi kabinet yang tidak seimbang.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) menyifatkan dakwaan (di sini) terhadap para pemimpin UMNO, termasuk dirinya, sebagai zalim dan kezaliman ini dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kerana itu Ahli Parlimen Pontian itu mahu apabila PN berkuasa, dakwaan tersebut tidak diteruskan. Oleh kerana pendakwaan atau perbicaraan tetap berjalan, beliau menggambarkan kerajaan PN juga zalim.

Justeru beliau menekankan perlunya pilihan raya diadakan segera agar kerajaan baharu dibentuk. Maksud tersiratnya ialah kerajaan baharu ini, jika ditunjangi oleh UMNO, akan menggugurkan dakwaan yang dihadapi para pemimpin parti itu.

Baginya oleh kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan lagi perdana menteri; Tommy Thomas bukan lagi peguam negara dan Latheefa Koya bukan lagi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dakwaan terhadap para pemimpin UMNO sepatutnya tidak diteruskan.

Adakah Ahmad Maslan sedar apa yang beliau katakan sebenarnya boleh memberi implikasi tidak baik terhadap UMNO sendiri dan sistem kehakiman negar?

Kenyataannya boleh makan diri serta memberi kesan negatif kepada parti seolah-olah UMNO tidak menghormati kedaulatan undang-undang.

Juga seolah-olahnya kes mahkamah boleh ditarik balik atau digugur sesuka hati dengan hanya berdasarkan siapa yang memerintah. Hak mendakwa atau menarik balik dakwaan adalah milik mutlak Peguam Negara. Jangan dicampuri atau cuba mempengaruhi urusan beliau.

Benar beberapa pemimpin UMNO sedang menghadapi kes mahkamah, termasuk Presiden UMNO sendiri. Tetapi mana mungkin dakwaan digugurkan begitu sahaja untuk memuaskan hati individu tertentu.

Pendakwaan terhadap individu di mahkamah bukan mengambil kira kerajaan mana berkuasa ketika itu kerana ia dibuat berdasarkan bukti yang ada. Menjadi tanggung jawab individu yang didakwa untuk membuktikan sebaliknya.

Justeru menyifatkan pendakwaan oleh kerajaan PH sebagai zalim dan kerajaan sekarang bertanggung jawab menghentikannya adalah sangat tidak wajar. Rasional apa yang Ahmad Maslan gunakan?

Perlu diingat, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan perdana menteri kerajaan PN pada Mac 2020, beliau telah menekankan untuk membentuk kabinet yang bersih dan meneruskan agenda anti rasuah.

Tetapi kenyataan Ahmad Maslan jelas menongkah arus sedangkan UMNO juga anggota kerajaan. Ia memberi mesej yang salah seolah-olah rule of law boleh dipermainkan dan diubah sesuai menurut keperluan dan kepentingan pihak tertentu.

Sepatutnya, biarkan proses undang-undang berjalan menurut arah alirannya sendiri, tidak kiralah jika melibatkan parti apa pun atau individu mana sekalipun.

Dengan menyifatkan dakwaan terhadap para pemimpin UMNO sebagai zalim, Ahmad Maslan juga menunjukkan beliau mahu hanya dakwaan melibatkan para pemimpin parti itu sahaja yang dihentikan.

Bagaimana dengan pelbagai dakwaan atas pelbagai tuduhan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat yang berlaku baik ketika era pemerintahan PH atau kerajaan kini? Adakah zalim hanya jika melibatkan pemimpin UMNO sahaja? Zalim itu dari kaca mata siapa?

Tidakkah Ahmad Maslan sedar apa yang beliau luahkan hanya menyerlahkan bahawa matlamat utama UMNO menyertai kerajaan PN kerana mahu kes-kes mahkamah yang melibatkan para pemimpin parti itu dihentikan, bukan sangat demi negara dan rakyat? Adakah kenyataannya mencerminkan pandangan UMNO secara keseluruhannya?

Perbuatannya juga menggambarkan seolah-olah para pemimpin UMNO yang sedang menghadapi dakwaan mahkamah takut menghadapi kes mereka. Inilah persepsi ramai.

Kenapa perlu bimbang sedangkan mereka sendiri sudah cukup bersedia dan kerap menyatakan akan menggunakan mahkamah sebagai platform membersihkan nama?

Rakyat juga akan berlapang dada apabila nama mereka dibersihkan melalui mahkamah daripada terus menyimpan rasa ragu-ragu jika mereka bebas kerana kes digugurkan.

