Dakwa Anak Cedera Ditampar Guru Ibu Bapa Buat Laporan Polis




KOTA BHARU – Seorang murid lelaki tahun dua dipercayai mengalami pendarahan di kedua-dua belah telinga dan cedera pada tisu lembut di bahagian muka selepas mendakwa dia ditampar berkali-kali oleh seorang guru di sekolahnya pada Rabu lalu.

Kejadian itu disedari bapa kanak-kanak itu, Khairul Asraf Razali,33, ketika menjemput anak keduanya, Arsyad,8, dari sekolah apabila mendapati kedua-dua belah pipinya bengkak.

Khairul Asraf berkata, dia terkejut melihat anaknya seolah-olah sedang menahan kesakitan sebelum dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Mengikut cerita Arsyad, guru tersebut telah mencarinya di dalam kelas pada sebelah pagi ketika semua murid sedang bersiap sedia untuk menduduki Ujian Pertengahan Tahun.

“Guru tersebut telah bertindak menampar muka Arsyad beberapa kali sehingga terjatuh. Dia kemudiaannya mencekak leher baju Arsyad sebelum menamparnya beberapa kali lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Melor di sini, semalam.

Khairul Asraf memberitahu, guru tersebut dipercayai bertindak sedemikian selepas anak kepada guru terbabit yang juga rakan sekelas Arsyad mengadu mereka bergaduh sehari sebelum kejadian.

Katanya, selepas melihat keadaan anaknya, dia terus memaklumkan kejadian tersebut kepada guru besar sebelum terus membuat laporan di Balai Polis Melor di sini.

“Selepas melakukan pemeriksaan dan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Arsyad dimasukkan ke wad selama dua hari untuk pemantauan sementara.

“Setakat ini, kami dimaklumkan bahawa Arsyad mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian muka dan pendarahan di kedua-dua belah telinga disyaki kesan daripada ditampar guru berkenaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Khairul Asraf berkata, pihaknya kesal dengan tindakan lambat daripada guru dan pihak sekolah untuk memaklumkan kepada mereka mengenai kejadian yang berlaku dan dilihat seolah-olah menyembunyikannya daripada pengetahuan ibu bapa.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan ketika ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/08/dakwa-anak-cedera-ditampar-guru-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Bulan Tidak Ke Sekolah Ibu Dakwa Anak Trauma Dirotan Guru Disiplin

Dua Bulan Tidak Ke Sekolah Ibu Dakwa Anak Trauma Dirotan Guru Disiplin

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 356 hits
ESAN didakwa akibat dirotan pada salah satu kaki pelajar itu FOTO Harian MetroKuala Krai Pelajar perempuan Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa trauma dipercayai selepas dirotan oleh seorang guru disiplin pada Jun lalu ...
Hiburan Ayah Baik Tapi Kenapa Dia Curang Anak Kecewa Bapa Ada Affair Ketika Ibu Sakit Nampak Mesej Dari Penyondol

Hiburan Ayah Baik Tapi Kenapa Dia Curang Anak Kecewa Bapa Ada Affair Ketika Ibu Sakit Nampak Mesej Dari Penyondol

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 286 hits
Seorang lelaki tergamak berlaku curang dan menduakan isterinya yang kini sedang terlantar sakit malah ia bukanlah pertama kali dia berbuat sedemikian Kisah itu dikongsikan anaknya yang meluahkan kekecewaannya apabila dia sendiri yang menang...
Saling Tuduh Menuduh Di Group Whatsapp Ibu Bapa Murid Tak Nak Kalah Tunjuk Anak Siapa Yang Kena Buli

Saling Tuduh Menuduh Di Group Whatsapp Ibu Bapa Murid Tak Nak Kalah Tunjuk Anak Siapa Yang Kena Buli

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 314 hits
Seorang ibu meluahkan rasa sedih apabila anak perempuannya didakwa telah menjadi mangsa buli di sekolah
Tragedi Elmina Ibu Terhutang Nyawa Dengan Guru Bawa Anak

Tragedi Elmina Ibu Terhutang Nyawa Dengan Guru Bawa Anak

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 226 hits
Kuala Lumpur Tindakan pantas guru tadika memintas sebuah kenderaan di depannya menyelamatkan dia dan anak muridnya daripada menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina Shah Alam Selangor kelmarin Masikah Ta ibah Zakaria 25 berkata dia ...
Dalam Tak Sedar Ibu Bapa Kerap Lakukan Kesalahan Ini Ketika Ajar Anak Bercakap

Dalam Tak Sedar Ibu Bapa Kerap Lakukan Kesalahan Ini Ketika Ajar Anak Bercakap

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 221 hits
Bila mengajar anak bercakap kita selalunya fokus kepada apa yang anak perlu lakukan tapi kadang kadang kita lupa bahawa kita juga perlu fokus kepada apa yang kita buat kerana apa yang kita sebut bagaimana kita sampaikan mesej apa yang kita ...
Bapa Tunggal Pakai Gaun Rai Hari Ibu Bersama Anak Angkat

Bapa Tunggal Pakai Gaun Rai Hari Ibu Bersama Anak Angkat

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 417 hits
Joe membesarkan Cream seorang diri meskipun remaja itu adalah anak angkatnya Bapa tunggal pakai gaun rai Hari Ibu bersama anak angkat Seorang bapa tunggal di Thailand menyentuh hati netizen selepas dia berpakaian seperti wanita untuk meraik...
Susu Untuk Anak Kucing Tanpa Ibu

Susu Untuk Anak Kucing Tanpa Ibu

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 191 hits
Dah lama kak ana nak share kisah sedih anak anak Si Lentik nih tapi macam tak nak mengingatkannya kembali Sedih sangat bila di kenangkan semula Namun inilah kehidupan siapa pun kita selagi bernama makhluk Allah swt tidak akan ada yang kekal...
Cuti Sekolah Bakal Bermula Ibu Ayah Dah Rancang Aktiviti Bersama Anak Anak

Cuti Sekolah Bakal Bermula Ibu Ayah Dah Rancang Aktiviti Bersama Anak Anak

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 418 hits
Cuti Sekolah Bakal Bermula Ibu Ayah Dah Rancang Aktiviti Bersama Anak Anak Cuti sekolah bakal tiba beberapa hari jer lagi Selamat bercuti anak anak pelajar sekalian Anak anak pelajar pasti gembira dan seronok apabila tibanya cuti sekolah Se...
Laporan Polis Fitnah Berat Papagomo Kepada Pmx Pihak Berkuasa Kena Am

Laporan Polis Fitnah Berat Papagomo Kepada Pmx Pihak Berkuasa Kena Am

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 158 hits
LAPORAN POLIS AMK WILAYAH TERHADAP PAPAGOMO oleh Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan terhadap individu bernama Wan Muhammad Azri bin Wan Deris atau Papagomo terkait satu klip video tiktoknya yang mengandungi ucapan berbaur fitnah jen...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam

Harimau Merah Konflik Bermula