Dakwa Pemilik Kolam Ikan Keli Punca Pencemaran Sungai Penyokong Anwar Bidas Kerajaan Selangor


 
Faiz Zainudin -December 12, 2020 Setiausaha Otai Reformis Abdul Razak Ismail berkata, pencemaran mungkin berpunca daripada pengaliran air larut serapan bawah tanah di tapak pembuangan sampah di Bukit Tagar, dekat Hulu Selangor.PETALING JAYA: Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim membidas alasan kerajaan Selangor apabila mendakwa pelepasan air dari kolam ternakan ikan keli ke Sungai Selangor sebagai punca pencemaran bau di empat loji rawatan air (LRA).
Setiausaha Otai Reformis 1991, Abdul Razak Ismail berkata, kerajaan Selangor tidak sepatutnya menjatuhkan hukuman dengan menyalahkan aktiviti kolam ikan keli sebelum siasatan menyeluruh dibuat.
“Mereka yang arif dengan sungai rata-rata mengatakan adalah mustahil bagi air dalam kuantiti yang kecil (satu kolam) yang dikatakan berbau bangkai ikan dari kolam ikan keli mampu mencemarkan Sungai Selangor yang luas, besar dan panjang itu.
“Satu jawatankuasa siasatan bebas harus diwujudkan bagi mengelakkan pemilik kolam dijadikan kambing hitam oleh kerajaan negeri.
“Kita tidak mahu kerajaan negeri begitu mudah menuding jari tanpa siasatan menyeluruh setiap kali berlaku pencemaran sungai,” katanya kepada FMT.
Razak berkata, berdasarkan maklumat diterima pihaknya pencemaran mungkin berpunca daripada pengaliran air larut serapan bawah tanah di tapak pembuangan sampah di Bukit Tagar, dekat Hulu Selangor.
Exco Selangor Hee Loy Sian.”Perkara sama pernah berlaku sekitar tahun 2006 sebelum ini,” katanya.
Pihaknya juga membidas kenyataan Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli dan pengerusi bersama Hal Ehwal Selain Islam (HESI), Hee Loy Sian yang mendakwa pemilik kolam tidak mempunyai kebenaran merancang dan beroperasi daripada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) .
“Persoalannya adakah pemilik tanah persendirian perlu lesen bina 57 buah kolam ikan di kawasan luar bandar?
“Adalah mustahil pemilik tidak mempunyai lesen untuk mengusahakan kolam ikan daripada Jabatan Perikanan ataupun Kementerian Pertanian dan Industri Makanan kerana pemilik dikatakan pembekal utama ikan keli di pasar awam di Lembah Klang,” katanya.
Selasa lalu Loy Sian berkata, pelepasan air tercemar dari kolam ternakan ikan keli ke Sungai Selangor dipercayai menjadi punca pencemaran bau seakan bangkai ikan yang menyebabkan empat LRA terpaksa dihenti tugas.
Beliau juga mendakwa aktiviti itu tidak mempunyai kebenaran merancang dan beroperasi tanpa kebenaran MDHS.
“Kita dapati satu daripada 57 kolam di kawasan terbabit melepaskan air tercemar kira-kira 100 meter dari Sungai Selangor,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/dakwa-pemilik-kolam-ikan-keli-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencemaran Sungai Selangor 1 274 Kawasan Alami Gangguan Bekalan Air

Pencemaran Sungai Selangor 1 274 Kawasan Alami Gangguan Bekalan Air

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 313 hits
Nailah HudaBekalan air di 1 274 kawasan di Selangor sekali lagi terjejas apabila Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang dihenti tugas awal pagi tadi Gambar fail KUALA LUMPUR Bekalan air di 1 274 kaw...
Kenapa Masih Siasat Punca Kami Mahu Tahu Siapa Pelakunya Bapa Arwah Adib Kesal Kerajaan Nak Siasat Punca Kematian

Kenapa Masih Siasat Punca Kami Mahu Tahu Siapa Pelakunya Bapa Arwah Adib Kesal Kerajaan Nak Siasat Punca Kematian

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 384 hits
Keluarga Allahyarham Muhammad Adib yang meninggal dunia akibat rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November 2018 mempersoalkan tindakan kerajaan yang masih menyiasat punca kematiannya berbanding mendedahkan wajah sebenar indivi...
Good Idea Sungai Dibawah Kawalan Kerajaan Pusat

Good Idea Sungai Dibawah Kawalan Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 281 hits
Seorang pencinta alam sekitar menyeru pemilikan sungai dipindahkan daripada kerajaan negeri kepada kerajaan pusat K Kalithasan pengurus penjagaan sungai untuk Pusat Alam Sekitar Global berkata menjadikan sungai sebagai aset negara akan meng...
Tun M Ku Li Jangka Kerajaan Muhyiddin Rebah Esok

Tun M Ku Li Jangka Kerajaan Muhyiddin Rebah Esok

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 268 hits
loading KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan kerajaan Perikatan Nasional tadbiran Tan Sri Muhyiddin Yaasin akan tumbang dalam undian Parlimen esok
Mb Kedah Jawab Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berkenaan Isu Air

Mb Kedah Jawab Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berkenaan Isu Air

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 451 hits
Jawapan Kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 1 Tiada sesiapapun yang dapat menafikan bahawa sumber air yang mengalir dalam Sungai Muda bermula di hulu Sungai Muda iaitu di dalam kawasan Hutan Simpan Ul...
Kerajaan Beli Vaksin Untuk 70 Peratus Penduduk Segerakan Penghantaran

Kerajaan Beli Vaksin Untuk 70 Peratus Penduduk Segerakan Penghantaran

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 355 hits
Oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Sambutan Hari Deepavali 2020 Peringkat Dewan Undangan Negeri Gambir di Dewan Muniandy Sagil Tangkak hari ini foto BERNAMA MUAR Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan vaksin COVID 19 n...
Ada Kemungkinan Kerajaan Pn Jatuh Esok Kata Dr M

Ada Kemungkinan Kerajaan Pn Jatuh Esok Kata Dr M

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 372 hits
mindarakyat netKerajaan Perikatan Nasional sekali lagi berdepan kemungkinan akan jatuh sekali lagi jika pengundian kali ketiga Belanjawan 2021 gagal mendapat sokongan majoriti esok kata Dr Mahathir Mohamad Menyatakan hal itu Mahathir berkat...
Doc Dan Li Ada Asas Yang Kuat Kerajaan Muhyiddin Akan Tumbang Esok Kadir Jasin

Doc Dan Li Ada Asas Yang Kuat Kerajaan Muhyiddin Akan Tumbang Esok Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 435 hits
Wartawan veteran A Kadir Jasin berkata ada sesuatu di sebalik sidang media bersama dua ahli politik veteran Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah di Kuala Lumpur hari ini Katanya kedua dua mereka yang pernah bersama dalam kabinet ...
Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Kisah Fiksyen Seram Malaysia Gadis Putih Di Tasik Biru Kundang

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

Manfaat Lemak Ikan Untuk Kesihatan Mengapa Anda Tidak Perlu Takut

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025

China Eastern Airlines Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia

Jamal Mirdad Cinta Anak Kampung Chord

Pukul Dan Dera Kanak Kanak Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan

Petronas Will Forward Complaint On Lng Project To Canada Partner