Justeru gunakan peluang ini sebaik-baiknya. Lagi pun seperti kata cerdik pandai, tidak perlu takut jika tidak bersalah. Berani kerana benar.

-BebasNews

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/dakwaan-ahmad-maslan-boleh-makan-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ke Kedai Pasar Raya Restoran Beratur Tiap Hari Mengundi 1 Hari Tak Boleh Soal Ahmad Maslan

Ke Kedai Pasar Raya Restoran Beratur Tiap Hari Mengundi 1 Hari Tak Boleh Soal Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 261 hits
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mempertahankan cadangan parti itu supaya pilihan raya umum ke 15 diadakan ketika ini namun hanya selepas banjir dan vaksinasi Covid 19 mula dilaksanakan Jika boleh ke kedai pasar raya restoran beratur seti...
Kalau Boleh Pergi Pasar Setiap Hari Kenapa Tak Dapat Berkumpul Satu Hari Untuk Mengundi Ahmad Maslan

Kalau Boleh Pergi Pasar Setiap Hari Kenapa Tak Dapat Berkumpul Satu Hari Untuk Mengundi Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 300 hits
Kalau boleh pergi pasar setiap hari kenapa tak dapat berkumpul satu hari untuk mengundi Ahmad MaslanKenyataan Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan baru baru ini yang mengatakan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendidikan tinggi takkan fah...
Kadir Tegur Kj Ahmad Maslan Pecal Basi Bukan Pisang Goreng

Kadir Tegur Kj Ahmad Maslan Pecal Basi Bukan Pisang Goreng

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 287 hits
Tokoh wartawan negara Datuk A Kadir Jasin tidak setuju Setiausaha Agung Umno berfikiran pisang goreng tetapi lebih sesuai kalau dikatakan pecal basi Ini kerana pisang goreng sangat digemari ramai dan sudah menjadi hidangan ikonik Nusantara ...
Yb Ahmad Maslan Bukan Pisang Goreng Tetapi Pecal Basi

Yb Ahmad Maslan Bukan Pisang Goreng Tetapi Pecal Basi

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 349 hits
MALAYSIA DATELINETokoh wartawan negara Datuk A Kadir Jasin tidak setuju Setiausaha Agung Umno berfikiran pisang goreng tetapi lebih sesuai kalau dikatakan pecal basi Ini kerana pisang goreng sangat digemari ramai dan sudah menjadi hidangan ...
Pandangan Kj Adalah Atas Kapasiti Menteri Yang Mempertahankan Kerajaan Yang Dikecam Oleh Najib Dan Ahmad Maslan

Pandangan Kj Adalah Atas Kapasiti Menteri Yang Mempertahankan Kerajaan Yang Dikecam Oleh Najib Dan Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 394 hits
Sebagai MP yang menyokong PN Najib dan Ahmad Maslan mempunyai saluran untuk menyatakan pandangan dan BUKANNYA biadab secara TERBUKA mengecam kerajaan Kj sebagai Menteri mempunyai peranan dan tanggungjawab Jika teguran Menteri tidak dapat di...
Kenyataan Ahmad Maslan Menghina Kata Guan Eng

Kenyataan Ahmad Maslan Menghina Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 383 hits
January 9 2021 Lim Guan Eng menyelar Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan kerana mengulas isu desakan parti itu untuk mengadakan pilihan raya umum dengan membuat perbandingan di antara tukang parut kelapa dengan pemegang ijazah doktor falsafa...
Ahmad Maslan Tidak Mahu Bergaduh Dengan Khairy Jamaluddin

Ahmad Maslan Tidak Mahu Bergaduh Dengan Khairy Jamaluddin

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 299 hits
1 695 total views 1 695 views today Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau tidak mahu bergaduh dengan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar Menerusi satu ciapan di twitternya Ahmad Maslan memi...
Let Ahmad Maslan Speak For Himself Over His Cruel Remark

Let Ahmad Maslan Speak For Himself Over His Cruel Remark

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 287 hits
Clement Stanley FMT Former prime minister Najib Razak can make some sensible statements at times However his attempt at damage control over Ahmad Maslan s statement about cruel court cases against some Umno leaders is not only senseless but...
Video Netizen Terhibur Tengok Cara Ahmad Maslan Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

Video Netizen Terhibur Tengok Cara Ahmad Maslan Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 415 hits
1 876 total views 1 876 views today Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan baru baru ini telah memuatnaik satu video di Twitter yang memaparkan dirinya sedang melakukan kerja kerja pembersihan di sebuah rumah penduduk yang dimasuki b...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias